Perbincangan:Penaklukan Umayyad ke atas Hispania

Ulasan terkini: 11 tahun lalu oleh Algazel

Aurora, mengikut PRPM "Kekhalifahan" merujuk kepada gaya untuk penyandang jawatan khalifah sementara "khilafah" merujuk kepada "jawatan khalifah" (sama juga dengan caliphate saya kira). Khilafah juga mungkin merujuk kepada bentuk majmuk untuk "khalifah" (ekstrapolasi daripada contoh yang diberi oleh PRPM). Kekhalifahan dipilih kerana ia ialah istilah sejarah untuk caliphate.Algazel (bincang) 21:34, 16 Julai 2012 (UTC)Balas

Oh, saya cuma mengikut nama rencana sedia ada, misalnya Khilafah Cordoba. Sekiranya salah, minta tolong betulkan. ...Aurora... (b) 14:46, 17 Julai 2012 (UTC)Balas
Algazel, anda boleh rujuk rencana ini Khilafah. Ia akan membantu anda untuk lebih memahami takrifan ini. Zamwan (bincang) 04:25, 18 Julai 2012 (UTC)Balas
Ah, OK Zamwan. Ini masalah saya sebenarnya. Saya baru mula menyunting di Wiki BM dan terfikir yang saya tersilap istilah apabila Aurora menukar "kekhalifahan" kepada "khilafah", justeru untuk mendapatkan kepastian saya menyatakan alasan saya tentang penggunaan 'kekhalifahan.' Aurora telah menjelaskannya dalam jawapan beliau.
Untuk memanjangkan cerita sedikit, sebenarnya saya lebih cenderung menggunakan 'khilafah' untuk 'caliphate' tapi pihak DBP menyatakan istilahnya ialah 'kekhalifahan.' Walau apapun, saya rasa ini perkara kecil – dalam kes ini saya selesa sama ada dengan khilafah atau kekhalifahan. Yang lebih penting, saya fikir, ialah keseragaman penggunaan bahasa dan sepersetujuan pendapat — saya akan ikut konsensus. Itu dan peningkatan jumlah rencana. Terima kasih saudara berdua di atas perhatian yang diberikan. Salut! Algazel (bincang) 08:24, 18 Julai 2012 (UTC)Balas
Kembali ke laman "Penaklukan Umayyad ke atas Hispania".