Hak Terhadap Kebebasan Hidup Dan Diri Peruntukan 5(3) dan Peruntukan 5(4) Perlembagaan Persekutuan sunting

Peruntukan 5(3) Perlembagaan Persekutuan sunting

(3) Jika seseorang ditangkap maka ia hendaklah diberitahu dengan seberapa segera yang boleh sebab-sebabnya ia ditangkap dan ia hendaklah dibenarkan berunding dengan seorang pengamal undang-undang yang dipilih olehnya dan dibela oleh pengamal undang-undang itu.


Mengikut peruntukkan di atas, terdapat dua hak utama yang dapat dituntut oleh tahanan iaitu

i) hak mengetahui alasan tangkapan, dan

ii) hak mendapat peguam.

Prosedur penangkapan bukanlah satu prosedur yang mudah. Prosedur ini melibatkan banyak pihak seperti tertuduh, anggota polis dan juga orang awam. Oleh itu, hak mendapat peguam ini merupakan satu hak yang diberikan kepada tertuduh agar perbicaraan dapat dijalankan dengan adil. Mengikut perlembagaan persekutuan, hak mendapat peguam ini boleh dituntut oleh tahanan. ‘Ignorance of law’ ataupun tertuduh tidak mengetahui hak yang boleh dituntut, tidak bolehlah pihak tertuduh menuntut habeas corpus kerana pihak polis tidak mempunyai kewajipan bagi memberitahu hak yang boleh tertuduh tuntut.

Persoalannya, bilakah hak ini dapat dituntut atau digunakan? Banyak pandangan menjelaskan tentang hak ini kerana sebenarnya tidak ada satu tempoh masa yang tetap bagi membolehkan tahanan menuntut hak ini. Berdasarkan kes Ramli Salleh v Yahaya Hashim1, mahkamah memutuskan bahawa hak mendapat peguam boleh digunakan bermula pada saat tertuduh ditahan. Ini bermakna pihak polis perlu membenarkan hak ini dalam tempoh masa yang munasabah bermula daripada saat tertuduh ditahan. Hak mendapat peguam ini berkait rapat dengan Peruntukan 5(4) yang menyebut tentang hak untuk dikemukakan di hadapan majistret dalam tempoh 24 jam bagi penuntutan habeas corpus yang akan dilakukan oleh peguam yang telah dilantik. Kes yang agak kontroversi melibatkan hak mendapat peguam ini ialah Ooi Ah Phua v Officer in-charge of Criminal Investigations Kedah/Perlis2 yang tertuduh dalam kes ini menuntut habeas corpus kerana tertuduh mendakwa haknya untuk mendapat peguam telah dinafikan oleh pihak polis.

Namun begitu, permohonan tertuduh ditolak kerana mahkamah memutuskan bahawa hak mendapat peguam itu bermula dari saat penangkapan dibuat namun itu bukanlah bermaksud hak ini boleg digunakan pada saat sejurus tertuduh ditangkap kerana tugas pihak polis juga ada untuk melindungi keselamatan orang awam dengan menangkap penjenayah dan mengumpulkan bukti yang cukup and kuat bagi pendakwaan.  PP v Mah Chuen Lim3 yang menjelaskan tentang tempoh masa bagi tertuduh mendapatkan peguam yang berdasarkan S.30 Akta Pentafsiran 1948 dan Ordinan Klausa Umum 1948 yang menjelaskan bahawa hak ini akan diberikan sesegera yang mungkin bergantung kepada situasi kes. Hak mendapat peguam ini agak berbeza antara kes pada tahun 1973 dan 1975 ke atas kerana sedikit perkembagan yang menuntut hak ini seimbang dengan tugas pihak polis bagi menjaga keselamatan orang awam. Hak mendapat peguam ini sebenarnya sangatlah membantu tertuduh kerana tertuduh boleh memilih peguam mereka sendiri.

Namun, atas faktor-faktor seperti ditahan di lokap yang tiada kemudahan perhubungan dan komunikasi ini, sering kali pihak keluarga yang akan melantik peguam. Namun, sebarang bantahan atas pemilihan peguam yang telah dilakukan oleh pihak keluarga terpulang kepada tahanan. Asas kepada prinsip ini ialah mahkamah tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menghalang tertuduh daripada melantik mana-mana peguam bagi mewakilinya. Hal ini jelas dijelaskan melalui kes PP v Vengadasalam4 di mana dalam kes ini Majistret telah mengeluarkan perintah bagi menghalang peguam tertuduh yang telah dilantik untuk mewakili tertudung dengan alasan peguam tertuduh itu akan menjadi saksi utama dalam kes anak guamnya. Bagaimanapun, mahkamah memutuskan bahawa mahkamah tidak ada kuasa langsung bagi menghalang pelantikkan peguam oleh tertuduh. Segala yang terjadi antara peguam dan anak guam itu merupakan luar daripada bidang kuasa mahkamah. Misalnya dalam kes Mohamed Abdullah v PP5 yang mana tertuduh telah didakwa di mahkamah seksyen atas tuduhan pecah amanah. Namun, tertuduh mengatakan bahawa mahkamah tidak adil kerana tertuduh terpaksa membela diri sendiri kerana peguam yang telah dilantik tidak hadir semasa perbicaraan dijalankan.

