Perbincangan:Retro (kumpulan muzik)

Latest comment: 15 tahun lalu by Izzudin in topic Sebab untuk penghapusan

Sebab untuk penghapusan sunting

  1. Tiada sumber maka rencana tidak boleh dikembangkan.
  2. Rencana tidak memiliki maklumat khusus berkaitan kumpulan yang dinyatakan maka tidak bersifat ensiklopedia.
  3. Kewujudan kumpulan dan jika wujud, bila wujudnya tidak diketahui kerana tiada sumber disediakan.

kurkur 13:38, 27 November 2008 (UTC)Balas

Kumpulan ini ada membuat rakaman album. Oleh itu tentu ada peminatnya yang membeli album. Dengan mengekalkan laman, ini memberi peluang peminat kumpulan ini, yang pernah membeli album untuk mengemas kini laman. Hanya kerana anda tidak tahu mengenai sesuatu, jangan berlagak orang lain tidak akan tahu. Wikipedia bahasa Melayu pada tahap ini masih kecil dan sedang berkembang. Jangan terlalu berlagak seperti pengawas. Penyelia bukan ketua. Penyelia hanya mereka yang diberi kepercayaan mengurus Wikipedia. Sila baca apa itu Penyelia http://en.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:What_adminship_is_not Yosri (bincang) 14:13, 27 November 2008 (UTC)Balas
Bolehkah anda jangan prejudis? Anda tidak meletakkan sebarang rujukan, tidak langsung membantu pengguna lain untuk mengembangkan rencana ini. Sejak bila saya belagak sebagai ketua? Kalau saya belagak seperti ketua, saya tidak akan buka laman perbincangan ini. Saya telah nyatakan sebab dia atas, sekali dengan nombor. Kenapa anda tidak jawabnya sebaliknya tuduh saya cuba jadi ketualah, pengawaslah, apalah...? Saya tidak tahu kumpulan ini wujud, maka tunjukkanlah ia pernah wujud dengan memberi pautan yang sesuai. Ingat, walaupun saya seorang penyelia, saya juga seorang pengguna. Kalau rencana ini tidak memberikan sebarang maklumat apa gunanya ia wujud? Rencana ini amat kabur, saya tidak tahu apa yang ensklopedik padanya. Pernahkah anda baca sebuah ensiklopedia (jangan jawab wikipedia bukan ensklopedia kerana pada dasarnya wikipedia ialah sebuah ensklopedia)? Anda kata jangan berlagak sebagai pengawas, tetapi semua pengguna berdaftar disini ialah pengawas, kalau ada kesalahan diperbetulkan, tiada siapa yang boleh halang. Sesiapa pun layak berpendapat dan saya juga layak. Saya berpendapat rencana ini patut dipadam dan saya telah nyatakan sebabnya. Sila buang tanggapan negatif anda dan jawab dengan munasabah. kurkur 16:20, 27 November 2008 (UTC)Balas
Saya tidak prejudice, tetapi bengang dengan orang yang tidak menyumbang tetapi banyak mengkritik. Mana awak tahu ia tidak berguna. Saya mensasarkan meletak semua rekod bahasa Melayu yang pernah dihasilkan ke sini untuk pengetahuan/rujukan orang yang menyelidik mengenai perkembangan muzik Malaysia, dan pautan rujukan juga telah disertakan. Yang ensklopedik mengenainya adalah ia mengenai kumpulan yang pernah membuat rakaman di Malaysia. Orang lain pula boleh menyumbang mengenai perkembangan muzik di negara lain. Kalau benar anda sebagai pengguna, sila buat sedikit sumbangan dengan meletak maklumat mengenai lagu dan penyanyi yang anda tahu, sebaliknya banyak kritikan pulak. Itu adalah bukti anda mempunyai mindset sebagai pengawas. Saya sudah mengabaikan rencana pokok kerana ramai yang mengaku hendak meningkatkan kualiti rencana sedemikian. Jadi mana pengguna yang sibuk-sibuk itu. Atau hendak berlagak pengawas dengan menyibuk tempat lain pulak. Yosri (bincang) 00:38, 28 November 2008 (UTC)Balas
Hai, kalau saya mengkritik dan tidak menyumbang pun apa salahnya? Melanggar peraturankah? Kalau saya tidak pasti ia berguna atau tidak, bagaimana pula anda boleh pasti? Rencana ini untuk rujukan? Pada saya tiada apa-apa yang diberikan oleh rencana ini melainkan kumpulan ini berasal dari Malaysia, yang mana boleh dilakukan di laman Senarai Penyanyi Malaysia pada bahagian penyanyi berkumpulan. Apa ensiklopediknya kalau cuma satu maklumat dalam satu laman? Anda fahamkah situasi di sini? Anda juga kata, sila buat sumbangan berkenaan penyanyi yang anda tahu, 'tahu' adalah kata kuncinya. Kebanyakan kumpulan yang saya kenal beraliran bawah tanah dan kebanyakannya bukan dari Malaysia. Bagi yang saya tidak tahu, saya gunakan maklumat di Internet? Tapi kalau seperti rencana ini, langsung tiada pautan yang sesuai diberikan, yang diberikan cuma pautan ke lirik lagunya. Sudahlah rencana ini tiada banyak memberikan maklumat (cuma 1 maklumat), pautan diberikan pula berkaitan lirik. Apa gunanya ia wujud? Mengenai rencana pokok, itu hal mereka dengan anda, kenapa perlu dibangkitkan dalam isu pemadaman rencana ini? Laman ini pun saya buka tujuannya untuk memadamkan laman ini. Sepatutnya anda nyatakan kenapa ia tidak patut dipadamkan bukan melencong ke topik lain. Setakat ini anda gagal menyatakan dengan jelas mengapa ia tidak patut dipadamkan. P/s: Jika anda tidak puas hati dengan cara kepenyeliaan saya sila pergi ke Wikipedia:Bicara penyelia, walaupun saya rasa saya tidak menggunakan mana-mana sifat kepenyelian dengan salah dalam isu pemadaman ini. kurkur 02:47, 28 November 2008 (UTC)Balas
Rencana ini untuk rujukan dan mempunyai maklumat lagu, dan ia sudah mencukupi. Ini membolehkan penyumbang lain menambah isi, kerana itu adalah tujuan Wikipedia semua orang menyumbang. Pautan ke lirik lagunya membuktikan ia pernah dirakam, itu sudah mencukupi bagi sejarah rakaman lagu di Malaysia. Tahu adalah kata kuncinya. Jika anda tahu muzik beraliran bawah tanah bukan Malaysia, tulis sahajalah, tiada siapa yang melarang, malah saya galakkan. Saya telah jelaskan kenapa ia ditulis di atas. Mengenai rencana pokok, itu adalah kenyataan umum mengenai banyak kritikan membunuh minat penyumbang dan tidak merujuk nama anda secara khusus. Lihat apa yang bukan tugas Penyelia. Saya pernah tertanya-tanya ke mana perginya penyumbang aktif lain yang dahulunya ramai, tetapi hilang mengejut. Nampaknya saya dah dapat jawapan. Kepenyeliaan yang saya kurang senang adalah apabila dilantik menjadi penyelia, sudah slow/berhenti menyumbang, seolah-olah aktif menyumbang dahulu kerana hendakkan jawatan. Itu yang saya kurang puas hati kerana apabila dilantik penyelia, ramai yang terus senyap. Lebih teruk lagi bukan sahaja tidak menyumbang, tetapi banyak kritik hendak membunuh minat penyumbang lain. Itu yang saya mahu elakkan. Kurangkan kritikan agar penyumbang tidak lari. Bekerjasama meningkat kualiti agar dapat menutup tahun 2008 dengan bilangan rencana yang meningkat. Biar ada sasaran yang boleh dicapai. Sejak awal lagi telah saya nyatakan saya tidak suka NATO. Saya tidak bersifat ketua kerana saya tidak pernah mengusik tulisan orang lain kecuali yang saya anggap vandal, dan sebarang kesilapan penulisan, saya cuba betulkan dengan anggapan penulis berniat baik tetapi tersilap fakta. Bagaimanapun saya tetap akan mengabaikan rencana pokok. Yosri (bincang) 10:12, 28 November 2008 (UTC)Balas

