Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah (2) dikenali juga SMTM2 atau SEMETAM2 dikalangan Penduduk setempat. Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah (2) ditubuhkan pada tahun 1993, manakala perasmian dilakukan pada tahun 1995 oleh bekas Timbalan perdana menteri Dato Seri Anwar Bin Dato Haji Ibrahim. Sekolah ini dibina di atas tanah berkeluasan 1.5 hektar dan bersebelahan dengan satu lagi sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah (1).

Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah (2) berkait rapat dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah (1). Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah (2) merupakan hasil pecahan daripada Sekolah Menengah Kebangsaa Tanah Merah (1). Pada awal tahun 1990-an, Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah (1) menampung sejumlah pelajar seramai 3000 orang dalam satu masa. Memandangkan jumlah pelajar yang semakin bertambah dan kekurangan infrastruktur di sekolah berkenaan, Pihak Pejabat Pelajaran Daerah Tanah Merah telah memutuskan untuk mewujudkan sebuah lagi Sekolah Menengah bagi menampung kesesakkan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah (1) dengan mengambil langkah memecahkan Sekolah berkenaan kepada dua unit Sekolah Menengah.

Hasilnya, pada tahun 1990 kerja-kerja pembinaan Sekolah Menengah baru dijalankan di atas tapak berkeluasan 1.5 Hektar persegi bersebelahan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah (1). kerja-kerja pembinaan mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapakn. Pada tahun 1993, Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah (2) siapkan dibina dengan kos sebanyak RM 103 Juta Ringgit.

Akaun anda akan dinamakan semula sunting

03:49, 18 Mac 2015 (UTC)

Dinamakan semula sunting

09:46, 19 April 2015 (UTC)