Ralat petik: Tag <ref> tidak ditutup dengan </ref></ref></ref>LENA FARIDA HUSSAIN CHIN Lena Farida Hussain Chin merupakan anak kedua dari empat beradik. Bapa beliau Hussain Chin Abdullah merupakan seorang pesara jurutera kanan berbangsa Cina yang berasal dari Balik Pulau manakala ibunya Puan Hajah Asmah Daud merupakan anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang berkerjaya sebagai seorang usahanita. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Seri Permaidan kemudian melanjutkan pelajaran menengahnya ke Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St. George, Pulau Pinang. Anak jati Pulau Pinang ini merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kep) Penulisan Kreatif ASWARA, Ijazah Sarjana Muda (Kep) Seni Layar Universiti Teknologi MARA, Ijazah Sarjana Kesenian (Drama) Universiti Malaya, & Post Graduate Certificate di dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pengajian Tinggi dari University Roehampton UK. Beliau telah menyertai UPSI pada tahun 2006 dan merupakan seorang pensyarah di Jabatan Seni Persembahan, FMSP. Darah seni yang mengalir ditubuh beliau diwarisi dari datuk dan nenek serta ahli keluarga beliau yang merupakan pemain-pemain bangsawan semenjak tahun 1890-an. Menyedari bakat yang ada pada beliau setelah memenangi tempat kedua skrip terbaik kebangsaan dalam pertandingan drama sekolah-sekolah menengah Malaysia pada tahun 1995, Tokoh Warisan Orang Hidup Kebangsaan iaitu Allahyarham Dato’ Mohamad Bahroodin Ahmed telah mengajak dan membimbing beliau secara tekun khususnya dalam penulisan kreatif dan serta teater tradisional bangsawan dan teater moden pada awal pembabitannya. Ralat petik: 'Tag <ref> tidak sah; rujukan tanpa nama mestilah mempunyai kandungan