Pengurusan dan Penawaran Sumber Maklumat Elektronik
Buku Pengurusan dan Penawaran Sumber Maklumat Elektronik ialah sebuah buku yang diterbitkan di Malaysia pada 2010 dengan harga RM28.00 (2007). Ia diterbitkan oleh Penerbit Universiti Malaysia Perlis dalam bahasa Melayu dengan nombor ISBN 9789675415043.
![]() Buku Pengurusan dan Penawaran Sumber Maklumat Elektronik ialah sebuah buku yang diterbitkan oleh Penerbit Universiti Malaysia Perlis | |
Negara | Malaysia |
---|---|
Bahasa | Bahasa Melayu |
Penerbitan | |
Penerbit | Penerbit Universiti Malaysia Perlis |
Tarikh penerbitan | 2010 |
Halaman | 72 |
Kawalan kewibawaan | |
ISBN | ISBN ISBN 9789675415043 Invalid ISBN |
Ringkasan
suntingPerkembangan sumber elektronik merupakan cabaran baru kepada perpustakaan akademik di Malaysia dalam era digital. Pelbagai polisi akses, polisi penerbit, model perolehan, lesen perjanjian, hak serta limitasi akses dan pelbagai lagi isu yang perlu ditangani. Selain itu, Perpustakaan Akademik juga berhadapan dengan peningkatan kos langganan tahunan yang menuntut pertambahan bajet perolehan. Keadaan ini membawa kecenderungan perpustakaan untuk memperbaharui langganan kepada sumber elektronik dengan menggunakan peruntukan perolehan bahan bercetak.
Senario ini meningkatkan kepentingan untuk menguasai kompetensi dalam pengurusan dan penawaran sumber maklumat elektronik untuk mencapai keberkesanan kos. Panduan pengurusan dan penawaran sumber maklumat elektronik yang diketengahkan dalam buku ini dapat membantu para Pustakawan perpustakaan akademik untuk memastikan keberkesanan dalam menangani cabaran dalam menyediakan akses sumber maklumat elektronik warga universiti masing-masing.