Perbincangan:Pelarangan arak di Amerika Syarikat

Latest comment: 4 tahun lalu by Anumengelamun in topic "Prohibition" - "larangan" atau "pelarangan"?

"Prohibition" - "larangan" atau "pelarangan"? sunting

Saya sangsi dengan penggunaan kata tertentu sebagai tajuk laman - perkataan "larangan" sebagai padanan kepada prohibition digunakan seolah-olah ia tindakan pasif sedangkan kandungan subjek dalam laman bahasa asal (bahasa Inggeris) lebih merujuk kepada pelaksanaan dan tindakan yang dilakukan secara aktif dan giat oleh kerajaan/pemerintah Amerika Syarikat...saya fikir perkataan "pelarangan" (< kata kerja "melarang") lebih sesuai untuk subjek laman. Keserasian ia dengan laman dipakai dalam versi bahasa Melayu Indonesia ("Pelarangan di Amerika Serikat") hanyalah kebetulan semata-mata. Apa pendapat kalian? Sekiranya saya tukar kepada "Pelarangan arak di Amerika Syarikat", boleh sahaja.

--Anumengelamun (bincang) 07:59, 7 Jun 2019 (UTC)Balas

Kembali ke laman "Pelarangan arak di Amerika Syarikat".