SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK HAJI ABDUL RAHMAN YAKUB (SEDAYA), KANOWIT


KM 72, Jalan Nibong-Tada, 96700 Kanowit, Sarawak, Malaysia


VISI

SMK SEDAYA Akan Menjadi Sekolah Cemerlang Luar Bandar, Peringkat Negeri Sarawak-Menjelang 2012


MISI MOTTO

MENYEDIAKAN PENDIDIKANBERKUALITI KEPADA MURID SELARAS DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN BERUSAHA, BERILMU, BERDISIPLIN


SEJARAH SEKOLAH

1. SEJARAH LATAR BELAKANG

1.1 Kanowit Rural Improvement School

Pada tahun 1957, sekolah SMK DHARY (SEDAYA)dikenali sebagai ’Kanowit Rural Improvement School.’ Ketika itu, sekolah ini digunakan sebagai tempat untuk memberi latihan dalam bidang pertanian kepada belia bumiputera supaya mereka menjadi petani yang berjaya.

Guru Besar sekolah pada ketika itu ialah Mr. Gerunsin Lembat. Disebabkan oleh keperluan dan permintaan untuk mengadakan pendidikan formal yang lebih sempurna telah bertambah, hasilnya kurikulum bercorak akademik dimasukan ke dalam kurikulum sekolah ini.


1.2 Pembukaan Rasmi

Kanowit Government Secondary School adalah salah sebuah Sekolah Menengah Kerajaan yang tertua di Sarawak. Upacara perasmian sekolah ini telah dilangsungkan pada 26hb April 1958 oleh Resident Bahagian Ketiga, Sarawak, Mr. D.C. White.

Pada tahun pertama persekolahan pendidikan formal diadakan di sekolah ini hanya terdapat empat buah kelas sahaja. Kelas-kelas ini terdiri daripada kelas ’Primary One’, Kelas ’Primary Six’, sebuah kelas ’Chinese Transition’ dan sebuah kelas ’Form One’.

Bilangan pelajar yang mendaftar pada tahun 1958 adalah seramai 159 orang. Pelajar ini datang dari seluruh Negeri Sarawak dan Guru Besarnya ialah Mr. Vincent Uzaraga.

1.3 Nama Baru

Pada 22 Jun 1971, Ketua Menteri Sarawak, Dato Haji Abdul Rahman Ya’kub dan rombongan melawat sekolah ini. Sempena dengan lawatan ini, beliau telah mengumumkan dengan rasminya pertukaran nama sekolah ini kepada Sekolah Menengah Dato Haji Abdul Rahman Ya’kub, Kanowit.


1.4 Nama Singkatan

Pada 5hb Mei 1972, Ketua Menteri Sarawak, Dato Haji Abdul Rahman Ya’kub sekali lagi melawat sekolah ini sempena merasmikan termasya Sukan Tahunan Sekolah. Dalam ucapannya, beliau mencadangkan bahawa ’SEDAYA’ boleh digunakan sebagai nama singkatan bagi Sekolah Menengah Dato Haji Abdul Rahman Yakub. Beliau juga menyarankan supaya pelajar-pelajar sekolah ini sentiasa berusaha dengan ’sedaya upaya’ mencapai kecemerlangn dalam bidang akademik dan aktiviti-aktiviti lain yang boleh meningkatkan prestasi sekolah. Mulai dari tarikh itu, sekolah ini lebih dikenali di Sarawak sebagai sekolah ’SEDAYA’.