MOMOGUN DARI PERSPEKTIF RUNGUS

Asal perkataan Momogun adalah berasal dari kepercayaan Agama Labus (Lzabvus) iaitu berdasarkan kepercayaan agama purba Momogun. MOMOGUN bermakna "PENDUDUK ASAL POGUN NABALU".Momogun diambil dari perkataan POGUN (Dunia). Rungus pula diperolehi sempena nama Aki Rungsud yang mengetuai bangsa Momogun yang berhijrah di Pompod Tana (Utara Sabah).


Menurut mitos Agama Labus, Momogun adalah hasil bangsa yang di tetapkan Kinoringan (Allah Pencipta) sebagai penduduk tetap di kepulauan Borneo ini. Ini kerana Kinoringan menaburkan bangsa Momogun di sekitar Gunung Kinabalu (Pampang Nabalu) dengan perkataan yang digunakan "NIASOK". Momogun adalah "Asok Kumoiso" yang bermakna "penaburan pertama" dan tiada lagi "asok" yang lain selain MOMOGUN. Asok bermakna "menabur benih". Menurut kepercayaan itu Momogun adalah Sakag(benih tani/ benih pilihan) yang ditaburkan seumpama benih pertanian Kinoringa sendiri.

Pasok Momogun bermakna "benih atau zuriat tetap bumi di bawah Gunung Kinabalu". Jika orang Momogun menanam padi di ladang mereka menyebutkannya sebagai "MANGASOK". Pasok Momogun merujuk kepada kepercayaan mereka dalam Agama Labus bahawa KINORINGAN sebagai pencipta segalanya di alam semesta dan "Zuriat pertama atau bangsa pertama yang direncanakan oleh Tuhan Pencipta" bagi menghuni kawasan Gunung Kinabalu sehingga ke pesisir pantai adalah Bangsa Momogun.


Momogun adalah satu perkataan yang membawa makna mempunyai kuasa ke atas tanah atau dunia yang Kinoringan mereka berikan pada bangsa mereka. Mereka menganalogikan pekerjaan Kinoringan seperti menabur benih maka jadilah perkataan "PASOK MOMOGUN RUNGUS".