PERSATUAN CINTA SYRIA MALAYSIA sunting

Persatuan Cinta Syria Malaysia atau lebih dikenali sebagai Cinta Syria Malaysia (CSM)[1] merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang diasaskan oleh Tuan Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzzaman[2] serta didaftarkan sejak 11 Ogos 2014. Cinta Syria Malaysia mula bertapak di Jordan dengan nama asalnya Tangisan Syria di Bumi Jordan (TSDBJ), dan sehingga kini masih giat menjalankan aktiviti kemanusiaan di beberapa buah negara antaranya adalah Turki, Jordan, Malaysia, Syria dan Lubnan.

Bermula daripada sekumpulan kecil mahasiswa, dengan dana dan tenaga kerja yang terhad, kami memulakan langkah membantu pelarian Syria yang tinggal di Jordan, walaupun menghadapi pelbagai cabaran sepanjang perjalanan. Selepas bertahun-tahun mengalami cabaran yang membina, kami kini berbangga mempunyai konsep sekolah kami tersendiri iaitu Sekolah KITA yang bertujuan untuk memberikan pendidikan bagi kanak-kanak pelarian.

Walaupun pernah diuji dengan pelbagai cabaran, CSM masih gagah mengorak langkah sehingga tertubuhnya “Sekolah KITA”[3], iaitu sekolah percuma untuk anak-anak pelarian Syria. Ini adalah hasil daripada pengorbanan serta usaha-usaha tim dan sukarelawan CSM serta komitmen penyumbang semua.

Bukan itu sahaja, CSM juga telah mengorak langkah dengan lebih efektif apabila telah mula mendaftar dan sudah mendapatkan Certification di bawah Management System ISO 9001:2015 (Quality Management System) pada 13 Oktober 2023 di bawah skop Provision Of Humanitarian Aid.

SEJARAH sunting

Pernah dikenali dengan nama Tangisan Syria Di Bumi Jordan (TSDBJ) semasa bertapak di Jordan dahulu. Kini, ditukar kepada CSM selepas bantuan diluaskan kepada pelarian Syria yang berada di Turki, Lubnan dan Malaysia. Antara fokus CSM adalah menjaga kebajikan mereka serta menyediakan pusat pendidikan buat anak-anak pelarian Syria. Terkini CSM mempunyai tiga buah pusat pendidikan iaitu Sekolah KITA I di Mafraq, Jordan, Sekolah KITA II di Afrin, Syria dan Sekolah KITA III/Pusat Bimbingan Alternatif Cinta Syria Malaysia di Bangi, Malaysia.

Hakikat ini membuktikan CSM tidak tertumpu kepada bantuan dalam bentuk wang, makanan, dan keperluan asas, tetapi juga berusaha memastikan anak-anak Syria mendapat pendidikan sewajarnya dan melalui zaman kanak-kanak dengan sebaiknya, sebagaimana kanak-kanak lain. Justeru, masalah Pelarian Syria adalah masalah kemanusiaan yang harus dihadapi bersama. Sekolah Kita atau Pusat Bimbingan Alternatif Cinta Syria Malaysia merupakan hasil usaha dan kerja keras CSM dalam membantu kanak-kanak pelarian Syria mendapatkan akses pendidikan. Sehingga kini, kami sudahpun miliki 3 buah sekolah yang terletak di Jordan, Turki dan Malaysia.

MOTO sunting

Semoga moto CSM iaitu “Your Help, Their Future”[4] mampu memberi ruang harapan kepada mereka yang memerlukan dalam meneruskan hidup dengan selayaknya, sama seperti kita semua.

FOKUS UTAMA CSM sunting

  • Education
  • Emergency Relief
  • Welfare

SEKOLAH KITA I, MAFRAQ, JORDAN. sunting

Merupakan projek CSM yang pertama khusus untuk anak-anak Syria di Mafraq, Jordan. Ditubuhkan pada 2016 & sudah pun memasuki tahun ke-7. Menyasarkan 100 pelajar baharu setiap tahun untuk memberi peluang kepada semua anak Syria di Mafraq. Mata pelajaran yang diajar mengikut silibus Jordan adalah Sains, Matematik, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab & Pendidikan Islam.

SEKOLAH KITA II, AFRIN, SYRIA. sunting

CSM bekerjasama bersama NGO tempatan untuk membantu anak-anak Syria di Kilis, Turki. Ditubuhkan pada 2017 di Kilis Turki dan sekarang perlu ditutup serta merta atas arahan kerajaan Turki. Dan CSM meneruskan inisiatif dengan membina sebuah Sekolah KITA di Afrin, Syria untuk menggantikan Sekolah KITA di Kilis, Turki ini. Bakal memberi peluang pendidikan kepada 250 orang pelajar Syria di Afrin, Syria berumur sekitar 5 sehingga 12 tahun. Sistem PdP semi-formal dimana Sekolah KITA 2 akan mengukuhkan 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) untuk tahun yang pertama. Kemudian, Sekolah KITA 2 akan berjalan seperti sekolah formal menggunakan silibus Turki.

KITA III PUSAT BIMBINGAN ALTERNATIF CINTA SYRIA MALAYSIA, BANGI, MALAYSIA. sunting

Projek terbesar CSM dalam membekalkan pendidikan percuma kepada anak-anak Syria di Malaysia. Ditubuhkan pada 2018 di Bangi, Malaysia dan berjaya memasuki tahun ke-5. Juga dikenali sebagai Pusat Bimbingan Alternatif Cinta Syria Malaysia (PBACSM). Sekolah KITA 3 mempunyai 9 bilik darjah dengan jumlah 45 pelajar dalam kalangan umur 4 sehingga 16 tahun. Menggunakan program IGCSE yang menawarkan subjek Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Matematik, Sains, Al-Quran, Geografi, Komputer dan Agama.

  1. ^ "Cinta Syria Malaysia | Your Help, Their Future". Cinta Syria Malaysia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-01-30.
  2. ^ "Sejarah Penubuhan". Cinta Syria Malaysia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-01-30.
  3. ^ "Sekolah CSM". Cinta Syria Malaysia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-01-30.
  4. ^ "Aktiviti CSM". Cinta Syria Malaysia (dalam bahasa Inggeris). 2023-08-29. Dicapai pada 2024-01-30.