Sekapur Sirih Malaysiaria

Website ini berasaskan perkongsian ilmu. Diminta tuan sama-sama menyumbang (posting) artikel atau merespon dengan idea yang baik dan sihat. Anda juga digalakkan berdiskusi. ‘Semoga ilmu yang dikongsikan akan kembali memberi manfaat kepada anda nanti..’

Berandar website ini adalah jalinan kenalan(social network). Jadi lebarkan jaringan perkenalan anda dengan semangat kekeluargaan yang muhibah dan sihat.

Sesiapa yang nak berjinak-jinak dengan IT, bolehlah corakkan webpage anda sesuai mengikut kemampuan anda. Sila rujuk tutorial di bawah ini untuk bantuan anda; + tutorial malaysiaRia I + tutorial malaysiaRia II + tutorial malaysiaRia III (chat + webcam)

Anda dialu-alukan meletakkan gambar sebenar anda. Kerana itu melambangkan keikhlasan anda terhadap ikatan kekeluargaan kita di malaysiaria. Ikatan 'kekeluargaan malaysiaria' adalah sesuatu yang kami utamakan di sini..

Sila letakkan nama tempat tingal yang spesifik contoh Ipoh Perak, atau Besut Terengganu. Itu dikira undi kalau kita nak buat gathering dsbnya. Boleh edit semula nama tempat di 'Profile Setting' bawah My Page.

Jangan lupa invite rakan kenalan anda ke sini, kerana semakin ramai ahli MR Group bermaksud semakin besar keluarga malaysiaria kita ini.


Wawasan Dan Etika MalaysiaRia (A) Malaysiaria Group sebagai wadah: A.1) Penyaluran info dan isu umum dalam dan luar Negara. Sila kongsikan info anda.. A.2) Pendapat dan komen anda dalam mengkritisi apa juga isu.. A.3) Mengasah fikiran dan intelektual dalam apa jua bentuk perbincangan berkhemah. A.4) Melebarkan tali persaudaraan, kenal-mengenal dalam suasana muhibbah dan sihat.

(B) Matlamat: B.1) Memartabatkan bangsa Malaysia menjadi bangsa yang berilmu, berintelektual, bermoral dalam waktu yang sama ukhuwah.


(C) Unsur-Unsur Yang Dilarang Di Malaysiaria Group C.1) Lucah keterlaluan (porno sama-sekali dilarang) C.2) Artikel yang berulang C.3) Terlalu menyerang/memperleceh ahli malaysiaria lain. C.4) Menggunakan kata-kata kesat dan caci-maki C.5) Apa juga unsur yang boleh membawa kegelisahan atau perpecahan ukhuwah malaysiaria C.6) Iklan yang bukan pada tempatnya [Iklan hanya dibenarkan di mypage dan mana-mana tapak iklan percuma sahaja. Dilarang sama sekali meletak iklan atau lain-lain link selain link MR di chatbox, forum dan blog]

(D) Melanggari peraturan (C), bermakna anda boleh dikenakan tindakan tamatkan keahlian, atau posting/artikel anda boleh dibatalkan serta-merta tanpa notis awal

(E) Dalam hal kepolitikan, malaysiaria mengambil sikap tengah(balance). Malaysiaria tidak memihak kerajaan atau pembangkang, polis atau rakyat biasa. Segala pendapat yang berat sebelah, yang mungkin datangnya dari moderator atau admin MalaysiaRia bukanlah menggambarkan pendirian sebenar MalaysiaRia, sebaliknya itu adalah pendirian individu tersebut. (F) Segala tulisan, gambar, video(dan sebagainya..) yang anda muat-turun di malaysiaRia ini dianggap harta perkongsian bersama, dan malaysiaRia tidak boleh dipersalahkan atas isu yang timbul berkait perkara yang disebutkan dikemudian hari.

(G) Segala perkara yang tidak jelas(grey area) yang memerlukan keputusan segera, maka kami( team admin) mempunyai kuasa penuh untuk menentukan keputusan.

(H) Perubahan peraturan dari masa ke semasa adalah tertakhluk sepenuhnya di bawah kuasa malaysiaRia.

____________________________ Team Admin (Malaysiaria Group)