Selamat datang ke Wikipedia Bahasa Melayu!
Salam sejahtera Iskandarsuhaimi! Terima kasih kerana mendaftar di Wikipedia Bahasa Melayu!
Berikut merupakan beberapa pautan yang dapat anda layari jika masih baru di Wikipedia:

Lihat juga tutorial dan meja bantuan Wikipedia. Untuk menandatangani pesanan anda pada laman perbualan, seperti laman ini, letakkan ~~~~ (empat kali tanda gelombang) atau klik butang Tandatangan dan cap waktu pada laman penyuntingan.
Semoga anda menikmati kunjungan anda di Wikipedia Bahasa Melayu. Selamat menyumbang! ...Aurora... (b) 15:52, 27 November 2012 (UTC)Balas

Blog sunting

Elakkan mengguna blog peribadi. Guna berita akhbar Harakah, Keadilan, Utusan sahaja. Jika tiada itu bererti tiada bukti dan sekadar blog fitnah. Lihat https://en.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:Verifiability Yosri (bincang)


Tiada Bukti/Blog Fitnah ? = sunting

Mungkin saudara tidak baca habis artikel itu. Di bahagian reference, terdapat reference2 dari jounal antarabangsa, buku kajian, dan senarai petikan suratkhabar tahun 1981 yg menulis mengenai peristiwa itu.

Harakah, Keadilan dan Utusan (semua suratkhabar politik) kerap memuatkan berita tanpa rujukan. Tetapi saudara menerimanya sebagai sumber authoritative. Tetapi sumber independant dan bukan politik (laman itu laman pelancongan) dengan reference2 dari buku sejarah dan journal yg diterima masuk ke Cambridge dibuang begitu saja?

Artikel itu ada sumber rujukannya. Bukan ditulis oleh penulis politik. – komentar Wikipedia:Tandatangan oleh Iskandarsuhaimi (bs).

Saya dapatkan maklumat saya dari sumber bukan blog, tak perlu saya baca rencana tersebut. Dasar Wikipedia adalah tegas menolak blog dan laman sosial yang terdedah dengan penyebaran fitnah. Jika blog/laman tersebut memiliki rujukan dari sumber terpercaya, pautkan secara lansung pada rujukan laman sahih tersebut. Harakah, Keadilan dan Utusan adalah terdedah dengan saman jika membuat berita palsu. Lihat Ganti rugi Ummi dikurang RM50,000 atau WWW1: Utusan diperintah bayar gantirugi pada Nizar. Oleh itu apa-apa yang diterbitkan mereka boleh dipetik, kerana memiliki rujukan. Dalam hal ini contohnya disebut (Harakah melaporkan bahawa XXXX telah berlaku). Sebarang berita negetif mengenai seseorang tokoh tanpa disertakan rujukan akan dihapuskan serta merta tanpa apa-apa perbincangan "removed immediately and without waiting for discussion". Jika anda dakwa ada rujukan buku sejarah dan journal, beri langsung buku sejarah dan journal tersebut, tak perlu blog peribadi. Harap maklum. Yosri (bincang) 16:33, 8 April 2013 (UTC)Balas
Jika anda perasan, saya tidak memadam blog jomjalan pada laman Muzium Polis Diraja Malaysia, kerana ia bukan maklumat kontrovesi.Yosri (bincang) 16:46, 8 April 2013 (UTC)Balas