Pengkid

ialah slanga untuk 'tomboy' atau lesbian, merangkumi gaya penampilan perempuan yang maskulin dan kadangkala berorientasi homoseksual

Pengkid ialah slanga untuk 'tomboy' atau lesbian, merangkumi gaya penampilan perempuan yang maskulin dan kadangkala berorientasi homoseksual.[1] Penampilan mereka termasuk gerak laku, berpakaian, penampilan, percakapan dan rupa seolah-olah lelaki, di mana kesemua ciri-ciri ini sering dikaitkan dengan lesbianisme. Golongan ini menonjolkan identiti gender dan seksualiti yang sering dilaporkan sebagai naluri semulajadi mereka.[2]

Pengetua Pusat Kebahagiaan Remaja dan Wanita (KEWAJA), Yahya Mohd. Yusof, menyatakan bahawa dahulu golongan ini agak tersorok dan berada dalam kelompok sendiri disebabkan tanggapan konservatif dan negatif yang banyak dipaparkan di media massa.

Sejak 1988, kira-kira 200 individu telah dikategorikan sebagai ‘pengkid’ dan mangsa ‘pengkid’. Mereka dihantar ke KEWAJA sama ada atas kerelaan sendiri atau dihantar ibu bapa.[3] Walaupun yang demikian, tiada kajian perubatan dan psikiatri yang kukuh dapat melaporkan bahawa rawatan fizikal dan rohani boleh "memulihkan" golongan pengkid.[4]

Faktor / Ciri-ciri sunting

  • Secara semulajadi. Dari usia kanak-kanak lagi sudah nampak kecenderungan mereka lebih berminat kepada perempuan, kadangkala diputik ketika mereka dibesarkan seperti melihat lelaki yang disifatkan sebagai ganas seperti bapa yang tidak bertanggungjawab, kaki pukul dan sebagainya;
  • Pengkid sering disalah erti kerana terdapat segelintir yang hakikatnya tidak menunjukkan kehidupan yang lebih bernilai;
  • Fenomena anak gadis terlibat dalam cinta homoseksual berpunca kepada keinginan dan kehendak diri iaitu perhubungan cinta dan seksual wanita bersama wanita lain;
  • Menganggap hanya wanita mengetahui keinginan wanita lain dan menjanjikan kepuasan yang lebih.
  • Berasa lebih selesa kerana tidak terdedah kepada risiko mengandung.

PERBEZAAN

  • PENGKID

Selalunya mereka lebih berwatakan seperti lelaki, samada dari segi kelakuan, sifat, sikap, pandangan/pemikiran, penampilan berambut pendek atau pacak, suara serak-serak basah yang menyerupai lelaki. Mereka lebih mempunyai perasaan cinta terhadap kaum wanita (feminin).

  • TOMBOY

Merupakan wanita yang lebih beperwatakan agresif dan kasar, gemar melakukan kerja-kerja yang dilakukan lelaki, penampilan berambut pendek atau panjang. Mereka mempunyai perasaan cinta terhadap kedua-dua jantina tetapi lebih cenderung terhadap wanita.(bergantung kepada individu)

  • LESBIAN/LESBO/LESSY

Selalunya mereka lebih berwatakan penuh sebagai wanita (femenin), samada dari segi tindakan yang lemah-lembut, melakukan kerja-kerja yang dilakukan oleh wanita sahaja, penampilan berambut panjang, suara yang lemah-lembut dan sopan. Mereka mempunyai perasaan cinta terhadap wanita-wanita tertentu yang tergolong dalam alam percintaan sejenis.

  • BISEKSUAL

Selalunya mereka berwatakan normal seperti apa yang kita nampak, samada penampilan, kelakuan,sifat dan sikap. Mereka mempunyai perasaan cinta terhadap kaum lelaki dan perempuan. Selalunya mereka adalah golongan orang yang keliru dalam perhubungan, kerap ingin berubah kepada percintaan/perhubungan normal.[perlu rujukan]

Pandangan Islam sunting

Mengikut sesetengah ulama agama, tindakan dan perbuatan yang berlawanan jantina lahiriahnya dikatakan haram, iaitu tidak dibenarkan sama sekali oleh Islam. Menurut mereka, tindakan ini dikatakan mengubah fitrah kejadian manusia yang dijadikan Allah. Ia melanggar tabii serta fitrah dan dalam Islam jelas tidak boleh.[5]

Sebuah NGO bukan Islam, Katagender dan Food-not-Bombs mengadakan demonstrasi di Kuala Lumpur membantah fatwa ang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan pengkid. Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia Yusri Mohamad mahu fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak dipertikaikan[6] kerana ia sebuah institusi penting dalam Islam dan jarang dicabar. Kiranya da bantahan dan rungutan, perbincangan tertutup yang disertai pakar-pakar hendaklah diadakan. Bukan Islam tidak patut campur tangan sebelum mereka mempelajari dan memahami al Quran dan Hadis. Majlis Fatwa merasakan wajar fatwa mengharamkannya dikeluarkan kerana Jakim menerima aduan. Oleh itu pada 23 oktober 2008, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan mengharamkan perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau dikenali sebagai ‘pengkid’. Pengerusinya ialah Profesor Datuk Dr. Abdul Shukor Husin.[7]

Ketua Pegawai Eksekutif Dewan Amal Islam Hadhari (Damai), Amran Zakaria bersedia mengatur pertemuan antara pihak NGO dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung isu fatwa itu. Sebelum ini, Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Ivy Josiah mempersoalkan fatwa tersebut yang disifatkan cuba mengongkong cara hidup seseorang termasuk dalam soal berpakaian. Ivy Josiah melihat kes ini menyekat kebebasan wanita selain menjadikan negara ini dipandang serong dan ditertawakan negara luar.[8]

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta Ivy Josiah tidak hanya menggunakan logik akal sahaja kerana boleh menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat. Kalau masalah seorang perempuan lari kepada lelaki lain ada undang-undang yang boleh menyelesaikannya tetapi jika ada perempuan lari kepada perempuan lain mesti ada peranan lelaki di kalangan perempuan itu. [9]

Rujukan sunting