Acam Asad anak kelahiran Shah Alam ini memulakan karier seninya bersama band di kampungnya Rawang Selangor. Sering menyertai pertandingan nyanyian di kawasan selangor & wilayah persekutuan. Dengan bakat yang ada, beliau sering dijemput untuk membuat persembahan nyanyian secara solo dipentas bagi menghiburkan para tetamu majlis makan malam.

Acam Asad meneruskan langkah seninya sebagai Ahli Koir DBKL dan Koir Rela Malaysia sejak tahun 2010 menjadikan beliau dikenali sebagai suara Tenor yang sangat berbakat dan terpilih untuk pementasan sebagai backup suara di pentas besar bersiaran secara langsung seperti Astro, Tv3, Rtm dan juga untuk artis-artis tempatan.

Berbekalkan single sulung berjudul Kekurangan ku Alasan mu, iaitu Single terbitan Radical Records ini adalah ciptaan sepenuhnya komposer Rosli Ahmad, bergenre balada manakala lirik Kekurangan ku Alasanmu mengisahkan harapan cinta yg dimusnahkan oleh kepuraan. Beliau berani menampilkan lagu single keduanya berjudul "Rasa Nikmat Syawal" & lagu ketiga beliau berjudul "Isi Hati" yang juga diterbitkan oleh Radical Records. Mudah- mudahan kemunculan Acam Asad dalam arus perdana industri muzik Malaysia ini bakal menambah seri warna suasana muzik tanah air..

Lagu 1:

*"Kekurangan ku Alasan mu"*

Penyanyi: Acam Asad

Komposer: Rosli Ahmad

(Radical Records)

Lagu 2:

*"Rasa Nikmat Syawal"*

Lagu/Lirik: Rosli Ahmad & Azam Putra

Gubahan Muzik: Rosli Ahmad

(Radical Records)

Lagu 3:

*"Isi Hati"*

Artis: Acam Asad

Lagu & Lirik: Rosli Ahmad

Music Arrangement: Jalil Razali

Gitar Max: Nasir

Produce, Record, Mix & Mastering: Rosli Ahmad

Copyright : Radical Record Studio Production

-----------------------------------------------

View link:

*(1)*

https://youtu.be/LWe6c7Mv0W8

*(2)*

https://youtu.be/T4dUZrHN6XM

*(3)*

https://youtu.be/AJJvBj3QrxI