Perbincangan:Dua Sub Kitaran Hayat Ekonomi
Saya baru kat wikipedia ni.
Saya dapat ni.
- Penyumbang utama di rencana ini nampaknya mempunyai hubungan rapat dengan subjek. Ia mungkin memerlukan perapian mematuhi polisi kandungan Wikipedia, terutamanya pandangan berkecuali. sila berbincang dengan lebih lanjut mengenai laman perbincangan. (Mei 2014)
Apa yang perlu dibuat?
Saya tak faham pasal kategori. Saya telah dan beberapa lagi. Betul ke macam tu.
Ibnu Sa'aidin (bincang) 05:29, 28 Mei 2014 (UTC)
Saya yg letak notis itu:
- Saya kurang jelas. Rencana ini mengenai buku atau konsep/teori?
- Anda penulis buku itu dan pelopor/penyokong pendapat ini kan? Pastikan bersifat objektif.
- Rujukan yg diperlukan ialah ke sumber sahih. Jangan letak rujukan kepada Wikipedia sendiri.
- Kategori itu bergantung kepada status rencana ini, mengenai buku atau konsep/teori?
...Aurora... (b) 15:19, 28 Mei 2014 (UTC)
Saya letakkan satu sub topic
Carta Kitaran Perniagaan dan Carta D...
suntingDiambil maklumat En.wikipedia.org tapi saya translate meklumat itu. Soalan :Perlu saya nyatakan bahasa Inggeris dan kemudian translate atau tidak.
Saya tak pasti bagaimana nak masukkan carta atau image. Macammana kalau nak ambil carta yang sudah ada pada wikipedia? Bagaimana nak bagi kredit pada pembuat image asal (kalau perlu)?
Ibnu Sa'aidin (bincang) 04:56, 29 Mei 2014 (UTC)
- Utamakan istilah Melayu, kalau takut orang tak kenal, dibolehkan meletakkan istilah Inggeris dalam kurungan.
- Sekiranya anda klik imej tersebut, ada tak ayat "This is a file from the Wikimedia Commons. Information from its description page there is shown below." di mana2? Jika ada, anda cuma perlu salin kodnya. Misalnya, [[File:Economic cycle.svg|thumb|450px|A basic illustration of economic/business cycles.]]
- ...Aurora... (b) 15:41, 29 Mei 2014 (UTC)
p/s: Anda masih belum menjawab persoalan di atas.
Terima kasih. Saya tak perasan itu soalan.
Ia mengenai konsep "dua sub kitaran hayat ekonomi" bukan buku. Buku "Dua sub kitaran hayat ekonomi. Satu keadah baru dalam memahami pasaran saham" itu menceritakan konsep, memahami pasaran saham dan juga macamana nak ambil faedah melalui konsep tersebut di pasaran saham.
Ya saya salah seorang penulis buku tersebut. Ya, saya penyokong pendapat ini.Saya rasa ia bersifat objectif dengan rujukan ke ayat Al-Quran, kitab perjanjian baru (bible). serta buku-buku.
Mungkin ada yang mempertikai
- bagaimana perumpamaan 'tumbuhan','tanaman','binatang ternakan -lembu' dalam ayat Al-Quran 1400 tahun dahulu menunjukkan ekonomi atau hasil pendapatan pada masa kini. Ini saya gunakan buku "the Joseph Cycle" yang juga menggunakan perumpamaan. Ada banyak sesawang yang lain yang saya boleh seperti [1] dan [2]
- bagaimana kemelesetan di Amerika untuk 7 tahun pada 1958 pada waktu itu saham meningkat. Saya akan gunakan rujukan kepada bahawa kemelesatan pada waktu itu adalah 'stagflation'. Kemelesetan bercampur inflasi yang besar bersahaam stagflasi menyebabkan harga naik termasuk harga saham. Ini boleh dilihat dalam wikipedia https://en.wikipedia.org/wiki/Recession_of_1958 di mana tertulis "Normally prices fall during recessions but this time they went up" atau diterjemah "Selalunya harga akan turun sewaktu kemelesatan tetapi kali ini ia naik"
Rujukan yg diperlukan ialah ke sumber sahih. Ya, tolong beritahu jika tidak. Semua rujukan ke wikipedia lain bukannya sendiri. Saya hendak masukkan laman web lain tapi ia mungkin tidak boleh dipercayai.
