Perbincangan:Seruling

Pengenalan

Seruling merupakan alat muzik tiup yang sudah dikenal banyak orang. Kerana harganya yang relatif murah dibandingkan alat muzik lain dan inilah alat muzik yang dekat dengan alam. Cuma sebatang buluh dan tidak memerlukan teknologi canggih untuk menciptanya. Jadi semuanya balik kepada alam. Dalam Mazmur 150:4 Versi King James alat seruling disebutkan dengan istilah flute. Dalam terjemahan bahasa Inggeris selain flute suling diterjemahkan dengan pipe. Seruling terbuat dari bambu, kayu, tulang atau bahkan logam. Seruling mampu menghasilkan bunyi kasar, melengking atau seperti suara siulan. Sumber bunyi seruling berada di bahagian tidak jauh dari puncak kepala. Di situ terdapat lubang tiupan kira-kira sebesar hujung jari. Suara di produksi ketika dalam posisi melintang, lubang itulah yang kita tiup. Udara kita tiupkan masuk ke dalam tabung, mengalir dan membentur sepanjang dinding tabung yang berfungsi sebagai resonator. Keras lembutnya hembusan akan menghasilkan frekuensi nada yang berbeza-beza, tinggi atau rendah.

Pertembungan budaya dalam alat muzik seruling di berbagai-bagai negara.

Seruling bukan lagi alat muzik biasa kerana kegunaannya dapat dijumpai di pelbagai pepohon negara tetapi dengan nama yang berbeza, termasuk Mesir. Pada masa Mesir Kuno, terdapat bukti permulaan muncul dan dimainkannya alat muzik seruling di Mesir. Instrumen yang muncul paling menonjol adalah pipa menyerupai klarinet, seruling, dan juga harpa. Dalam relief hieroglif pun ditemukan gambar seruling yang dikenal dengan nama ‘Aulos.’ Aulos ini adalah seruling yang terbuat dari kayu. Bentuknya terdiri atas dua buah tabung seruling yang disatukan dan memiliki empat atau lima lubang nada. Aulos ini sulit untuk dimainkan karena memiliki dua buluh yang disatukan.

Selain itu , seruling di Cina ada banyak jenisnya. Kebanyakan terbuat dari bambu, walaupun ada yang dari kayu atau batu giok serta tulang. Salah satu ciri khas dari seruling Cina adalah penggunaan membran resonansi yang dipasang pada salah satu lubang. Ini memberikan suara suling lebih cerah. Jenis Seruling di China moden yang sering dipakai dalam orchestra adalah Bangdi, Qudi Xindi dan Dadi Seruling di Jepang disebut ‘Fue’ umumnya bernada tinggi dan terbuat dari bambu yang disebut Shinobue. Alat ini berserta budaya muzik orkestra cina dibawa masuk oleh imigran dari negara Cina ke Malaysia pada zaman sebelum merdeka. Seruling kaya dengan corak permainannya. Selain itu, ia dapat memainkan irama yang panjang, tinggi dan lapang serta memainkan muzik tarian yang riang gembira dan irama yang merdu. Bunyi yang dihasilkan juga dapat meniru suara burung. Jenis permainan seruling dibahagikan kepada 2, iaitu di selatan dan utara negara China. Langgam permainan seruling di selatan negara Cina adalah lebih terang dan indah. Seruling utama yang biasa dimainkan adalah "Qudi". Badan serulingnya agak panjang dan kasar dan bunyi yang dihasilkan adalah lebih tebal dan lembut. Terutama yang dipopularkan di kawasan selatan Sungai Yangtze. Langgam permainan seruling di utara negara Cina adalah lebih tegap. Seruling utama yang digunakan adalah "Bangdi". Badan seruling agak pendek dan halus dan akan menghasilkan bunyi yang lantang dan jelas.

Di Jerman pula seruling disebut ‘Blockflöte’ yang adalah hasil perpaduan dari jenis suling, yang sudah dimainkan di Eropah sejak sebelum Masihi, dan pengaruh suling lain yang berasal dari Eropah Timur, Afrika dan Asia. ‘Blockflöte’ mencapai masa jayanya di zaman kebudayaan Renaissance dan Barok, iaitu sekitar tahun 1500 hingga 1750. Kira-kira abad ke 18 jenis suling ini tergeser dari orkestra oleh jenis suling lain. Baru di akhir abad ke 20 jenis suling ini kembali banyak dimainkan, dan menjadi instrumen paedagogis. Kemungkinan besar seiring dengan kolonisasi negara-negara Eropah di masa lalu, suling jenis ini juga menyebar ke negara-negara lain, di antaranya Indonesia. Sudah sejak awalnya, "Blockflöte" selain dimainkan secara solo, kerap juga dimainkan dalam satu kelompok. Jadi seperti halnya dalam paduan suara, ada suling sopran, alto, tenor dan bas, sehingga disebut "Blockflöten familie" atau keluarga suling.

