Perbincangan:Karnivor

Latest comment: 8 tahun lalu by Smim90 in topic Cadang semula ditukar kepada maging

Istilah lama sunting

Saya menolak penggunaan Maging kerana ia ialah istilah lama. i wong (bincang) 09:30, 10 Februari 2012 (UTC)Balas

Saya telah bertanya kepada pihak DBP dan ini jawapannya:

Perkataan maun, maging dan maserba ialah istilah lama, istilah ini tidak digunakan lagi. Lalu, sumber rujukan yang saya nyatakan adalah sahih. Harap maklum. -- 依之汉 (bincang) 06:23, 4 Februari 2013 (UTC)Balas

Cadang semula ditukar kepada maging sunting

Saya cadangkan laman ini ditukar semula kepada maging kerana ada rujukan sahih dari laman PRPM yang terkini. Laman PRPM tidak menyebut ia perkataan lama, tetapi memperakukan ia masih sah digunakan. Lagipun ia bahasa Melayu. Pautan: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=maging --Smim90 (bincang) 17:02, 23 Ogos 2015 (UTC)Balas

Saya tidak pernah gembira pencemaran bahasa serapan Inggeris ke dalam bahasa Melayu. Saya merasakan mereka malas berfikir, cari kerja senang mencipta bahasa kacukan (bastard language). Yosri (bincang) 18:02, 23 Ogos 2015 (UTC)Balas
Lihat juga http://brunei-linguistics.blogspot.com/2013/02/maging.html Yosri (bincang) 18:04, 23 Ogos 2015 (UTC)Balas
Jadi adakah menganggap perkataan "maging" dan "maun" itu adalah bahasa kacukan "maging" sama seperti "makan daging", dan "maun" pula "makan daun". Jika diMaksudkan begitu, Saya rasa rasa ia bukannya bahasa malas, bagi mengkacukkan 2 perkataan menjadi 1 perkataan mudah. Kalau kita lihat perkatan:
  1. "berdikari" dari perkataan "berdiri atas kaki sendiri".http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=berdikari
  2. Perkatan "kerjasama", dari perkataan "kerja dibuat bersama-sama".http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=Kerjasama

Jadi penggunaan istilah "maging" dan "maun" bagi saya tak ada silapnya jika ia masih lagi sebahagian dari dari perkatan-perkataan bahasa Melayu, biarpun ada unsur kacukan, tetapi lebih baik dari meragakan terus bahasa Inggeris menjadi bahasa Melayu dengan olahan moden. Percantuman dua perkataan bahasa Melayu menjadi satu perkataan justeru dapat memperagakan varian bahasa Melayu, selagi ia dalam konteks piawaian. Saya rasa ia wajar ia dikekalkan dalam bentuk bahasa Melayu itu. Menukar maging lebih baik dari terus guna karnivor. --Smim90 (bincang) 11:41, 24 Ogos 2015 (UTC)Balas

Maksud kacukan adalah menggunakan perkataan Inggeris yang ditukar pada ejaan Melayu bagi menggantikan perkataan yang sedia ada. Contoh, ros menggantikan mawar, dll Yosri (bincang) 13:37, 24 Ogos 2015 (UTC)Balas
Jadi setuju la ye, kalau kita tukarkan pada maging. :)--Smim90 (bincang) 14:14, 24 Ogos 2015 (UTC)Balas
Kembali ke laman "Karnivor".