Selamat datang ke Wikipedia Bahasa Melayu!
Salam sejahtera Mohd Shahrizal! Terima kasih kerana mendaftar di Wikipedia Bahasa Melayu!
Berikut merupakan beberapa pautan yang dapat anda layari jika masih baru di Wikipedia:

Lihat juga tutorial dan meja bantuan Wikipedia. Untuk menandatangani pesanan anda pada laman perbualan, seperti laman ini, letakkan ~~~~ (empat kali tanda gelombang) atau klik butang Tandatangan dan cap waktu pada laman penyuntingan.
Semoga anda menikmati kunjungan anda di Wikipedia Bahasa Melayu. Selamat menyumbang! ...Aurora... (b) 14:24, 4 Januari 2013 (UTC)Balas

Tolong jangan cipta rencana mengenai orang tidak penting/terkenal di sini. Untuk rencana leweh, sila cipta di mana-mana laman berikut:-
* Vanity Page, MyWikiBiz!.
* Tololpedia. Yosri (bincang) 15:14, 4 Januari 2013 (UTC)Balas

Wikipedia mempunyai dasar hanya membuat litupan organisasi yang terkenal. Rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:Notability_(organizations_and_companies) Sebagaimana yang anda akui, buat masa ini, rencana tersebut masih belum layak. Dengan itu, saya nasihatkan anda mengalih rencana tersebut pada laman wiki yang bersesuaian, iaitu di Vanity Page, MyWikiBiz!. Sekian terima kasih. Yosri (bincang) 00:22, 5 Januari 2013 (UTC)Balas
Jika anda mengambil masa membaca pautan yang saya berikan, kriteria terkenal termasuk dimuatkan dalam media utama, contoh akhbar, radio atau televisyen. Sila berikan pautan pada akhbar mana perhimpunan ini dimasukkan untuk pertimbangan. Atau pindahkan sahaja pada laman wiki yang saya syorkan. Ini adalah penilaian objektif dan bukan berdasarkan pendapat sesetengah individual/pandangan peribadi penyelia. Yosri (bincang) 00:37, 5 Januari 2013 (UTC)Balas
Buat masa ini saya hanya ada dakwaan anda mengenai ia dijadikan acara tahunan negeri di Melaka atas arahan Ketua Menteri Melaka. Oleh kerana dasar wikipedia [melarang penyelidikan asli (Original research)], sila berikan pautan akhbar untuk pertimbangan lanjut oleh penyelia kedua. Jika dua penyelia bersetuju ia memenuhi syarat, ia mungkin boleh dikekalkan. Yosri (bincang) 00:43, 5 Januari 2013 (UTC)Balas


HIKMAH I bermula sebagai perhimpunan kecil dan dilanjutkan oleh HIKMAH II yang telah diangkat menjadi program tahunan kerajaan Melaka, lanjutan dari HIKMAH II, program Himpunan Busana tradisi dan Pendekar Melaka telah berlangsung bagi menghimpunkan anggota dan bukan anggota HIKMAH seterusnya mengiringi penyampaian resolusi HIKMAH II kepada Ketua Menteri (dalam kes ini Ketua Menteri akhirnya mewakilkan Exconya kerana program bertindih dengan perhimpunan agung UMNO)pada 2 Disember 2013. Ianya telah mula telah mendapat liputan beberapa akhbar contohnya http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20121225/ws_03/Busana-Melayu-lambang-identiti-bangsa

Fail:HIKMAH.jpg
keratan akhbar utusan Malaysia
Fail:HIKMAH BHARIAN.jpg
keratan akhbar BHarian versi bukan online

nota: Sila nyatakan jika keratan akhbar juga perlu dimuat-naik dalam artikel sebagai rujukan. Himpunan ke-3 pada 27 Januari dirancang untuk mendapat liputan yang lebih meluas memandangkan ianya dinaungi Paduka Seri Sultan Perak dan pihak Malaysia Book of Records sudah di atur oleh pihak penganjur untuk merekodkan perhimpunan berbusana tradisi melayu paling ramai, InsyaAllah saya yakin mereka akan dapat membuat catatan ini.

Laman Utusan itu tidak menyebut langsung mengenai Hikmah (saya telah baca semasa pertama kali ia dimuatkan.). Pindahkan rencana ini dan apabila memenuhi syarat, cipta semula/pindah semula di sini. InsyaAllah, mnasa itu ia tidak ditag untuk pemadaman. Yosri (bincang) 01:08, 5 Januari 2013 (UTC)Balas
Rencana yang dimaksudkan perlu membincangkan mengenai organisasi tersebut secara khusus. Baca "An organization is not notable merely because a notable person or event was associated with it. A corporation is not notable merely because it owns notable subsidiaries. The organization or corporation itself must have been discussed in reliable independent sources for it to be considered notable. Examples: If a notable person buys a restaurant, the restaurant does not "inherit" notability from its owner. If a notable person joins an organization, the organization does not "inherit" notability from its member." http://en.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:Notability_(organizations_and_companies)#No_inherent_notability Yosri (bincang) 01:14, 5 Januari 2013 (UTC)Balas

