Perbincangan pengguna:Che090572/April 2006

Latest comment: 18 tahun lalu by Master2841 in topic Tahniah
Pesanan
Archive Arkib
  1. Feb-April 2006
  2. Mei-Julai 2006

kenapa bila say log in dan cuba untuk memasukkan data...ada tulisan cina..?

Selamat datang Che090572. Terima kasih atas sumbangan anda di sini. Boleh saya tahu apakah yang dimaksudkan dengan "ada tulisan cina"? - Aurora

bila saya log in.... apa yang saya nampak paparannya di dalam bahasa cina sehingga menyukarkan saya membuat artikel..

Kemungkinannya terdapat kesilapan semasa memilih tatarajah bahasa, iaitu anda memilih bahasa yang fontnya tiada dalam komputer anda. Selepas daftar masuk, pilih pilihan ke 3 dari nama anda di baris atas, dan tukarkan bahasa kepada BM atau BI. Yosri 00:38, 20 Februari 2006 (UTC)Balas

terima kasih yosri..saya dah faham sekarang...

che 06:17, 26 Februari 2006 (UTC)Balas

Dua perkara sunting

Hai Che090572, nampaknya selepas masalah antara muka anda selesai, anda begitu aktif sekali. Syabas. Ada dua perkara:

  • Bila membubuh kategori, saya minta anda berhati-hati, jika terlalu banyak rencana dalam satu-satu kategori, ia akan menjadi tidak berguna. Gunakan subkategori. Contohnya rencana berkenaan seorang penyanyi di Malaysia. Kategori "Penyanyi Malaysia" sudah cukup dan tak perlu kategori "Malaysia". Anda boleh lihat senarai kategori sedia ada di sini.
  • Berkenaan imej, anda boleh lihat perbualan saya, Yosri dan PM Poon di sini dan sini

...Aurora... 07:22, 27 Februari 2006 (UTC)Balas

Hai Che090572, Syabas kerana saudara amat aktif. Bagaimanapun, saya harap anda tidak membuang kumpulan dihadapan nama pemuzik. Ini kerana untuk membezakan nama kumpulan muzik dengan asal kata nama yang digunakan. Contohnya, Amuk adalah perbuatan, tetapi Kumpulan Amuk merupakan kumpulan muzik. Selain itu, mengubah nama akan memutuskan pautan asal. Anda boleh gunakan format [[Kumpulan Amuk|Amuk]] bagi menukar paparan agar tidak menunjukkan nama kumpulan. Yosri 10:35, 27 Februari 2006 (UTC)Balas

Hai Che090572, Anda boleh merujuk kepada penyanyi dan lihat bawah kumpulan. Setelah anda masukkan kategori, anda boleh rujuk kepada kategori tersebut untuk masa hadapan. Yosri 00:24, 6 Mac 2006 (UTC)Balas


  • Maksud imej berbingkai itu ialah gambar itu sendiri mempunyai bingkai. Jika anda ingin membubuh imej dalam rencana, gunakan format ini:
     
    Lilin wangi di hotel
    [[Imej:LilinHotel.jpg|thumb|Lilin wangi di hotel]]
  • Mengenai kategori pula, saya rasa anda pun telah perasan bahawa laman tersebut dikemaskini secara automatik. Dan saya harap anda menggunakan subkategori seperti saranan saya di atas. Contoh lain gunakan Kategori:Ahli politik Malaysia dan bukan Kategori:Rakyat Malaysia untuk ahli politik Malaysia.
    ...Aurora... 10:14, 9 Mac 2006 (UTC)Balas


Adalah lebih baik untuk meletakkan kategori haiwan mengikut kelas mereka, contohnya mamalia, reptilia dan sebagainya. Pautan ini mungkin membantu. ...Aurora... 05:02, 12 Mac 2006 (UTC)Balas

terima kasih semua... che 17:41, 20 Mac 2006 (UTC)Balas


Kalau tak nampak apa-apa, maksudnya tak berbingkailah gambar itu. Contoh gambar berbingkai: [1], [2], [3]. ...Aurora... 02:10, 28 Mac 2006 (UTC)Balas

Nama popular atau nama penuh. sunting

Sebenarnya tidak menjadi masalah untuk meletakkan nama glamour atau nama penuh, kerana ia dapat dipaut dengan menggunakan perintah #REDIRECT[[LAMAN BARU]]. Cuma saya lebih gemarkan meletak nama penuh kerana ia asal Melayu dan unik. Nama glamour seperti Linda bersepah dan tidak membawa sebarang makna. Nama penuh, Melayu atau sebarang bangsa, biasanya mempunyai makna yang baik, dengan itu saya cenderung menggunakan nama penuh. Tiada halangan bagi pengunaan yang sebaliknya. Yosri 11:13, 24 Mac 2006 (UTC)Balas

Jadual sunting

Pada pendapat saya, jadual tersebut nampak elok sahaja. ...Aurora... 12:00, 1 April 2006 (UTC)Balas

Rencana sunting

Hai Che090572, saya lihat anda mengambil banyak rencana daripada Wikipedia Bahasa Inggeris tetapi saya lihat kebanyakan rencana tersebut langsung tidak diterjemahkan walaupun sedikit. Maka saya telah memadamkan rencana-rencana berkenaan. Saya harap anda menterjemah sedikit rencana tersebut sebelum anda menciptanya. Kalaupun anda ingin menulisnya nanti, pastikan anda menterjemah dahulu sebelum membuka rencana baru. — Master2841 09:44, 10 April 2006 (UTC)Balas

