Penjara Kajang

penjara di Malaysia

Penjara Kajang, Selangor yang dahulunya dikenali sebagai Penjara Pusat Selangor merupakan salah sebuah daripada 38 buah institusi penjara yang terletak di bawah pentadbiran Jabatan Penjara Malaysia. Ia terletak di kawasan Sungai Jelok, Kajang, lebih kurang 3 kilometer dari bandar Kajang.[1] Penjara Kajang mula dibina pada tahun 1975 di atas tanah seluas 161.3 hektar dan beroperasi sepenuhnya pada pertengahan tahun 1985. Pada permulaannya Penjara Kajang hanya menempatkan seramai 30 orang banduan yang dibawa setiap hari dari Penjara Pudu, Kuala Lumpur pada bulan Oktober 1980. Mereka ditempatkan di Bahagian Pra Bebas dan ditugaskan untuk kerja-kerja kebersihan dan penyelenggaraan kawasan dan bangunan-bangunan penjara yang baru siap dibina.

Pembinaan sunting

Pembinaan Penjara Kajang telah menelan belanja lebih kurang RM 65 juta dan dipecahkan kepada 4 bahagian utama iaitu :

  1. Bahagian Utama
  2. Bahagian Rawatan dan pemulihan dadah
  3. Bahagian Pra Bebas
  4. Penjara Wanita

Bagi melicinkan lagi pentadbiran di Penjara Wanita, penjara tersebut telah dipisahkan daripada Penjara Kajang dengan diberi tanggungjawab mengurus pentadbiran sendiri pada tahun 1993. Penjara Pusat Selangor telah diwartakan secara rasminya sebagai Penjara Kajang pada 8 Mei 1997.

3 Bahagian Penjara Kajang dan fungsinya :

  1. Bahagian Utama: Menahan pesalah-pesalah yang dijatuhkan hukuman kerana melakukan kesalahan jenayah dan melanggar undang-undang imigresen.
  2. Bahagian Rawatan dan Pemulihan Dadah: Menahan pesalah-pesalah yang dijatuhi hukuman kerana mengedar dan menyalahgunakan dadah serta kesalahan jenayah.
  3. Bahagian Pra Bebas: Bangunan jenis dormitari yang menempatkan o/b yang bekerja di luar kawasan tembok penjara dan juga Banduan Dagang. O/b yang terpilih untuk tinggal di bahagian ini adalah terpilih dari kalangan o/b yang tarikh bebasnya tidak melebihi 9 bulan, warga negara Malaysia, tidak melakukan pelanggaran undang-undang/ peraturan dalam penjara, tiada kes mahkamah dan sebagainya.

Tahanan sunting

  • Michael Denis McAuliffe (dihukum gantung sampai mati)[2]
  • Najib Razak, bekas perdana menteri. Pada 23 Ogos 2022, beliau dibawa ke Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atasnya.[3] (Lihat juga: Skandal 1Malaysia Development Berhad)
  • Mona Fandey , Mohd Affandi Abdul Rahman & Juraimi Hussin (dihukum gantung sampai mati)
  • Hanafi Mat Hassan (dihukum gantung sampai mati)

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-07. Dicapai pada 2015-11-01.
  2. ^ Palmer, Tim. "Drug smuggler Michael McAuliffe hanged in Malaysia in 1993." ABC News Australia. See point 1:39. Updated March 11, 2015.
  3. ^ Najib dibawa ke Penjara Kajang