2 DIANUGERAH FELO ASM DAN 8 PENYELIDIK USM DIIKTIRAF PENYELIDIK TERKEMUKA NEGARA sunting

{{Infobox connector
... 

}}


Akademi Sains Malaysia (ASM), sebuah badan “think-tank” negara dalam hal yang berkaitan pembangunan sains, kejuruteraan, teknologi dan inovasi yang menjulang kecemerlangan dalam bidang-bidang berkenaan untuk faedah semua, mengiktiraf 8 orang lagi ilmuwan dan saintis Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun ini sebagai Saintis Penyelidik Terkemuka Malaysia atau Top Research Scientist Malaysia (TRSM).

Dalam majlis Penganugerahan Felo ASM dan pengumuman TRSM yang diadakan baru-baru ini, dua orang saintis USM iaitu pakar dalam bidang rawatan air kumbahan dan teknologi membren, Profesor Dr. Abdul Latif Ahmad dan pakar akuakultur Profesor Dr. Ng Wing Keong telah dianugerahkan felo ASM.

Penganugerahan dilakukan oleh Perdana Menteri Y.A.B Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Lapan orang saintis terkemuka USM ialah Profesor Madya Dr. Cheong Kuan Yew, Profesor Dr. Chong Shu Chien@Alexander, Profesor Dr. Darah Ibrahim, Profesor Emeritus Dr. Fun Hoong Kun, Profesor Dr. Jefri Malin Abdullah, Profesor Dr. K. Sudesh Kumar C Kanapathi Pillai, Profesor Dr. Ng Wing Keong dan Profesor Dr. Zainuriah Hassan.

Daripada 62 orang yang telah diiktiraf sebagai TRSM, 17 orang adalah dari USM.

Naib Canselor dan seluruh warga USM merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima anugerah.Teks: Mohamad Abdullah