Masih tidak cukup sebab kenapa rencana ini tidak patut dipadam, apa yang anda lakukan cuma melencong ke perkara lain yang sepatutnya tidak dibincangkan di sini. Anda tidak berikan pautan tentang kewujudannya, tiada rujukan, anda tidak berikan sebarang maklumat khusus mengenai kumpulan ini selain ia berasal dari Malaysia dan menyanyikan lagu berbahasa Melayu yang pada saya sama dengan mana-mana rencana berkaitan kumpulan lain yang telah anda cipta. Tapi, suka hati andalah, saya malas membalas hujah anda yang tidak kena pada topik. Anda tidak dapat menerima pandangan orang lain dan menganggapnya sebagai kritikan (walaupun pada saya kritikan tiada masalah). Kalau rencana yang saya cipta akan dipadam, saya juga akan melawan, tapi sebolehnya saya berikan pautan. Saya juga tidak akan cipta rencana yang sudah pastinya akan dipadam. Anda kata anda tahu jawapan ke mana perginya mereka yang aktif. Kalau pada saya, anda adalah sebabnya. Sekian. kurkur 17:59, 30 November 2008 (UTC)Balas

Rencana ini layak untuk penghapusan segera. ^_^ 03:42, 1 Disember 2008 (UTC)Balas
Kembali ke laman "Retro (kumpulan muzik)".