Suntingan berikut akan ditambah masuk ke dalam artikel Hee Yit Foong

Rampasan Kuasa di Negeri Perak sunting

Akibat daripada mengkhianati pengundi Jelapang, Hee Yit Foong telah dimaki hamun oleh rakyat setempat dan bukan setempat. Ramai juga membakar colok untuknya dan membuat protes di pusat servisnya. Yang turut terjejas ialah tuan punya kedai gunting rambut yang menyewakan separuh kedainya untuk dijadikan pusat servis Hee Yit Foong; tuan punya tersebut resah dengan kekacauan orang ramai dan telah menyeru Hee Yit Foong agar berpindah keluar dari tempat itu pada awal bulan Maret. Menurut tuan punya tersebut, sekiranya Hee tidak tampil maka setibanya tempoh tersebut ia akan membuat laporan polis serta barang-barangnya akan dibuang keluar.

Malah, terdapat pengguna Internet yang menubuhkan e-kubur yang membolehkan orang ramai menyembahnya dan membakar colok kepadanya di situs memorial [1]. Setakat 14 Februari 2009, seramai 1.5 juta orang telah melawat situs memorial tersebut untuk menyatakan kenangan mereka terhadap Hee Yit Foong, termasuk [2] membersihkan kuburnya, membakar colok, menyembah makanan, menyembah arak, menyembah bunga dan mendedikasikan lagu di kuburnya.

Keluarga Hee Yit Foong turut tidak terlepas daripada akibat tindakannya. Penjual sayur-sayuran di pasar tidak sanggup menjual sayur kepada ibu Hee Yit Foong. Manakala kanda Hee Yit Foong telah menerima panggilan-panggilan bersifat maki hamun.