Pengguna:Msy 300177/Kotak pasir

Semasa penjajahan Jepun di Tanah Melayu ketika Perang Dunia II, jambatan Gemencheh berhampiran Gemas merupakan tapak pertempuran sengit antara Divisyen Ke-5 (Tentera Imperial Jepun) Tentera Empayar Jepun dan Pasukan Imperial Australia (Australian Imperial Force-AIF) dari Batalion ke 2/30, Division ke-8. Pegawai Memerintah Pasukan adalah Lieutenant Colonel Frederick "Black Jack" Galleghan. Jambatan Gemencheh (Jambatan Sungai Kelamah) merupakan jambatan kayu merentasi Sungai Kelamah yang menghubungkan Gemas dengan bandar Tampin bersebelahan. Pasukan Jepun telah melepasi Tampin dan perlu menyeberangi jambatan ini untuk mara ke Gemas.

Pada 14 Januari 1942, Kompeni "B" dari Batalion ke-2/30, melancarkan serangan hendap terhadap pasukan Jepun dengan harapan menghalang mereka dari terus maju ke selatan. Ketika tentera Jepun yang mara melepasi kawasan serangan hendap, jambatan itu diletupkan. Pertempuran selepas serangan hendap, dan pertempuran selanjutnya berhampiran Gemas, berlangsung selama dua hari. Ia berakhir dengan pasukan Australia berundur melalui Gemas ke Estate Fort Rose.