Selamat datang ke halaman saya di Wikipedia.

Saya merupakan seorang programmer yang sedang bekerja di New Zealand. Wikipedia merupakan rujukan yang penting untuk saya walaupun ia hanya mengandungi maklumat yang ringkas, ia masih penting sebagai rujukan untuk kebanyakan fakta di dunia ini. Sebagai orang Malaysia, saya berasa sedih kerana halaman Wikipedia yang berbahasa Melayu tidak mengandungi maklumat sebanyak bahasa yang lain.

Semoga suntingan saya dalam wikipedia akan membantu sedikit untuk membantu orang yang tidak fasih bahasa Inggeris untuk belajar tentang subjek yang kebanyakanya dalam bahasa Inggeris.

Terima Kasih