Mengenai konsep. Bukan mengenai buku.
Ibnu Sa'aidin (bincang) 03:20, 30 Mei 2014 (UTC)
Boleh masukkan nama buku, no isbn, kat mana terbit, kat mana boleh beli kat wikipedia ke? Macam promosi je. Saya nampak ada beberapa buku kat wikipedia. Tolong beri pencerahan.
Ibnu Sa'aidin (bincang) 09:36, 30 Mei 2014 (UTC)
- Sekiranya rencana ini mengenai konsep, tak payah cerita mengenai buku. Letak sebagai rujukan sahaja. Letak juga bab berapa.
- Rujukan ke blog lazimnya tidak dianggap sebagai rujukan sahih, melainkan itu memang blog rasmi seorang pakar ekonomi terkemuka.
- Selain itu Wikipedia juga melarang merujuk diri sendiri, ini termasuklah Wikipedia bahasa lain.
- ...Aurora... (b) 15:38, 31 Mei 2014 (UTC)
Wikipedia
suntingTerima kasih kerana menyumbang kepada Wikipedia. Untuk pertimbangan:-
- Apabila menafsir Al Quran, sila gunakan sumber ulamak muktabar/ sarjana Islam yang diakui. Jangan gunakan tafsiran sendiri / orang yang tidak dikenali.
- Rujukan boleh menggunakan akhbar utama/ laman kerajaan/ persatuan yang terkenal. Buku ilmiah, juga boleh digunakan (yang diakui oleh universiti. Buku terbitan sendiri / umum oleh bukan pakar yang diakui, ie buku ini hanya boleh membincangkan perkara dalam buku. Ie. Bukan bidang ekonomi tetapi hanya dua sub kitaran etc.
- Jika anda rasa ia bukan sumber sahih, ia bukan sumber sahih.
- Jangan gunakan sumber blog/facebook/myspace/Wikipedia/ sebarang laman sosia seumpqma dengannya sebagai rujukan. Jika Yosri boleh pergi mendaftar dan menulis di situ, kemungkinannya ia tidak diterima.
- Jika menulis teori oleh orang yang tidak dikenali, masukkan sumber ie menurut Abu Lahab jika kedua isteri merajuk, ana kawin tiga. Ini agar pembaca boleh menilai samaada ia oleh sarjana / tah siapa-sapa. Jika sahih, sebut ie menurut Nik Aziz, "Menuntut ilmu itu ****."
- Jangan guna ayat "Seluruh rakyat/Semua orang tahu/Kita patut/Seperti diketahui/Menurut orang tua-tua". Sebaliknya tulis seperti Akhbar Utusan Malaysia & Beriita Harian mengucap takziah diatas kehilangan MH370, Dr Mahathir menyatakan bahawa******, Keputusan TIMMS/PIRLS menunjukkan Malaysia berada pada kedudukan XX.
Ringkas kerana sekarang mengembara. Yosri (bincang) 00:12, 31 Mei 2014 (UTC)
Perihal buku
suntingAdakah ISBN buku ini: 'Azman,, Dzulfariz (2013). Dua Sub Kitaran Hayat Ekonomi - Satu Kaedah Baru dalam Memahami Pasaran Saham. Malaysia: Dfariz Korporat. ISBN 9789671225301' betul? Saya tak dapat cari buku dalam WorldCat.
Anda mungkin mahu meneliti laman ini kerana ia dapat membantu anda menyunting rencana dengan lebih cekap (efficient) dan mudah. --Algazel (hubung) 03:24, 31 Mei 2014 (UTC)