Perbincangan:Pertanian

Ulasan terkini: 14 tahun lalu oleh Syarikat Pemunggahan Rencana

Artikel sedang dibangunkan dari terjemahan bahasa inggeris oleh "esamus"

Terjemahan rencana ini sebenarnya tetap amat unggul. Namun, saya memperbaiknya hanya kerana ada sesetengah bahagian yang masih belum diterjemahkan, tetapi sewaktu saya membandingkannya dengan versi Wikipedia bahasa Inggeris yang terkini, saya mendapat bahawa mereka telah membuat sesetengah perbaikan kepada rencana mereka. Maka, saya mencuba menepati versi yang terkini, dengan anggapan bahawa versi bahasa Inggeris yang terbaharu merupakan versi yang lebih canggih. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 17:42, 6 Disember 2009 (UTC)Balas

Demi mengelakkan sebarang salah faham, saya akan menggelar penyodok sebagai penyodok dan bukan sebagai alat mekanik pertanian. Pesanan di atas tidak begitu tepat dan hanya merupakan satu percubaan diplomasi.

Sebenarnya, banyak istilah tidak menepati laras bahasa dan untuk mengemaskinikan rencana itu, penterjemahan semula jauh lebih mudah. Bagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa versi saya adalah sempurna. Sebarang siapa yang tidak berasa puas hati dengan versi terkini boleh:

  • memperbaiknya;
  • menterjemahkan semula rencana ini; atau
  • memulihkan versi yang lama jika dia berpendapat bahawa versi yang lama adalah lebih baik.

Saya tidak kesah kerana sebenarnya, saya boleh memindahkan versi terjemahan ini ke dalam laman peribadi. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 17:36, 12 Disember 2009 (UTC)Balas

Versi lama bercampur bahasa Inggeris, versi anda lebih lengkap, teka yang mana saya akan pilih :) ...Aurora... (b) 15:46, 15 Disember 2009 (UTC)Balas

Pesanan kedua saya itu dicetuskan oleh teguran seorang pengguna. Dia tidak hendak bercakap dengan terus terang tentang apa yang dimaksudkannya tetapi saya berasa dia tidak puas hati kerana saya membuat keoverhaulan yang amat sangat besar. Sememangnya, perbuatan sebegini tidak dialu-alukan di Wikipedia bahasa Inggeris tetapi rencana ini sebenarnya hanya merupakan terjemahan dan bukan rencana baharu. Selain daripada penggunaan istilah yang tidak menepati sistem DBP, penterjemah asal kekadang meninggalkan sesetengah ayat dan oleh itu, saya berasa lebih mudah jika saya menterjemahkan semula. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 16:33, 15 Disember 2009 (UTC)Balas


Versi lama bercampur bahasa Inggeris, versi anda lebih lengkap, teka yang mana saya akan pilih :) ...Aurora... (b) 15:46, 15 Disember 2009 (UTC)Balas

Sebenarnya, saya petik rencana ini untuk mengerjakan daripada "rencana perlu diterjemahkan". Sayanglah jika topik yang paling asas dan umum ini dibuat separuh dalam sebuah portal yang utama. Kalau topik ini sangat khusus dan tidak penting, malas saya nak kerjakan. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 16:15, 16 Disember 2009 (UTC)Balas

Kembali ke laman "Pertanian".