Maahad Tahfiz Al Quran Imam Malik (MTQIM), Kampung Jergoh, Lanchang telah ditubuhkan pada 15 Januari 2012 di atas sebidang tanah wakaf.

Kompleks MTQIM yang berkonsepkan pondok moden telah berdaftar di Pendaftar Pertubuhan Malaysia dengan nombor pendaftaran PPM-028-06-19012016. MTQIM juga telah mendapat pengiktirafan daripada Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dengan nombor daftar MUIP KS43/2018.

Maahad Tahfiz Al Quran Imam Malik mempunyai visi yang jelas untuk melahirkan lebih ramai huffaz yang berkualiti tinggi dan mempunyai daya tahan dan keimanan yang ampuh bagi menempuh hidup dalam dunia hari ini yang penuh cabaran.

Kini, Maahad Tahfiz Al Quran Imam Malik telah berjaya menyiapkan fasa ketiga pembangunan iaitu sebuah dewan belajar yang selesa, sistem pengawasan CCTV dan pagar keselamatan bagi menampung bilangan santri seramai 60 orang dengan 5 orang tenaga pengajar termasuk seorang mudir.

Pihak pengurusan MTQIM kini sedang merangka untuk membangunkan beberapa fasiliti tambahan untuk kegunaan santri dalam menjalankan aktiviti fizikal/riadah disamping menyiapkan kerja-kerja terakhir pagar keselamatan.

Laman web rasmi: https://www.mtqim.edu.my/