Perbincangan pengguna:PM Poon/1

Latest comment: 16 tahun lalu by Meursault2004 in topic Cina Indonesia

Mesej sunting

saya dah hantar msg kat yahoo..msg sil jawab..

che 04:33, 9 September 2006 (UTC)Balas

Kopi? sunting

Sebenarnya, tugas mengemaskini statistik keaktifan penyelia bukanlah satu kerja yang susah payah kerana dibuat secara suka-suka dan apabila saya tiada mood langsung untuk membuat sebarang rencana. Sekurang-kurangnya, saya ada kerja sikit apabila menyinggah di sini. Saya tak hairanpun kalau ia memang boleh dibuat secara automatik yang mungkin diperlukan juga suatu hari nanti apabila saya sudah tidak ada mood untuk mengemaskininya atau saya sudah tidak ada lagi di dunia.

Tentang kopi tu, saya akan berhutang dengan awak secawan ye? Tapi awak datang ke kedai kopi pun sebagai banduan, kan ke susah. Saya akan ditangkap jika bersekongkol dengan banduan. Hehe. Jangan marah ye, PM Poon. Apapun, saya teringat lagi ketika awak dulu mencadangkan agar pengguna tidak berdaftar tidak boleh menyunting. Kalaulah ia berlaku, awak pasti tidak menjadi banduan kini. Hehe. Kalau saya silap tentang pernyataan awak tu, sila betulkan. Saya agak pening baca rencana kedai kopi yang panjang berjela-jela. Takut-takut lain yang ditulis, lain yang saya baca... — Polar 21:38, 13 September 2006 (UTC)Balas

Bipas,Lipas dan Pirau sunting

Nampaknya anda menang kali ini..che poon...sebenarnya saya guna laman lain dalam karyanet..Terjemahan Bypass...hehehe....bunyi bipas...macam lipas aje ....che 11:38, 16 September 2006 (UTC)Balas

Bahasa Melayu sungguh memeningkan kepala. — Master2841 16:37, 16 September 2006 (UTC)Balas

PM Poon, buat pengetahuan awak, istilah "pembedahan pintasan" memang telahpun wujud dan digunakan oleh pakar pembedahan dan perubatan. Nak ikutkan, Dewan Bahasa masih belum lagi menjadi rujukan istilah yang betul-betul tulus sebagaimana juga Oxford. Bayangkan, Oxford sendiri tidak memasukkan beberapa istilah penting seperti "acid rain" dalam perbendaharaan kata mereka buat beratus-ratus tahun, apatah lagi kamus bahasa kita yang masih beberapa tahun diperkenalkan. Jika benar dewan bahasa sering betul, takkan setiap beberapa tahun akan ada edisi baru dengan penambahan kata-kata baru dan orang mereka sendiri ingin memperkasakan itu dan ini. Kita buat apa yang diterima pakai oleh semua dan itulah piawai. — Polar 11:33, 17 September 2006 (UTC)Balas

P/S - Satu lagi, saya sering pulang ke Muar kerana situ ialah kampung saya dan sering menggunakan laluan pintasan itu. Saya amat berpendapat yang jalan tersebut dinamakan jalan pintas yang memang juga tujuan jalan itu dibina kerana ingin memudahkan laluan kenderaan dengan menggunakan pintasan jalan yang lebih singkat dan mudah. Benar kata Siber79 dalam Perbualan:Jalan Bipas Muar, orang tempatan Muar sendiri akan tercengang jika dengan bipas tu.


Tentang Dewan Bahasa tu, kemaskini memang dijalankan lebih lagi banyak istilah baru muncul kebelakangan ni. Sebab tu jangan risau untuk guna perkataan yang lazim digunakan oleh masyarakat. Ia akan dimasukkan nanti dalam kamus seperti juga cara Oxford memasukkan perkataan Inggeris baru.

Berkenaan pernyataan anda tentang "Johor Bahru" tu, saya tak wujud lagi 20 tahun dulu, hehehe. Maka, saya tak berapa arif. Berkenaan "ialah" dan "adalah", saya ada belajar yang sama juga. "Ialah" digunakan untuk objek yang bernama seperti "Bandar Johor Bahru ialah..." atau "Pantai Lido ialah...." atau pun "Teluk Danga ialah..." termasuklah manusia, "Baginda Sultan Iskandar ialah...". Manakala "adalah" untuk suatu yang objek atau perkara umum seperti "Gunung adalah tanah tinggi..." atau "Cuaca adalah suatu yang kita cerap setiap hari..." atau "Sultan adalah seorang pemerintah..." etc. Nak ikutkan, pelajar STPM sendiri masih keliru dengan penggunaan dua perkataan itu. Jadi, jangan kelirukan diri anda... — Polar 14:28, 17 September 2006 (UTC)Balas


Bahasa memang suatu yang tidak berpenghujungnya. Ia sentiasa berkembang dan bersimpang siur. Apapun, saya ikut cara Oxford. Apabila orang ramai telah guna sesuatu istilah tersebut, percayalah yang Oxford akan mengambilnya dalam simpanan perbendaharaan kata mereka walau berapa tahun sekalipun.

