Ezany Nizariff di lahirkn di Kangar Perlis. Beliau bersekolah di Sek Rendah Kebangsaan Putra ,Kangar Perlis Dan Sekolah Menengah Putra , Kangar Perlis.

Selepas Tamat STPM, beliau melanjutkan Pengajian di Bidang Sains Sosial ,major Economics Dan Minor Political Science,di USM Penang.Atas faktor peribadi Ezany tidak menamatkan Pengajian.

Pada tahun 1995 Ezany Berhijrah ke Kuala Lumpur,Dan bekerja di Bidang Perbankkan di MBF Finance, Diners Club International Dan lain lain lagi.

Ezany mula melibatkan diri di Bidang modelling.beliau juga pernah di undang Sebagai Hero Pilihan Majalah Remaja,terbitan Karangkraft.

Pada awal pembabitan sekitar tahun 1998,beliau berjaya mendapat tempat Sebagai Model Melayu untuk jenama Rokok Perrilys ,bagi pasaran Asia Dan Malaysia.

Beliau juga menjadi model untuk jenama Insurance, Telco Dan lain lain lagi. Ezany berjaya membintangi Puluhan MTV Penyanyi Tempatan Sebagai Model Utama.

Pada tahun 2000 bermula jejak Ezany Sebagai Pelakon di Malaysia.Bermula Dengan VCD MIMPI bersama Diana Rafar,VCD HELAH,bersama arwah Achik Spin,Siti Nordiana Dan syura. Semarak Naga bersama Naqiu Boboy.

Di dalam VCD Berepisod Armour X,Ezany sekali lagi menjadi Hero bercorak Polis Futuristic.

Banyak lagi VCD Ezany lakonkan seperti,GOSOK Sebagai Kali bersama Tam Spider Dan Boy Iman. Juga VCD MIMPI Dan banyak lagi.

Ezany terus di Lamar Motion Planet untuk Telemovie VCD AMPUNKAN DOSAKU,bersama Seniwati Fauziah Nawi, Zamarul Hisham,Darling,Anne Ngasri Dan lain lain lagi. Telemovie ini mendapat sambutan Luar Biasa.Malah telah menjadi Fenomena.

Bermula lah langkah Ezany melebar sayap ke Indonesia untuk FTV JABLAY bersama Bintang Indonesia Meisya Serigar.Tayangan TV 7 Indonesia.

Juga beberapa Filem Televisi FTV Dan Sinetron seperti Cinta Buat Shasha bersama Astrid Tiar,Egi. sinetron SOULMATE bersama Dhea Anandha. TERJERAT SKANDAL, Dan beberapa Judul lain lagi.

Ezany Dilamar Dato Yusuf Haslam Sebagai ZACK,berpasangan Dengan Misha Omar di dalam Filem Gerak Khas The Movie 3.

Sekali lagi bersama Misha bagi pementasan Teater Tun Mahathir 2 di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Drama Episode Natasha 1 Dan Natasha 2 bersama Fasha Sandha Dan Fuza Elite,telah menjadi Fenomena di waktu itu sekitar tahun 2005/2006.ditayangkan di Tv3

Ezany mendapat watak Utama Sebagai Bogart Dan Razlan di dalam drama episode TANGISAN BULAN MADU 1 DAN2,bagi TAYANGAN RTM. Drama ini juga turut ditayangkan di Singapore Dan Indonesia.

Malah ada ratusan Judul drama yang telah Ezany lakonkan.

Ezany menyambung Pengajian di Bidang FUNDEMANTAL INVESTMENT DAN INTERNATIONAL POLITICS INTERNATIONAL BUSINESS MANAGEMENT INSTITUTE BERLIN, GERMANY.

Beliau turut menyambung pengajian di UTMSPACE. Ezany mengambil PROFESSIONAL DIPLOMA IN BUSINESS MANAGEMENT AND E-COMMERCE Dari LONDON EXAMINATIONS BOARD LEB UK 🇬🇧.

Ezany Juga mempunyai Kelayakkan di Bidang PROFESSIONAL DIPLOMA IN Educational Design Dari LONDON EXAMINATIONS BOARD LEB UK 🇬🇧

Kini beliau meneruskan Pengajian POSTGRADUATE in BUSINESS ADMINISTRATION Dari LONDON EXAMINATIONS BOARD LEB UK 🇬🇧.

Juga MASIH meneruskan Pengajian PROFESSIONAL MBA di UTM serta MBA Dari UNIVERSITY OF GLOUCESTERSHIRE UK🇬🇧