Penisilin merupakan salah satu dari jenis ubat antibiotik β-laktik yang digunakan dalam penyembuhan penyakit berjangkit disebabkan bakteria berjenis Gram positif.[1], ia berkesan melalui sifat yang mampu menghalang pengukuhan mukopeptida asas pembentukan dinding sel bakteria yang tumbuh aktif.[2] Penisilin diperolehi daripada kulat yang bernama penisilum.

Nukleus Penicillin

Penisilin digunakan dengan meluas untuk merawat jangkitan pada pelbagai bahagian tubuh, seperti penyakit:

Dalam Perang Dunia Kedua, ramai askar telah diselamatkan kerana luka mereka dapat dirawat dengan penisilin. Terdapat pelbagai jenis penisilin dan setiap satunya adalah khusus untuk membunuh kuman tertentu.

Secara umumnya penisilin merupakan suatu ubat yang selamat digunakan. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir pesakit yang sangat peka terhadap penisilin. Apabila seseorang memakan penisilin, mereka mungkin menjadi sakit, merasa gatal, semput, ataupun ruam kulit. Dalam kes yang serius, pesakit itu boleh mati akibat kekusutan penyakitnya.

PenemuanSunting

Alexander Fleming pada 1929 semasa melakukan penyelidikan di makmal kajian Hospital Saint Mary London di mana beliau mencatat adanya lingkaran hambatan (zona bening) pada pertumbuhan bakteria di piring kultur Staphylococcus. Fleming menyimpulkan bahawa hambatan itu disebabkan bahan perencat dihasilkan yang menghalang pertumbuhan dan menghancurkan bakterian. Suatu pengkulturan tulen kemudian menemukan Penicillium yang kemudian dikenal sebagai Penicillium chrysogenum. Fleming memberikan istilah "penisilin" untuk menggambarkan hasil penapisan dari kultur tersebut.[2]

Kesan sampinganSunting

Tindak balasSunting

Reaksi yang sering dialami dalam segelintir pesakit yang menerima antibiotik penisilin adalah (≥1% pasien) cirit-birit, urtikaria, nausea, dan superinfeksi dari Candidiasis. Kesan yang jarang dialami (0.1–1% pasien) termasuk demam, muntah, dermatitis, angiodema atau kolitis pseudomembarnosus.[3]

AlergiSunting

Alahan terhadap antibiotik beta-laktam termasuk penisilin dapat terjadi pada 10% pesakit, 0.01% bilangan pesakit diamati berkemungkinan dapat menderita anafilaksis.

RujukanSunting

  1. ^ Madigan, MT. Brock Biology of Microorganisms (ed. 12). San Francisco: Pearson Benjamin Cummings. m/s. 795. ISBN 9780321536150. Parameter |coauthors= yang tidak diketahui diendahkan (|author= dicadangkan) (bantuan)
  2. ^ a b Pelczar, Jr., MT. Dasar-dasar Mikrobiologi (ed. 1). Jakarta: UI Press. m/s. 517. Parameter |coauthors= yang tidak diketahui diendahkan (|author= dicadangkan) (bantuan)
  3. ^ Rossi S, editor, penyunting (2006). Australian Medicines Handbook. Adelaide: Australian Medicines Handbook. ISBN 0-9757919-2-3.