Buka menu utama
router inti Avaya ERS-8600
Penghala Cisco 1800

Penghala (bahasa Inggeris: router) merupakan sejenis peralatan komputer yang berfungsi untuk menghalakan paket-paket data dalam jaringan. Penghala biasanya menjalankan sistem pengendalian tersendiri. Penghala yang lebih mahal memiliki banyal pempropes dan ASIC dan berupaya untuk menjalankan pemprosesan selari. Walau bagaimanapun, dengan perisian yang sesuai (seperti SmoothWall, XORP atau Quagga), PC biasa juga boleh bertindak sebagai penghala.

FungsiSunting

Penghala (Router) berfungsi sebagai sebuah alat penghubung di antara rangkaian komputer yang berlainan. Semasa paket dihantar, router akan menjalankan beberapa proses penting antaranya ialah: membuat terjemahan protokol, mengemaskini jadual haluan, mengirim paket, membungkus paket dan membuka bungkusan paket. Selain itu juga router berperanan untuk menapis trafik dengan membenarkan paket tertentu sahaja. Ini membolehkannya bertindak sebagai alat pelindung ringkas bagi rangkaian anda.

Kelebihan penghalaSunting

  1. Menghubungkan dua atau lebih rangkaian untuk membentuk satu rangkaian internetwork.
  2. Menghubungkan dua rangkaian yang berlainan protokol.
  3. Mengawal keselamatan rangkaian dengan membuat tapisan pada paket.
  4. Menghalang Ribut Siaran (broadcast storm) dari tersebar keseluruh bahagian jaringan
  5. Kuat dan tidak mudah rosak


== Jenis-jenis Penghala == b d

Asas PCSunting

Setiap sistem operasi sama ada Windows mahupun Linux menyokong fungsi routing terbina dalam. Jika anda mengaktifkan Internet Connection Sharing (ICS) di dalam Windows, anda telah menjadikan komputer anda sebagai sebuah router ringkas. Begitu juga dengan Linux yang boleh bertindak sebagai router IP atau IPX.

RujukanSunting

Lihat jugaSunting