Terima kasih di atas suntingan anda. Dasar Wikipedia tidak menggalakkan suntingan oleh pihak bercanggah kepentingan. Bagaimanapun saya biasanya lebih bertolak ansur, sekiranya anda dapat berikan rujukan sumber. Contohnya, Majlis Mesyuarat Negara pada masa ini terdiri dari 32 Ahli seperti berikut (sila berikan pautan rujukan). Ini adalah bagi memudahkan penyelia memantau suntingan membina / suntingan perosak. Nombor IP agak sukar kerana perosak dari haluan kiri juga menggunakan IP Brunei, dan nombor IP sukar diingati milik siapa. Oleh itu digalakkan mendaftar untuk membuat suntingan. Pemantauan rawak masih dilakukan pada pengguna berdaftar bagi tujuan pengesahan. Yosri (bincang) 15:00, 5 Januari 2016 (UTC)Balas

Pautan pada Wiki Asing sunting

Tolong jangan pautkan pada Wiki asing dalam rencana. Hanya letakkan pada nota kaki. Wikipedia bahasa Melayu bukan phone direktori pada bahasa asing. Harap maklum.

Saya dapati anda membuang tag penyelia. Membuang tag penyelia merupakan satu kesalahan yang boleh menyebabkan anda dikenakan sekatan. Anda perlu memberikan rujukan dalam rencana bila tag petikan diperlukan diberikan. Maklumat tanpa rujukan boleh dibuang tanpa amaran lanjut. Yosri (bincang) 14:21, 6 Januari 2016 (UTC)Balas
Elakkan juga mengguna Facebook, blog, WordPress dsb sebagai rujukan. Lihat juga https://en.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:Identifying_reliable_sources Yosri (bincang) 14:30, 6 Januari 2016 (UTC)Balas
Terima kasih atas pemberitahuannya. Disini juga saya ingin memberitahu anda, bahwa apa yang telah saya tulis di artikle itu adalah berdasarkan daripada pemberitahuan oleh ketua bahagian saya di jabatan majlis-majlis mesyuarat. --Naga Jongkook (bincang) 00:34, 7 Januari 2016 (UTC)Balas
Disini juga kami ingin tahu, apa maksud anda dengan tag penyelia? dalam kes rujukan, seperti dalam Bab 23 dan bab-bab lain kami memperolehinya dari perlembagaan brunei 1959 yang mana tidak ada versi online. Manakala dalam kes 32 keahlian tersebut, disebabkan Sultan dan Yang Di-pertuan telah bertitah mengenai rombakan menteri-menteri kabinet brunei yang tidak termasuk Duli Pengiran Perdana Wazir. Oleh itu, secara automatiknya bilangan keahlian menjadi 32 orang dan bukan lagi 33 orang ahli. Sekian, harap maklum buat anda.--Naga Jongkook (bincang) 00:35, 7 Januari 2016 (UTC)Balas
Seperti yang dijelaskan, maklumat di WIkipedia perlulah datangnya dari sumber yang boleh dirujuk umum. Maklumat yang tidak disiarkan tidak digalakkan kerana pengesahan tidak didapati. Ini adalah untuk melindungi subjek. Sebagai contoh sekiranya seseorang menyatakan seorang anggota majlis masih boleh berkhidmat sungguhpun telah muflis dan menyatakan maklumat ini saya dapat dari menteri Brunei, adakah saya patut terimanya? Kedua, penyelia merupakan seseorang yang telah lama menyunting di Wikipedia ini dan telah dilantik sebagai seorang yang dipercayai. Jika mereka meletakkan tag, jangan buang, sebaliknya letakkan bantahan anda di laman perbincangan atau masukkan apa yang mereka perlukan. Rujukan in-line adalah pautan rujukan sebelah perenggan tersebut. Contohnya jika menyatakan ahli majlis terdiri daripada 5 orang, pautan sebelahnya perlu mengandungi maklumat bahawa ahli majlis terdiri daripada 5 orang (contoh sahaja). Cara meletakkan tag rujukan adalah <ref>[http://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/Theme/Home.aspx Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat Brunei]</ref>. Ini membenarkan penyelia memeriksa ketepatan maklumat tersebut. Sungguhpun saya boleh bertolak ansur, terdapat kemungkinan penyelia lain yang akan mempersoalkan identiti anda sebagai siapa diri anda sebenarnya (kakitangan majlis) dan mungkin akan menghapuskan maklumat tanpa sumber, Rujuk laman berikut mengenai dasar Wikipedia:-
Dasar Wikipedia ini adalah untuk melindung subjek rencana daripada fitnah, dan juga melindungi Wikipedia daripada tindakan undang-undang kerana memasukkan maklumat tidak tepat. Contohnya jika ada pihak mengambil tindakan undang-undang pada Wikipedia kerana kenyataan dalam rencana tersebut, adakah anda fikir hakim akan terima bahawa sumber maklumat itu datangnya dari Ketua pengguna Naga Jongkook? Tetapi hakim akan terima bahawa maklumat itu datangnya dari buku/akhbar/sumber umum (sumber rujukan diberi), dan wikipedia hanya melaporkannya. Yosri (bincang) 00:10, 9 Januari 2016 (UTC)Balas