CRASH merupakan sebuah kumpulan rock pertama yang mengasaskan konsep Rock Metal di Malaysia yang terdiri daripada empat orang anak seni yang berbakat iaitu Amar, Zack, Ujang, Dinz. Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1996 dan masih kekal sehingga kini tanpa ada pertukaran anggota.

Antara lagu hit mereka yang berentak slow rock dikenali ialah "MAHSURI", "MISTERI MADURA", "SINDORA", "ABADIKAN SALAM”, "AKU ADALAH AKU" dan "SENTUHAN SYAHIRA”.

Ahli-ahli sunting

Kumpulan CRASH terdiri daripada 4 orang ahli yang kekal dari album pertama dan sehingga kini.

  1. Amar - Penyanyi
  2. Zack - Pemain Drum
  3. Ujang - Pemain Gitar Bass
  4. Dinz - Pemain Gitar Utama

Sejarah sunting

Ditubuhkan pada tahun 1996 dianggotai oleh Amar, Dinz, Ujang dan Zack. Sepanjang penglibatan kumpulan CRASH di arena seni, mereka telah melahirkan 6 album sehingga kini. Amar adalah penyanyi asal kumpulan ini sejak ditubuhkan kerana beliau juga adalah pengasas dan ketua kumpulan ini. Amar sebagai penyanyi dan mempunyai suara yang bertenaga tinggi serta berkebolehan mencipta lagu telah melonjakan nama Crash dipersada seni dengan ciptaan lagu-lagu Heavy Metal dan Slow Rock beliau seperti Mahsuri, Abadikan Salam, Tiang Seri, Rantai Serigala, Peluru, Bantai dan Sentuhan Syahira. Pada Januari 2006 Amar dilamar oleh kumpulan Handy Black menggantikan tempat Zul yang menarik diri sehingga melahirkan 3 album bersama Handy Black. Sepanjang penglibatan Amar bersama Handy Black pada tahun 2006 hingga 2010, Crash ketika itu masih ketiadaan penyanyi. Sehinggalah pada tahun 2011 Amar kembali ke anggota asal. Kemunculan Amar semula telah melahirkan 3 album terbaru Crash. Lagu terbaru hit mereka 'Sentuhan Syahira" iaitu ciptaan lagu/lirik Amar.

Album sunting

  1. Bantai (Release 2000)
  2. Layar Nahkoda (Release 2003)
  3. Best Of (Release 2005)
  4. Adinda (Release 2010)
  5. Hang Tuah (Release 2011)
  6. Sentuhan Syahira (Release 2012)

Lagu-lagu sunting

Bantai (2000)

  • "Bantai"
  • "Misteri Madura"
  • "Titian As-Sirat"
  • "Mahsuri"
  • "Sesat"
  • "Isi atau Kulit" - Search (cover version)
  • "Kau Bukan Aku"
  • "Takluk"
  • "Peluru"
  • "Sindora"

Layar Nahkoda (2003)

  • "Rantai Serigala"
  • "Metalic Bangsa"
  • "Benar Tapi Pelik"
  • "Abadikan Salam"
  • "Speedometer"
  • "Tiang Seri"
  • "Bayangan"
  • "Aku Adalah Aku"
  • "Besi Beluti"
  • "Kejam"

Best Of (2005)

  • "Benar Tapi Pelik"
  • "Misteri Madura"
  • "Aku Adalah Aku"
  • "Mahsuri"
  • "Sindora"
  • "Abadikan Salam"
  • "Bayu Timur"
  • "Tertera"
  • "Panah Cinta"

Adinda (2010)

  • "Pejuangan"
  • "Adinda"

Hang Tuah (2011)

  • "Hang Tuah"
  • "Lumba Petaka"

Sentuhan Syahira (2012)

  • "Jejak Bahtera"
  • "Sentuhan Syahira"

Pautan Luar sunting

RINGTONE or FULL SONG DOWNLOAD: sunting

MAXIS - https://crt.musicunlimited.com.my

DIGI - https://ct.digi.com.my

CELCOM - http://cmt.celcom.com.my:8080/wap

*Sila layari website yang tertera diatas untuk muat turun lagu-lagu Kumpulan CRASH.

Sekian terima kasih atas sokongan anda semua.