NORAZIMAH HJ.ABU BAKAR, seorang deklamator negara, penyair dan penulis. Penerima Anugerah Penyair Berpotensi 2016 daripada Yayasan Pembangunan Buku Negara. Penerima Anugerah Tokoh Dunia NUMERA 2017 sebagai Srikandi NUMERA.

Norazimah Hj.Abu Bakar atau nama penanya Norazimah Abu Bakar, anak kelahiran Ipoh Perak, Malaysia merupakan seorang Veteran Polis DiRaja Malaysia. Memulakan persekolahan rendah darjah satu di Raja Perempuan Primary School, Ipoh kemudian bertukar ke Methodist Primary School, Tg Rambutan kerana kekacauan Tragedi 13 Mei di Ipoh hingga darjah enam. Menyambung persekolahan menengah di Sekolah Menengah Sri Kepayang (P), Ipoh. Menyertai PDRM pada 1 Nov 1981 dan bersara pilihan pada tahun 2006 bagi melibatkan diri lebih jauh dalam dunia kerjaya. Pemilik Ijazah Sarjana Kehormat Komunikasi Massa bidang Perhubungan Awam dari UiTM, Shah Alam. Lebih dikenali sebagai seorang Deklamator Puisi yang pernah menjuarai beberapa siri Sayembara Deklamasi Puisi Kebangsaan, mewakili Polis DiRaja Malaysia dan Negeri Perak Darul Ridzuan. Bermula di pentas sekolah kemudian melebarkan sayap sebagai pelakon teater bersama Badan Budaya Perak. Berkebolehan sebagai Pengacara Majlis Rasmi dan juga seorang Penyampai Radio Rancangan “Polis & Anda” – Radio 1 Ipoh dan RTM dari tahun 1990 hingga 2005. Menyambung profesyen sebagai seorang Pengurus Perhubungan Korporat merangkap Pengurus Peribadi Kenamaan selama hampir 15 tahun dalam dunia korporat dan kemudian melepaskan jawatan untuk melibatkan diri sepenuh masa sebagai seorang penulis .Mula menulis semenjak tahun 1982 sebagai seorang penulis bebas dalam genre puisi, berita, rencana pendek dan skrip drama radio. Stringer dan juga jurufoto bebas di akhbar Utusan Malaysia pernah mengisi ruang di laman Ruangan Polis & Tentera yang melaporkan berita dan rencana aktiviti Polis serta penulis rencana khas Pengembaraan 4x4 Pacuan Empat Roda, jurumudi tunggal wanita PDRM.

Karya Puisi turut tersiar di arus perdana semenjak awal 90 an hingga kini.  Penerima Anugerah Penyair Berpotensi 2016 (Yayasan Pembangunan Buku Negara) turut mewakili deklamator dan penyair negara ke Beijing, China, Thailand, Vietnam, Cambodia dan hampir seluruh kepulauan Indonesia. Telah menghasilkan Kumpulan Puisi ‘Melarik Malam’ terbitan ITBM yang diterbitkan pada 8 Disember 2014. Kumpulan Puisi keduanya “Langit, Bumi & Laut “ terbitan ITBM pada tahun 2016. Kini telah mengorak langkah dengan menghasilkan Buku Ilustrasi Cerita Kanak-kanak dengan terbitnya Buku  Kanak-kanak “Mira Bersih, Kutu Lari’ (Siri Kebersihan Diri), terbitan Gapeniaga 2016, Buku Puisi Nenda, terbitan Tomo Daichi 2017 dan Kisah Si Anak Rusa terbitan Tomo Daichi 2017 bertindak selaku penulis dan ilustrator. Setakat ini, puisi-puisi beliau turut termuat di dalam 35 buah Antologi Puisi terbitan pelbagai penerbitan luar dan dalam negara.  Puisi Inggeris berjudul The Yearning termuat di dalam Anthology Of The 33rd World Congress of Poets (2013) terbitan Institut Darul Ridzuan dan World Academy of Arts, U.S.A dan puisi Inggeris “Sleep My Chlid, Sleep My Darling” terhimpun dalam Antologi The Eternal Storm – Sekali Air Bah, Selamanya Pasir Berubah terbitan ITBM dan Yayasan Braunsfield dan terjemahan sajak ke Bahasa Tamil di dalam Antologi Puisi Teratai Dan Bunga Raya (Sajak), Chennai, India, 2016.  Turut bertindak sebagai penyunting bersama Asmira Suhadis bagi Antologi Titis Darah Kanang terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2016, buku "Himpunan Karya Nano" Gapena & Mosti, 2016,  Penyelenggara Antologi Puisi Bahasa Jiwa, PENYAIR 2017, Penyelenggara Antologi Puisi Suara Deklamator terbitan PENYAIR, 2017 dan bakal menyusul Penyelenggara Antologi Puisi, Gurindam, Pantun dan Syair China/Malaysia dengan kerjasama Kedutaan China di Malaysia terbitan GAPENA Malaysia. Bertugas sebagai Setiausaha Khas Ketua Satu GAPENA merangkap Setiausaha  Projek GAPENA Malaysia, berjawatan sebagai Timbalan Presiden Kelab Penyair Deklamator Kebangsaan, Sekretariat Perkumpulan Penulis, Penyair Wanita Malaysia, ahli seumur hidup Persatuan Penulis Nasional (PENA), Karyawan PK dan PENYAIR Malaysia. Mewakili negara ke Beijing, China, Thailand, Vietnam, Taiwan, India, Brunei, Cambodia, Korea dan hampir seluruh kepulauan Indonesia dalam dunia sastera. Kumpulan Puisi solo Norazimah Abu Bakar, terbitan Crimson Hall Poets Society, Taipei & Kementerian Kebudayaan Taiwan, 2018. Penulis/ illustrator  Buku Ilustrasi Cerita Kanak-kanak “Mira Bersih, Kutu Lari’ (Siri Kebersihan Diri), Gapeniaga 2016, Buku Puisi Nenda, Tomo Daichi 2017 dan Kisah Si Anak Rusa,Tomo Daichi. Setakat ini, telah menghasilkan sejumlah 40 buah Antologi Puisi terbitan luar dan dalam negara.  Puisi-puisi turut diterjemahkan ke Bahasa Inggeris, Tamil dan Mandarin. Turut bertindak sebagai penyunting dan penyelenggara beberapa antologi puisi. Ahli seumur hidup PENYAIR Malaysia, PENA dan Karyawan Pk.

