Perihal nama pengguna sunting

Selamat sejahtera, dan selamat datang ke Wikipedia. Saya merupakan seorang penyelia Wikipedia Bahasa Melayu, dan bertugas dalam memerhati para penyunting demi kemaslahatan Wikipedia.

Saya mengalu-alukan anda untuk menyunting di sini. Cuma, nama pengguna anda dilihat menyerupai nama organisasi "MPBOfficial1980", dan ini berkemungkinan besar akan melanggar prinsip Wikipedia atas sebab konflik kepentingan. Jadi, saya ingin tahu sama ada anda memang merupakan pihak MPB atau tidak. Soalan ini hanya sekadar bertujuan kejelasan, dan buat sekarang, saya tidak akan menyekat kamu daripada menyunting kerana suntingan anda masih tidak dilihat mencurigakan.

Sekiranya kamu jawab tidak, saya amat cadangkan agar kamu tukarkan nama pengguna anda di sini supaya sangkaan konflik kepentingan dapat diredakan.

Sekian itu sahaja buat sekarang, dan terima kasih. PEACE SΞΞKΞRS [Bincang] 02:42, 17 Ogos 2022 (UTC)Balas