Indonesia adalah sebuah negara di mana bambu tumbuh di mana-mana, dimulai dari Sabang di sebelah barat dan Merauke di sebelah timur. Oleh karena itu Indonesia pun pandai membuat alat muzik sendiri yang terbuat dari bambu iaitu Seruling. Seruling biasanya dimainkan di acara tradisional. Lagu dangdut tanpa seruling ibarat laut tanpa ombak. Muzik keroncong disela-selaknya pasti diramaikan dengan suara liukan Suling. Seperti yang kita ketahui seruling dalam kitab Perjanjian Lama dipakai untuk mengungkapkan sukacita yang tak terkendalikan atau ratapan yang hebat. Pada umumnya suling dianggap sebuah alat muzik sekular, dalam Mazmur 150:4 menyebutkan penggunaannya Suling di bait suci adalah untuk suatu perayaan agama. Lepas apakah Suling merupakan suatu alat yang menyatukan dengan budaya setempat atau alat muzik universal, Suling merupakan salah satu alat yang harus diperhitungkan untuk dilestarikan di Indonesia, kalau Anda adalah orang yang kreatif harusnya juga bisa dikombinasikan di kelompok muzik di gereja. Kesan -kesan Alat Muzik SerulingTeks condong

Negara-negara yang mempunyai alat muzik seruling berbeza dari segi nama sahaja tetapi menggunakan bahan yang sama iaitu seruling. Pertembungan budaya dalam alat muzik ini terutamanya seruling memberi impak kepada masyarakat dan tamadun manusia pada masa ini. Hal ini dibuktikan seruling diperbuat daripada bahan yang berbeza mengikut negara dan seruling dijadikan sebagai alat untuk sesuatu persembahan.Pertembungan budaya dalam seruling menyebabkan perbezaan bahan pembuatan,saiz seruling,nama panggilan dan banyak lagi.Hal ini demikian kerana disebabkan budaya sesuatu bangsa.

Namun, kebanyakan alat muzik tradisional negara ini dikatakan menerima banyak pengaruh luar kesan pertembungan budaya era zaman perdagangan dan penjajahan lampau. Maka, tidak hairan wujud selingan nada dan unsur Asia Barat, India, China dan Eropah setiap kali instrumen muzik dimainkan. Fenomena ini selanjutnya melahirkan alat muzik sinkretik, hasil kepintaran menjalinkan unsur luar yang difikirkan sesuai selain menjadikan merdu kelompok muzik istana dan rakyat. Proses asimilasi budaya ini kemudian sebati dan diterima sebahagian kebudayaan tempatan. Alat muzik serunai yang mengutarakan unsur pengaruh Hindu, manakala gambus yang menyelitkan bunyian Timur Tengah antara contoh berlakunya penyusupan budaya.

Kepelbagaian alat muzik tradisional daripada asal-usul berbeza menggambarkan kemeriahan khazanah seni. Kewujudan alat muzik yang diserap masuk dari Timur Tengah, China, India malah rumpun dunia Melayu sendiri tidak melenyapkan pengasingan identiti serta sempadan budayanya. Dalam sekian banyak peralatan muzik, hanya gendang bersifat sejagat kerana hampir semua kaum di dunia menggunakannya dalam persembahan kebudayaan mereka. Ia secara tidak langsung dianggap simbolik kepada jalinan persahabatan yang utuh di kalangan masyarakat berbilang kaum.Hakikatnya, evolusi dan gabung jalin alat muzik membuka peluang dan ruang masyarakat tempatan mengalunkan irama melangkaui teras budaya yang didendangkan rebab, sompoton, erh hu dan tabla. Menerusi jalinan irama inilah, ia tidak hanya menenangkan jiwa, tetapi paling penting dapat menyatupadukan pelbagai bangsa dan etnik Malaysia seperti yang diteraskan menerusi konsep 1Malaysia.

Kembali ke laman "Seruling".