Saya sendiri tidak faham kenapa akhbar yang sama tetapi medium berlainan (online dan cetakan) tetapi dengan kandungan yang tidak selaras.. :-) Keratan akhbar menyebut secara khusus tentang program berkenaan namun mungkin kurang jelas untuk dibaca, walaubagaimanapun dilampirkan juga keratan akhbar Berita Harian yang menyebut secara jelas program2 berkenaan

Itu tidak beberapa penting. Organisasi yang disebut sambil lalu ("in-passing") juga tidak memenuhi kelayakan. Sila baca http://en.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:Notability#General_notability_guideline Yosri (bincang) 01:19, 5 Januari 2013 (UTC)Balas
Mungkin anda boleh poskan di laman perbincangan rencana untuk pertimbangan penyelia lain, sungguhpun bagi saya ia masih belum memenuhi syarat. Yosri (bincang) 01:21, 5 Januari 2013 (UTC)Balas

Terima kasih atas saranan, namun ia kelihatan agak bercanggah dengan sifat beberapa artikel lain me ngenai persatuan/pertubuhan yang juga tiada sifat yang penting dan juga tiada sumber rujukan tertentu yang signifikan (hny disebut sepintas lalu) contohnya

1.http://ms.wikipedia.org/wiki/Persatuan_Wireless_Johor Malaysia: transformasi & perubahan sosial, By Mohd. Fauzi Haji Yaacob

2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Persatuan_Penulis_Melaka Melaka pusat kesusasteraan Melayu, Oleh AMRAN MULUP

3. http://ms.wikipedia.org/wiki/Persatuan_Naturopatik_Tradisional_Cina_Malaysia

4. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pertubuhan_Pembebasan_Bersatu_Patani Gerakan Pemisah Thai Sedia Ketepi Tuntutan Kemerdekaan Oleh D. Arul Rajoo

dan beberapa lagi yang tidak perlu disebutkan disini..

Terima kasih sekali lagi

Terima kasih di atas makluman. Tindakan sewajarnya akan dilaksanakan. Disebabkan bilangan rencana yang banyak, pihak kami mungkin terlepas pandang. Yosri (bincang) 01:45, 5 Januari 2013 (UTC)Balas

Item (2) tersalah pautan, sepatutnya Persatuan_Penulis_Johor, maaf atas salah pautan.. Harap lebih konsisten dan profesional dengan tanggungjawab yang digalas.. Terima Kasih.

Kami merupakan sukarelawan dan tiada yang profesional mengenainya (sila baca http://en.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:Introduction , oleh itu sebarang kesilapan harap dimaafkan. Sila rujuk sumber asal bagi semua maklumat di sini. Maklumat di sini sekadar panduan kepada sumber asal, itu adalah sebab sumber rujukan penting. Saya telah betulkan semua rencana yang dipertikaikan. Harap maklum. Yosri (bincang) 02:00, 5 Januari 2013 (UTC)Balas
Persatuan_Penulis_Johor telah ada rujukannya di http://plm.org.my/wrdp1/?page_id=197 Tetapi akan saya tingkatkan rujukannya. Yosri (bincang) 02:03, 5 Januari 2013 (UTC)Balas

Tahniah atas tindakan pantas, bukan itu yang saya pertikaikan kerana terdapat banyak lagi artikel yang bercanggah dengan kenyataan wiki, tetapi tidak perlulah saya senaraikan kesemuanya, senarai di atas hanya sebagai contoh. Untuk pengetahuan, saya bukan pemilik, ahli keluarga, ahli kelab, pekerja atau personnel yg ada kaitan secara langsung dengan pertubuhan yang di artikelkan. Setelah meneliti pergerakan mereka dari mula hingga sekarang, saya yakin mereka bukan sekadar pertubuhan picisan yang boleh dipandang enteng, dan sepengetahuan saya pertubuhan mereka bukanlah berasaskan politik kepartian dan jauh sekali berkiblatkan keuntungan wang ringgit. Pertubuhan berkenaan juga yang penting tidak bercanggah dengan mana-mana akta dalam perlembagaan persekutuan.

