Pendahuluan sunting


Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) ditubuhkan pada 28 Mei 1981 di bawah, Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah 1981 (Akta 249) dengan tujuan membantu mempercepatkan pembangunan sosioekonomi di kawasan KEDA. Mulai 15 November 2017, Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah 1981 (Akta 249) dirujuk sebagai Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah 1981 (Akta 249) Pindaan 2017.

Kawasan operasi KEDA meliputi keluasan 8,297 km persegi iaitu 89% daripada keseluruhan Negeri Kedah kecuali kawasan MADA. Sebagai agensi Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), KEDA dipertanggungjawabkan dalam pelbagai aspek pembangunan sosioekonomi, pembasmian kemiskinan dan menyeimbangkan pembangunan fizikal antara bandar dan luar bandar.

KEDA dalam melaksanakan program pembangunan dan perkhidmatan yang berkualiti bagi memenuhi kepuasan pelanggan berteraskan perkhidmatan yang  cekap, amanah, berkesan dan mesra bagi mencapai matlamat “MENSEJAHTERAKAN LUAR BANDAR”