Rencana pilihan sunting

Calonkan rencana pilihan untuk diletakkan di laman utama di Perbualan Wikipedia:Calon rencana pilihan. — Master2841 09:05, 11 April 2006 (UTC)Balas

Rencana Republik (Plato) sunting

Hai Che090572, terima kasih atas teguran anda. Saya telah menggabungkan kedua-dua rencana itu. Sebagaimana yang anda mesti sudah tahu, kedua-dua rencana yang saya menulis memang merupakan sebuah rencana daripada Wikipedia bahasa Inggeris. Mungkin kerana penterjemahan itu mengambil masa yang amat panjang kerana kandungannya memang susah untuk saya memahami dan menterjemahkan, saya berasa rencana pertama terlalu panjang. Bagaimanapun, setelah saya menterjemahkan rencana kedua yang agak pendek (tidak serupa dengan apa yang saya membayangkan), saya tidak pasti adakah kedua-dua rencana itu harus digabungkan semula. Oleh itu, saya membiarkan saje. Terima kasih sekali lagi kerana menjelaskan kekeliruan saya. — PM Poon 20:16, 11 April 2006 (UTC)Balas

Templat sunting

Saya lihat anda banyak menyalin tempat dari wiki-en. Harap anda dapat melihat dulu di Wikipedia:Templat pandu arah, mungkin templat yg anda kehendaki telah ada, tapi namanya lain. Templat:Etnik misalnya adalah terjemahan "Templat:Ethnic group" yg telah saya padam. ...Aurora... 04:03, 12 April 2006 (UTC)Balas

Rencana sains sunting

Hai Che090572, saya lihat anda banyak menulis rencana berkenaanbidang fizik dan kimia. Saya kagum dengan usaha anda yang berterusan ini. Teruskan usaha anda!!! — Master2841 07:49, 12 April 2006 (UTC)Balas

Adakah anda mahu jadi penyelia? sunting

Hai Che90572, saya lihat anda amat rajin menyunting pelbagai rencana yang berkaitan. Saya berasa anda layak menjadi penyelia. Jika anda mahu jadi penyelia, sila nyatakan permohonan anda di wikipedia:penyelia. Lagipun kita memerlukan lebih ramai penyelia untuk menguruskan Wikipedia Melayu ini. Jika anda sudah jadi penyelia saya harap agar anda menguruskan tanggungjawab anda dengan sempurna. — Emrrans 10:01, 16 April 2006 (UTC)Balas

Hai Che090572,
Biasanya saya akan membuat penilaian kepada bakal penyelia. Bagaimanapun kerana saya agak sibuk kini, saya kekurangan masa bagi membuat penilaian atas hasil kerja anda. Anggaplah anda dalam tempoh penilaian buat masa ini, hingga akhir bulan. Jangan kecil hati, ini bukanlah kekurangan anda tetapi bagi memastikan penyelia adalah orang yang benar-benar bertanggung jawab. Yosri 12:18, 21 April 2006 (UTC)Balas

Jacques Cartier sunting

Hai Che090572, terima kasih atas penyemakan rencana Jacques Cartier. Memang perkataan "India" yang saya menggunakan tetap salah. Saya bertukar "Indian" anda menjadi "Red Indian" selepas merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa, walalupun saya berasa perkataan "orang asli Amerika" adalah lebih baik. — PM Poon 08:10, 17 April 2006 (UTC)Balas

Hai Che, sebenarnya saya tidak ada masalah tentang istilah yang tepat kerana saya bukan pakar bahasa. Saya cuma merujuk kepada Dewan Bahasa sebab saya berasa penggunaan "Indian" saje memberikan tanggapan bahawa itu adalah bahasa Inggeris. Sebenarnya "Red Indian" juga memberikan tanggapan yang sama... oleh itu, saya cenderung menggunakan "orang asli Amerika" (bukan Amerika Syarikat, mungkin "Amerika Utara" lebih tepat) ataupun "orang asli Kanada". Sewaktu saya menterjemahkan rencana ini, saya salah mentafsirkan perkataan "Indian" sebagai "orang India". — PM Poon 03:04, 18 April 2006 (UTC)Balas

Tahniah sunting

Tahniah kerana dilantik menjadi penyelia. Harap anda berjaya!!! — Master2841 19:15, 25 April 2006 (UTC)Balas

Tun Dr Ismail Abdul Rahman sunting

Hai Che090572, saya melihat anda baru-baru memperbaiki rencana Tun Dr Ismail Abdul Rahman yang ditulis oleh Cassiopeta7 semalam. Sebenarnya, rencana Ismail bin Dato' Hj. Abdul Rahman telah wujud. Mungkin, anda hendak menggabungkan kedua-dua rencana itu. — PM Poon 18:23, 25 April 2006 (UTC)Balas

Hai Che, tak perlu templat. Cuma gabungkan bahan-bahan rencana secara manual menjadi satu rencana saje. Kemudian, gantikan rencana yang kosong dengan arahan #redirect. Dalam Wikipedia bahasa Inggeris, terdapat dua templat, iaitu {{mergefrom}} dan {{mergeto}} tetapi kedua-dua templat itu cuma merupakan pengumuman cadangan untuk penggabungan saje. Sewaktu ini, teknologi perisian masih belum mencapai peringkat kecerdasan untuk menggabungkan rencana yang bermakna secara automatik, hehehe. — PM Poon 18:44, 25 April 2006 (UTC)Balas

Penyelia... sunting

Tahniah kerana telah dilantik menjadi penyelia. Marilah kita bersama-sama menyelia portal ini dengan sebaik-baiknya disamping menyumbang. :-) — Polar 18:30, 25 April 2006 (UTC)Balas

Kembali ke laman pengguna "Che090572/April 2006".