Khairool Idlan


Khairool Idlan Lahir di Mentakab, Pahang pada 21 November 1961.

Memulakan alam persekolahan di Sekolah Rendah Abu Bakar Mentakab pada 1968 kemudian melanjutkan pelajaran di Sek. Men. Keb. Bandar Mentakab pada 1975.

Khairool Idlan adalah anak ke 7 dari 8 orang anak-anak Ismail Ahmad dan Hindun Saidi yang dikenali umum dalam industri muzik.

Insan seni yang bernama Khairool Idlan ini adalah seorang penyanyi, pencipta lagu, ‘Music Programmer’ serta penggubah muzik (Music Arranger).

Banyak lagu-lagu untuk rakaman artis-artis Guntur Records digubah atau di program oleh beliau.

Mulai dikenali sebagai pemuzik kugiran kedua Variation Kuantan pertengahan tahun 1979/1980 sebagai penyanyi dan pemain keyboard.

Banyak menghasilkan rakaman lagu-lagu karaoke untuk syarikat Serasi, Music Valley, Musicland, Audio One dan SRC.

Beliau mahir bermain piano, keyboard gitar dan drum.


Beliau kurang dikenali sebagai komposer walaupun ada mencipta beberapa lagu untuk albumnya sendiri seperti

Adakah Kau Begitu Juga, Resepi Cinta termasuk lagu Aku Bagai Pelabuhan yang turut dirakam semula dan di muat dalam album ‘Selimut Debu’ ini.

Album pertama dirakam berjudul ‘Adakah Kau Begitu Jua’ pada tahun 1983 dengan syarikat Guntur Records. Lagu dan lirik adalah hasil ciptaan beliau sendiri.

Album kedua berjudul ‘Resepi Cinta’ 1985 terbitan Guntur Records bersama Warnada. Lagu tersebut juga hasil ciptaannya sendiri.

Kemudian Khairool Idlan bergabung dengan Linda Ismail dan Anuar Aziz merakamkan album ‘Solid Gold’ tahun 1983 dan ‘Solid Gold 2’ tahun 1984.

Lagu ‘Beat It’ yg dinyanyikan Michael Jackson yang diberi judul ‘Bidin’ lirik ditulis oleh Ikhtiman Ismail nyanyian Linda Ismail meletup di pasaran sehinggagga banyak syarikat rakaman lain meniru idea dan konsep album ini.


Dalam album-album tersebut lagu-lagu nyanyian Khairool Idlan seperti Pedih (Knife) Hello, Gadis Bandaraya (Uptown Girl) dan Telefon turut meletup kerana ianya adalah lagu-lagu yang popular seluruh dunia ketika itu.

Khairool Idlan akhirnya mendapat peluang pula membuat album solo ketiganya Lagu ‘Aku Yang Kau Panggil Sayang’ ciptaan Afzainizam Ismail lirik oleh Azimah yang dimuatkan dalam album tersebut menjadi popular.

Lebih 80 ribu unit original terjual ketika itu.


Album yang diberi tajuk ‘Kemungkinan’ ini dirakamkan pada tahun 1989 di Studio Rediffusion KL dengan label NSR yang diterbitkan oleh komposer Afzainizam Ismail.

Lagu Aku Yang Kau Panggil Sayang masih terus popular hingga kini.

Pada tahun 1987 Khairool Idlan merakamkan dua lagu baru iaitu ‘Aku Bagai Pelabuhan’ ciptaan Khairool sendiri bersama Achik Zairul.

Lirik ditulis oleh Mohtar Said dan lagu ‘Entahlah’ ciptaan dan Lirik oleh komposer Ikhtiman Ismail untuk sebuah album kompilasi berjodol ‘Gabungan Artis Guntur’.

Lima lagu baru dan 5 lagu yang telah dirakam sebelumnya dimuatkan dalam album ini.


Turut serta dalam album Gabungan Artis Guntur tersebut adalah artis-artis Guntur Records lainnya seperti Ben Nathan, Ally Noor (Rama-Rama), Heidi Morza (Sepasang Mata Bundar & Ku Cari Dia), Mr Os dan Ida Mustafa.

Album ‘Selimut Debu’ adalah album solo Khairool Idlan yang ke 4. Lagu ‘Selimut Debu’ ini adalah ciptaan Komposer terkenal Afzainizam Ismail yang bertindak sebagai penerbit album

Walaupun Khairool Idlan sendiri merupakan seorang komposer dan penerbit album sebagai tanda hormat kepada sifunya itu.

Khairool Idlan menyifatkan album ‘Selimut Debu’ ini adalah sebagai hadiah yang sangat berharga sempena 37 tahun pembabitannya didalam industri muzik tanahair.

Sebanyak 5 lagu dimuatkan dalam album mini ini. 4 lagu lama yang diberi nafas baru manakala satu lagu baru iaitu lagu ‘Selimut Debu’ itu sendiri.


SENARAI LAGU DALAM ALBUM INI

1. SELIMUT DEBU (4.49)

Ciptaan: Afzainizam Ismail

Lirik: Mohtar Said & Qorina

Susunan Muzik: Oja & Afzainizam Ismail

Backing Vocal: Qorina


2. AKU YG KAU PANGGIL SAYANG (4.37)

Ciptaan: Afzainizam Ismail Lirik: Azimah

Susunan Muzik & Backing Vocal: Oja


3. DULU KASIH KINI SAUDARA (3.56) [ Duet bersama Linda Ismail ]

Ciptaan & Lirik : Afzainizam Ismail

Susunan Muzik: Afzainizam Ismail & Khairool Idlan


4. LAGUKU UNTUKMU (4.07)

Ciptaan & Lirik: Afzainizam Ismail

Susunan Muzik: Afzainizam & Khairool Idlan


5. AKU BAGAI PELABUHAN (3.34)

Ciptaan: Khairool Idlan & Achik Zairul

Lirik: Mohtar Said.

Susunan Muzik: Afzainizam Ismail & Oja

Backing Vocal: Oja.


Penerbit Album : Afzainizam Ismail

Penolong Penerbit : Khairool Idlan

Gubahan Muzik : Afzainizam/Khairool/Oja

Pemuzik : Oja & Khairool Idlan

Seruling : Aiman Raduan

Studio : Tunable Sdn. Bhd

JuruAdun Music : Oja

Penerbit Eksekutif : Ikhtiman Ismail

Pereka Grafik Kulit Abum : AyetOzza


Terbitan : P & C 2020 KOME Performing Arts

Youtube

https://www.youtube.com/user/khairoolidlan