Buka menu utama


Rencana berkenaan Common Law secara keseluruhannya adalah baik dan komprehensif.

Saya adalah seorang pengamal undang-undang berdasarkan sistem common law. Saya ingin memberi sedikit komentar umum agar ada pihak yang boleh menambahbaikkan lagi rencana Common Law.

Komentar:

Terdapat istilah yang tidak tepat digunakan di dalam rencana tersebut. Ketidaktepatan tersebut terbahagi kepada dua kategori iaitu

1. tidak tepat daripada aspek Bahasa Malaysia secara umum; dan

2. tidak tepat daripada aspek istilah undang-undang.

Contoh ketidaktepatan daripada aspek Bahasa Malaysia secara umum:

Perkataan "ramai" biasanya hanya digunakan untuk merujuk kepada orang. Manakala perkataan "banyak" lebih sesuai digunakan untuk merujuk kepada selain orang. Di dalam rencana tersebut digunakan perkataan "Ramai cabang". Yang lebih tepat adalah perkataan "Terdapat banyak cabang".

Contoh ketidaktepatan daripada aspek istilah undang-undang:

Tort "defamation" diterjemahkan oleh kebanyakan pensyarah undang-undang di Malaysia sebagai tort "fitnah" dan bukannya "saman malu".

ramai dan banyak 2 kenyataan berbeza dan penggunaan kata juga berbeza.

ramai bisa digunakan untuk kehidupan banyak untuk barang dan benda. adakah encik org Malaysia?

Kembali ke laman "Common law".