DIMENSI MORAL sunting

Secara amnya, moral dibahagikan kepada tiga dimensi, iaitu penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral.

Penaakulan Moral sunting

Merupakan keupayaan mental untuk menaakul, iaitu membuat pertimbangan moral dalam situasi yang kabur atau berkonflik nilai demi mengenal pasti perlakuan baik atau benar dan perlakuan jahat atau salah.

Emosi Moral sunting

Kesedaran emosi moral melahirkan kepedulian dan hati nurani yang menyebabkan insan berasa gembira apabila membuat sesuatu yang betul dan rasa bersalah jika melakukan sesuatu yang tidak betul.

Perlakuan Moral sunting

Tindakan moral yang berkaitan antara penaakulan moral dengan emosi moral.

Rujukan sunting

  1. Buku Teks Pendidikan Moral Tingkatan 4 KSSM