 
Majlis Peguam Negara

Peruntukan 5(4) sunting

(4) Jika seseorang ditangkap dan tidak dilepaskan, maka orang itu hendaklah dibawa ke hadapan seorang majistret dengan segera, sekiranya tiada apa-apa sebab yang berpatutan, tetapi walau bagaimanapun dalam tempoh dua puluh empat jam (tidak termasuk masa perjalanan yang perlu) dan orang itu tidak boleh ditahan selanjutnya dengan tiada kuasa majistret itu:

  • Jika seseorang ditangkap dan tidak dilepaskan, maka orang itu hendaklah dibawa ke hadapan majistret tanpa kelengahan yang tidak munasabah dan orang itu tidak boleh ditahan dalam jagaan selanjutnya tanpa kebenaran majistret.
  • Peguam diperlukan sebelum dan semasa perbicaraan. Ini membolehkan orang yang ditahan memohon Habeas Corpus – to produce the body  atau mempersoalkan kesahan penahanannya apabila dikemukakan di hadapan majistret. Seorang peguam diperlukan supaya orang yang ditahan dapat dibela dengan efisyen.
  • Hak untuk berunding dengan peguam berkait rapat dengan hak untuk dikemukakan di hadapan majistret dalam tempoh 24 jam. Polis perlu memohon perintah tahanan reman jika perlu menahan lebih daripada 24 jam

Rujukan Kes sunting

Bagi Peruntukan 5(3) rujukan kes adalah seperti berikut:

  • Shaaban & Others v Chong Fook Kam & Another [1969] 2 MLJ 219
  • Ramli Salleh v Yahaya Hashim [1973] 1 MLJ 54
  • Hashim Saud v Yahaya Hashim [1977] 2 MLJ 116
  • Re P.E Leong v Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri[1976] 2 MLJ 133
  • PP v Mah Chuen Lim [1975]1 MLJ 95
  • PP v Saul Hamid [1987]2 MLJ 236
  • Yit Hon Kit v Minister of Home Affairs Malaysia & Anor [1988] 2 MLJ 638
  • Nik Adli bin Nik Abdul Aziz v KPN [2001] 4 MLJ 98
  • Chong Kim Loy v Timbalan Menteri Dalam Negeri [1989] 3 MLJ 121
  • Karam Singh v Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri [1969] 2 MLJ 129
  • Aminah v Superintendent of Prison, Pengkalan Chepa,  Kelantan [1968] 1 MLJ 92
  • PP v Mah Chuen Lim & Ors [1975] 1 MLJ 9
  • Ooi Ah Phua v OCCI, Kedah /Perlis [1975] 2 MLJ 198
  • Mohamad Ezam bin Mohd Noor v Ketua Polis Negara & other appeals [2002] 4 MLJ 449
  • Kam Teck Soon v. Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia & Ors and other appeals [2003]1 MLJ 321
  • Public Prosecutor v Vengadasalam & Ors [1990] 1 MLJ 507
  • Mohamed Bin Abdullah v Public Prosecutor [1980] 2 MLJ 201
  • Abdul Ghani Haroon v Ketua Polis Negara & Another Application (No.3) [2001] 2 CLJ 709     
  • Trans Hu Tho & Ors v PP [2009]3 CLJ 102       
  • Borhan Hj Daud v Abdul Malek Hussin [2010] 8 CLJ 656       
  • Sashi Kumar Suppiah v Timb Menteri Dalam Negeri [2010]9 CLJ 349       
  • Syed Jalaluddin Syed Ahamad Malik v Foo Sun Enterprise & other appeals [2011] 5 CLJ 580       
  • Mohd Hanif Mohd Sharif v PP [2011]5 MLJ 85 

Bagi Peruntukan 5(4) pula rujukan kes adalah seperti berikut:

  • Inspector General of Police v Lee Kim Hoon [1979] 2 MLJ 291
  • Aminah v Superintendent of Prison, Pengkalan Chepa,  Kelantan [1968] 1 MLJ 92
  • Re Tan Boon Liat [1976]2 MLJ 83
  • Re PE Long v Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri [1976]2 MLJ 133 
  • Su Yu Min v Ketua Polis Sarawak [2005]6 MLJ 768  

Rujukan Akta sunting

  • Akta Pentafsiran 1948
  • Ordinan Klausa Umum 1948
  • Perlembagaan Persekutuan

Rujukan sunting

1 (1973) 1 MLJ 54

2 (1975) 2 MLJ 198

3 (1975) 1 MLJ 95

4 (1990) 1 MLJ 507

5 (1980) 2 MLJ 201