Perbincangan:Perubatan

Latest comment: 6 tahun lalu by Yosri in topic Sesat dalam Translasi

Wikipediawan Baru sunting

Kehadapan para wikipediawan Wikipedia BM, nama saya IrsyadHilman dan saya bertanggungjawab dalam menterjemahkan artikel ini sepenuhnya ke dalam Bahasa Melayu.

Saya harap penterjemahan saya diterima baik oleh para Wikipediawan yang lain. Jikalau ada salah silap, saya mohon para Wikipediawan tolong tunjukkan.

Terima kasih daun keladi.

Tambahan pula, saya juga akan memasukkan sebahagian istilah-istilah yang telah saya terjemahkan di sini sebagai ruang perbincangan, untuk mencari pendapat saudara dan saudari yang lain akan penterjamahan saya.

Semoga menjalani hari yang baik :) Irsyadhilman (bincang) 14:30, 15 Februari 2018 (UTC)Balas

Sesat dalam Translasi sunting

1. Frasa 'medical school' ialah satu frasa yang biasa digunakan oleh negara-negara Barat, terutama US, untuk menggambarkan pengajian perubatan mereka.

Namun begitu, jika diterjemah secara terus, ia akan menjadi 'sekolah perubatan' yang pada wajar saya, kurang bermakna buat masyarakat kita.

Justeru, saya telah menterjemahkannya kepada 'pengajian perubatan'.

Mohon pendapat saudara/saudari, terima kasih. Irsyadhilman (bincang) 14:33, 15 Februari 2018 (UTC)Balas

2. Perkataan physician secara umumnya merujuk kepada mana-mana doktor. Namun, ia juga merujuk kepada pakar dalam kepakaran dalaman. Perkataan tersebut diterjemahkan kepada 'doktor' dan 'pakar perubatan' mengikut konteks ayat tersebut. Irsyadhilman (bincang) 14:43, 15 Februari 2018 (UTC)Balas

@Irsyadhilman: Saudara memang betul. Jikalau saudara rujuk Dewan Bahasa dan Pustaka, medical school diterjemahkan kepada pengajian perubatan dan physician diterjemahkan kepada pakar perubatan. Sila gunakan prpmv1.dbp.gov.my untuk mendapat terjemahan tepat. --Tofeiku (bincang) 14:47, 15 Februari 2018 (UTC)Balas

3. Evidence-based medicine adalah satu frasa yang sering kali digunakan di dalam lapangan perubatan dan kesihatan. Oleh kerana saya tidak mendapati terjemahan secara menyeluruh (as a whole) bagi frasa tersebut, saya mencadangkan perubatan berasaskan pembuktian sebagai terjemahannya. Apakah pandangan saudara/saudari? Irsyadhilman (bincang) 15:43, 15 Februari 2018 (UTC)Balas

4. 'Membership of Royal College of Physicians' adalah satu badan khas untuk kepakaran perubatan. Adakah saya patut mengekalkan nama tersebut atau perlukah saya menterjemahkannya? Atau, patutkah saya memasukkan kedua-dua terjemahan dan nama asal bagi badan tersebut? Terima kasih. Irsyadhilman (bincang) 15:47, 15 Februari 2018 (UTC)Balas

@Irsyadhilman: 3. Evidence-based medicine itu sekadar frasa dan bukannya istilah yang khusus. Pembuktian itu suatu proses mendapatkan bukti. Bagi saya, saya terjemahkannya kepada 'perubatan berasaskan bukti'. 4. Kalau ikut, lebih bagus terjemahkannya ke dalam bahasa Melayu. Bagi saya, saya terjemahkannya kepada 'Keahlian Maktab Diraja Pakar Perubatan' --Tofeiku (bincang) 15:53, 15 Februari 2018 (UTC)Balas

5. Saya menghadapi kesukaran dalam menterjemahkan 'radiolabelled substance'. Adakah 'bahan berlabel radio' sesuai? Terima kasih. Irsyadhilman (bincang) 16:10, 15 Februari 2018 (UTC)Balas

Setuju. Yosri (bincang) 14:34, 21 Februari 2018 (UTC)Balas

6. Saya mendapati istilah 'drug' (daripada Bahasa Inggeris) merupakan istilah terjemahan yang tepat untuk Bahasa Melayu juga. Saya berasa setuju dengan terjemahan ini kerana drug dan ubat (medication) memberikan persepsi yang berbeza bagi pembaca (sekurang-kurangnya untuk Bahasa Inggeris). Saya berharap perubahan ini dipersetujui Wikipediawan lain. Irsyadhilman (bincang) 08:27, 22 Februari 2018 (UTC)Balas

Saya tidak setuju. Jika segan, gunakan istilah dadah perubatan. Penutur Inggeris tidak mempunyai masalah menggunakan istilah yang sama. Saya tak rasa IQ penutur bahasa Melayu rendah dari mereka. Yosri (bincang) 12:40, 22 Februari 2018 (UTC)Balas

Artikel Vital sunting

Pada sudut 'Perbincangan' artikel ini, saya mendapati sesuatu yang dikenali sebagai 'vital article' dalam pautan merah. Saya merasakan bahawa artikel untuk 'vital article' tersebut boleh diterjemahkan dan saya berasa ia boleh menjadi aras kepentingan/signifikan terhadap artikel mana (dalam Sains) yang penting untuk diterjemahkan. Terima kasih. Irsyadhilman (bincang) 15:07, 15 Februari 2018 (UTC)Balas

Kembali ke laman "Perubatan".