Perbincangan:Parameswara

Ulasan terkini: 6 tahun lalu oleh Yosri pada topik Keturunan parameswara

Sejak Sriwijaya hancur tak bersisa diserang Kerajaan Chola dari India di tahun 1025, Palembang dalam "status quo". Serangan Kerajaan Chola dari India tersebut mengakibatkan berpindahnya keluarga kerajaan beserta para pengikutnya ke Malayu pedalaman / Kerajaan Dharmasraya (Provinsi Jambi sekarang). Di tahun 1088, Palembang merupakan bagian "Kerajaan Melayu" / Kerajaan Dharmasraya.

Pada tahun 1288, panglima perang Kerajaan Singhasari yang dipimpin oleh Mahesa Anabrang / Adwayabrahma menaklukan Palembang, Sumatra, dan Semenanjung Malaka, dan kemudian menjadikannya sebagai bagian Kerajaan Majapahit, yaitu kerajaan lanjutan dari Singhasari. Dengan dinikahinya putri-putri Kerajaan Malayu / Kerajaan Dharmasraya yaitu Dara Jingga dan Dara Petak oleh Mahesa Anabrang / Adwayabrahma dan Raden Wijaya, secara resmi Kerajaan Melayu menjadi bagian Majapahit. Sejak saat itu, penguasa Palembang, Minangkabau, dan Sumatra (kecuali Aceh) adalah KETURUNAN Mahesa Anabrang dan Dara Jingga.

Parameswara merupakan cicit (turunan keempat) dari Ratu Tribhuwana Wijayatunggadewi, penguasa Majapahit yang ke 3. Urutan silsilahnya adalah sebagai berikut: Pertama, Ratu Tribhuwana Wijayatunggadewi menikah dengan Kertawardhana (anak tertua dari Mahesa Anabrang / Adwayabrahma), memiliki anak perempuan: Iswari. Kedua, Iswari menikah dengan Singawardana, memiliki anak perempuan: Sarawardani. Ketiga, Sarawardani menikah dengan Ranamenggala (yang kemudian bergelar Shri Rana Wira Kerma), memiliki anak laki laki: Parameswara

Pada masa Parameswara berkuasa, terjadi perang saudara di Majapahit antara Bhre Wirabhumi dan Wikramawardhana. Imbasnya, terasa sampai ke Palembang, menyebabkan adanya intrik intrik perebutan kekuasaan di Palembang.

Tiada sumber rujukan untuk dakwaan di atas, dan lebih meragukan, penyuntingnya menyunting rencana ini berulang kali dan menukar sesuka hati fakta yang ada, menunjukkan beliau sendiri kurang pasti tentang fakta yang sebenar.

Perlu dijelaskan di sini bagi sesiapa yang bukan dari budaya Melayu (maksud saya etnik Melayu) terutamanya orang-orang Indonesia, etnik Melayu bukanlah sebuah masyarakat matrilineal seperti etnik Minangkabau yang mementingkan keturunan si Ibu. Selama ratusan tahun sistem beraja Melayu, keturunan si bapa lah yang paling diambil berat seperti juga yang diamalkan monarki lain di dunia. Raja-raja Melayu dahulu kala bukan sahaja berkahwin dengan puteri keturunan Majapahit, bahkan dari keturunan Thai terutamanya di negeri-negeri utara dan keturunan India dan China. Namun ini tidak membawa erti yang susur galur keturunan Raja-Raja Melayu secara tiba-tiba bertukar menjadi "keturunan Majapahit", "keturunan Thai" "keturunan India". Contohnya, Sultan Mudzafar Shah (Sultan Melaka kelima) mempunyai ibu berketurunan Tamil, tetapi ini tidak bermaksud baginda menjadi seorang "Tamil", atau baginda "berketurunan Tamil".Orhanghazi (bincang) 06:28, 3 November 2009 (UTC)Balas

Perlu dimasukkan agama Parameswara

sunting

Saya fikir kita perlu memasukkan fakta tentang agama Parameswara ke dalam artikel ini. Ini kerana terdapat kekeliruan oleh ramai pihak tentang agama Parameswara yang sebenarnya.

Sebelum ini, kita sering dimomokkan dengan maklumat yang mendakwa Parameswara beragama Hindu. Namun, kini ramai pula mendakwa bahawa Parameswara sebenarnya beragama Buddha berdasarkan susur galur Parameswara yang dikatakan berasal dari leluhur Kerajaan Srivijaya yang beragama Buddha.

Jadi, amat penting memasukkan fakta tentang agama sebenar yang diterima umum oleh para sejarawan Malaysia/Indonesia. Ini pasti dapat menghapuskan kekeliruan masyarakat. Namun begitu, rujukan kepada fakta itu haruslah dilampirkan dan ditaip pada bahagian "Rujukan" di bahagian terbawah artikel ini.

Sekian, terima kasih. --MoBs (bincang) 13:39, 17 November 2010 (UTC)Balas

Walaupun agamanya tidak dinyatakan secara khusus, berdasarkan gelaran yang dipakai, berkemungkinan besar Parameswara beragama Hindu. Gelaran Parameswara itu sendiri merupakan salah satu nama untuk Shiva. Walaupun Parameswara mendakwa dirinya keturunan Srivijaya, tidak bererti dia beragama Buddha juga, sepertimana keturunan Parameswara juga menukar kepada Islam. Berdasarkan hegemoni Majapahit pada zaman itu, agama Hindu dan Buddha juga telah bercampur baur, seperti contohnya Kertanegara raja Singhasari yang menamatkan kekuasaan Srivijaya memiliki gelaran Siwa-Buddha.
Prof Muhammad Yusoff Hashim menulis (1992) bahawa Parameswara beragama Hindu. Tambah lagi, Prof Yusoff juga berpendapat Parameswara (Raja Iskandar Shah) tidak memeluk Islam; sultan Melaka yang pertama memeluk Islam ialah Megat Iskandar Shah, anak Parameswara. Prof Yusoff berkata demikian kerana pada pendapat beliau, pengarang(-pengarang) Sejarah Melayu keliru kerana ketiadaan budaya menulis dalam masyarakat Melayu pada zaman itu.Tun Seri Lanang sedikit sebanyak terpaksa bergantung kepada tradisi lisan apabila menulis Sejarah Melayu. Algazel (bincang) 19:27, 29 Disember 2012 (UTC)Balas

Keturunan parameswara

sunting

Beliau merupakan seorang raja yang berbangsa India iaitu spesifiknya Tamil Loheshwar (bincang) 04:24, 28 Oktober 2018 (UTC)Balas

Tiada rujukan. Dakwaan yang tidak memiliki asas yang kukuh. Yosri (bincang) 14:54, 13 November 2018 (UTC)Balas
Kembali ke laman "Parameswara".