Since early 90’s, more than 20 poems and short stories published in the local newspapers and magazines.  

(Published) works chronology

Author:-

2014 - Kumpulan Puisi 'Melarik Malam' (Sajak), ITBM/PENA -2014

2016 - Kumpulan Puisi 'Langit, Bumi, & Lautan' (Sajak), ITBM /PENA – 2016

Author & Illustrator Children Story Books:-

2016 – Mira Bersih, Kutu Lari, Gapeniaga

2017 - Buku Puisi Nenda (Cerita), Tomo Dachi 

2017 - Kisah Si Anak Rusa (Cerita), Tomo Dachi

Anthology of Poems:-

2005 - Puisi Ratib 1000 Syair (Sajak), Gapena

2013 - The 33rd World Congress of Poets (puisi Inggeris), IDR & WAA

2014 - Bisikan 8 (Sajak), Puspa, Kelantan

2014 - Segugus Pasrah Buatmu MH370 (Sajak), Yayasan Buku Negara

2014 - Risalah Melayu Nun Serumpun (Puisi), NUMERA

2014 - Srikandi Numera (Sajak), NUMERA

2014 - Bahtera (Sajak), Kemudi

2014 - Kinjang (Sajak), Kaya Cipta, Karyawan Pk

2015 - 'The Eternal Storm' (Puisi), Brunsfield, Emagineers & ITBM

2015 - Puisi Pangkor 5 (Sajak), Kg. Karyawan Malim

2016 - Istiqamah Bahasa (Sajak), IBH Khidmat

2016 - Mahabbah Bahasa (Sajak), IBH Khidmat

2016 - Teratai Dan Bunga Raya (Sajak), Chennai, India

2016 - Cakar Nanar (Sajak), NUMERA

2016 - Bagan Datoh Bandar Di Tepi Muara (Sajak), Karyawan Pk

2016 - Sungai Siput (Sajak), Karyawan Pk 

2016 - Ipoh Bandaraya (Sajak), Karyawan Pk.

2016 - Gerik Bandar Di Tepi Hutan (Sajak), Karyawan Pk.

2016 - Taiping Bandar Tua Perak (Sajak), Karyawan Pk.

2016 - Pangkor Pekan Di Selat Dinding (Sajak), Karyawan Pk

2017 - Gunung Tempurung (Sajak), YKKM 

2017 - Bahasa Jiwa (Sajak), Penyair 

2017 - Menderas Sampai Siak (Sajak), KSRS & WALHI 

2017 - Sastera Melayu Islam. Antologi Puisi & Kertas Kerja, NUMERA

2017 – Bianglala Melukis Syurga, PENA

Editor:-

2015 - "Himpunan Karya Nano" Gapena & Mosti

2016 - "Antologi Puisi Titis Darah Kanang", DBP

2017 – "Antologi Puisi Bahasa Jiwa", PENYAIR

2017 – "Antologi Puisi Suara Deklamator ", PENYAIR

Poems Translated:-

2013 -The 33rd World Congress of Poets (Puisi Inggeris), IDR & WAA

2015 -The Eternal Storm' (Puisi), Brunsfield, Emagineers & ITBM

2016 - Teratai Dan Bunga Raya (Sajak), Chennai, India