Saya mengambil masa mengikuti perkembangan mereka secara turun padang seterusnya memerah otak dan menyusun ayat secara sukarela untuk menyumbang maklumat tentang mereka kepada wikipedia tanpa sebarang bayaran untuk menambahkan lagi sumber maklumat kepada masyarakat. Saya boleh memahami jikalau artikel berkenaan ditandakan sebagai "Topik rencana ini mungkin tidak memenuhi garis panduan kelayakan rencana Wikipedia am." tetapi kelihatan agak keterlaluan bila di tandakan dan dikategorikan sebagai cadangan untuk dipadamkan terus tanpa melalui sebarang proses perbincangan yang konstruktif dan profesional sebagai menghargai penat-lelah orang lain dalam mencari maklumat secara nyata seterusnya meluangkan masa untuk mencatat.. Harus diingat, maklumat yang diperolehi secaa live dan dengan mengalami sendiri kadangkala adalah lebih bernilai dari maklumat yang anya bersumberkan maklumat dalam talian yg hanya berharap kepada enjin carian...tk

Mungkin timbul kekeliruan kerana anda tidak membaca pautan yang saya berikan. Maklumat turun padang hanya anda yang tahu dan tiada siapa boleh mengesahkannya. Contoh jika seseorang berkata persatuan ini turut terbabit dalam perhimpunan haram, dan menyatakan ia hasil turun padang, bagaimana kami mengesahkannya.? Sila baca http://en.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:No_original_research Dasar ini adalah bagi melindungi anda selain mengelakkan rencana hal tidak penting. Semua orang merasakan persatuan mereka penting,, oleh itu peraturan dibuat bahawa jika media utama merasakan ia cukup penting untuk membuat litupan, ia dianggap penting. Tiada rencana diWikipedia bukan bererti dunia kiamat. Teruskan aktiviti persatuan anda dan dapatkan litupan media. Atau pindahkan pada laman wiki yang bersesuaian. Rencana tanpa sumber sahih tidak sesuai di sini. Tag tersebut adalah peluang bagi penilaian penyelia kedua. Jika rencana dianggap lemah, ia kan dihapuskan tanpa sebarang tag. Serta merta. Yosri (bincang) 03:27, 5 Januari 2013 (UTC)Balas

Bukan semua persatuan/ pertubuhan dlm wiki mempunyai liputan media. Sebagai tambahan beberapa pautan bukan 'blog' dan dari sumber yang berwibawa dilampirkan untuk rujukan seperti yang selalu diminta:

http://ahmcreates.com.my/main/index.php/previous-engagements/155-4-nov2012-hikmah

http://ahmcreates.com.my/main/index.php/previous-engagements/162-25-nov2012-hikmah

http://jejakmihrabmimbar.com/catatan-penulis/hikmah-wacana-keilmuan-mengundang-perhatian/

http://www.rajamenangis.com/2012/11/wacana-memartabatkan-kembali.html

Sila baca http://en.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:No_original_research Non negotiable. Untuk pertimbangan penyelia lain. Seperti saya kata, dunia tidak kiamat. Teruskan aktiviti persatuan anda dan dapatkan litupan media. Atau pindahkan pada laman wiki yang bersesuaian. Yosri (bincang) 03:41, 5 Januari 2013 (UTC)Balas
Anda juga boleh pohon Majalah RIAS, Utusan Malaysia, untuk membuat litupan. Yosri (bincang) 03:42, 5 Januari 2013 (UTC)Balas

Ya dunia belum kiamat, dan saya sudah membaca pautan berkenaan berkali2, tetapi atas dasar memenuhi permintaan penyelia dan garispanduan untuk menunjukkan pautan2 yang berkredibiliti(xsemestinya media utama) dan komen asal yang menyatakan pautan kepad blog tidak dapat diterima, maka saya lampirkan pautan dari sumber lain yang berkredibiliti dan sahih. Terdapat juga percanggahan apabila banyak artikel lain yang tidak perlu pautan kepada media utama untuk diterbitkan, konsistensi ini yang perlu diberi perhatian. Terima kasih atas masa yang diluangkan untuk perbincangan.

Syarat ini bukan saya baru cipta, tetapi telah ditetapkan sejak awal lagi. Sila fahami apa maksud media utama. http://en.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:Verifiability#What_counts_as_a_reliable_source Yosri (bincang) 03:53, 5 Januari 2013 (UTC)Balas

Terima kasih. Sila menjadi lebih konsisten dengan syarat yang telah lama di cipta.. Jumpa lagi

-)

Sumbangan anda sunting

Terima kasih di atas sumbangan anda. Suntingan anda akan dinilai menurut syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Rencana yang tidak memenuhi syarat akan dihapuskan.

MyWikiBiz merupakan direktori yang membenarkan orang atau business mengarang legasi mereka sendiri di Internet (tanpa memerlukan rujukan sahih). Rujuk http://www.mywikibiz.com/Directory:MyWikiBiz

Harap maklum. Yosri (bincang) 04:11, 5 Januari 2013 (UTC)Balas

-)

Rencana tidak layak sunting

Rencana tanpa rujukan media utama akan ditag rujukan/notabiliti apabila dijumpai. Sekiranya tiada rujukan lanjut dijumpai ia akan dihapuskan oleh penyelia. Lihat Log Penghapusan di sini. Harap maklum. Yosri (bincang) 04:17, 5 Januari 2013 (UTC)Balas

-)
Wikipedia bukan tempat memperkenalkan sesuatu yang tidak terkenal. ...Aurora... (b) 14:50, 10 Januari 2013 (UTC)Balas