Mohd Khazimi Bin ismail dilahirkan di Kampung Permatang Rambai. Iaitu sebuah kampung terpencil yang letaknya lebih kurang sepuluh kilometer dari bandar Pasir Puteh atau 35 kilometer dari Ibu Negeri Kelantan iaitu Bandar Kota Bharu.Beliau dilahirkan pada 10 November 1979 bersamaan 19 Zulhijjah 1399 jam 11.00 pagi. Beliau adalah anak pertama dari empat adik beradik. Ibu bernama Mariah dan ayahnya yang bernama Ismail adalah seorang penoreh getah. Semasa dibangku sekolah Khazimi suka berpidato. Beliau memasuki alam persekolahan pada usia 7 tahun iaitu pada tahun 1986 di Sekolah Rendah Kebangsaan Panggong. Pada tahun 1991 beliau mendudki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Pada tahun 1992 beliau meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Maharaja, Bukit Abal. Beliau menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun 1994 dan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 1996.Semasa di sekolah menengah beliau aktif dalam Persatuan Bulan Sabit Merah, Pustakawan, Persatuan Bahasa dan Budaya, dan Olahraga. Mengenang kembali semasa zaman persekolahan dahulu beliau pernah bekerja sebagai penjual kuih di sekolahnya bagi mencari pendapatan tambahan untuk menampung perbelanjaan harian. Setelah tamat belajar di Universiti beliau aktif dalam kegiatan kemasyarakatan seperti Sukarelawan Yayasan Salam, Persatuan Anak-Anak Kelantan (Pakatan), dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Pernah bekerja di Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kini bekerja sebagai Penerbit Rancangan di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Kini beliau banyak terlibat dalam program kemasyarakatan dan memegang jawatan sebagai Pengerusi Badan Pengurusan Bersama Lestari Perdana, Antara jawatan yang pernah disandang sebelum ini ialah Pengerusi Persatuan Penduduk Lestari Perdana, Ahli Jawatankuasa Penduduk Zon 19 Majlis Perbandaran Subang Jaya, Pengerusi Rukun Tetangga Lestari Perdana dan pelbagai lagi aktiviti kemasyarakatan lain. Di peringkat nasional juga beliau terlibat dalam misi bantuan kemanusiaan yang terlibat dalam bencana tsunami