Tentang "pembedahan pintasan" tu, memang dah lama digunakan dan sentiasa digunakan (kecualilah anda menyebutnya dalam istilah atau slanga inggeris cth: "Saya pernah ke hospital untuk buat bypass surgery". ) Tentang jalan tu, dari mula dibuat (dari tapak) hinggalah saya sendiri melaluinya, orang tetap kata jalan pintasan. Jadi, kita guna sahajalah. Orang Muar bukan guna bahasa lain pun, bahasa Melayu juga dan perkataan pintasan tu bukan perkataan bahasa lain, bahasa Melayu juga berbanding bypass atau bipas... — Polar 15:03, 17 September 2006 (UTC)Balas

Sebenarnya memang bahasa Melayu sekarang ini menuju kepada pencemaran bahasa...adalah memang bagus kalau ada perkataan inggeris yang di'melayu'kan...dengan syarat kalau tidak ada makna yang serupa dengan perkataan inggeris berkenaan...tetapi proses 'pembekuan' perlu diadakan sekiranya ada bahasa-bahasa serumpun yang sama makna kita gunakan ...dengan itu bahasa kita akan kaya dengan bahasa kita sendiri..che 03:22, 18 September 2006 (UTC)Balas

Ya setuju...terima kasih...che 16:29, 21 September 2006 (UTC) ..jom....sekarang...che 18:09, 21 September 2006 (UTC)Balas

Hai PM Poon, sunting

Saya tidak kisah membantu setakat yang mampu. Cuma kini saya kurang aktif sedikit, hanya sekadar menjenguk bagi memadam contengan / mengucap selamat datang kepada pennguna baru. Ada masalah capaian, mungkin kerana firewall pejabat. Saya tua? Memang, dah 3 anak. Yosri 09:42, 29 September 2006 (UTC)Balas

Perang Enam Hari sunting

  • On May 19 the UNEF commander was given the order to withdraw. Egyptian president Gamal Abdel Nasser then began the re-militarization of the Sinai, and concentrated tanks and troops on the border with Israel.
  • Pada 19 Mei, komander UNEF diberikan pesanan untuk menarik diri. Presiden Mesir Gamal Abdel Nasser kemudian memulakan penenteraaan semula Sinai, dan memekatkan tanki-tanki dan angkatan-angkatan tentera di sempadannya dengan Israel.
order = pesanan atau arahan??
withdraw = menarik diri atau berundur??
re-militarization = penenteraan atau operasi tentera?
tank = tanki-tanki atau kereta kebal??
p/s tanki-tanki - bunyinya macam tangki air jer hehehehe....

che 10:21, 4 Oktober 2006 (UTC)Balas

Rencana stub. sunting

Hai PM Poon. Nak memadamkan rencana stub yang anda buat? Saya tidaklah rajin seperti anda untuk mengembangkannya (seperti yang anda buat pada rencana stub Yosri) memandangkan rencana yang anda buat ada yang tak pernah saya dengar namanya (dari pelbagai pelusuk dunia pula tu). Saya meletakkan templat stub tempoh hari pun macam nak gila banyaknya hingga saya putus asa setengah jalan. Kini, nak memadamkan pula? Erm. Saya mungkin akan lakukan suatu hari nanti tetapi bukan sekarang memandangkan rencana yang anda buat tu hanya 20% sahaja yang dikenali rakyat Malaysia atau orang Melayu seperti Thalia, Ricky Martin, Enrique Iglesias dll. Nama lain seperti Sami atau apa entah tu, yang mana tidak menyumbang sangat, saya mungkin akan padamkannya setelah pertimbangkan dengan relevan. Nasib baik saya masih tahu serba sedikit hiburan muzik antarabangsa walaupun tak semua. Saya rasa sesetengah rencana itu mungkin tiada seorang pun yang akan membacanya kerana... siapa di negara kita atau orang di rantau ini yang dengar lagu penyanyi Turki atau Afrika? hehehe. Sekurang-kurangnya, orang-orang di Brunei masih kenal siapa Velvet berbanding penyanyi Turki itu. :p — Polar 19:17, 16 Oktober 2006 (UTC)Balas

Khabar sunting

Hai PM Poon, apa khabar! Saya Aeonimitz dari Brunei. Saya lihat anda telah kembali. Macamana anda, sihat? Berkenaan saya lagi, saya telahpun mula berada di sini sejak November. Saya harap agar sumbangan anda di sini dialu-alukan semula walaupun lebih sebulan anda tiada. — Aeonimitz 07:09, 11 Disember 2006 (UTC)Balas

Tentang bekas jawatan penyelia anda sunting

Hello PM Poon, saya tak tahu pula yang anda merupakan seorang penyelia, tetapi sejak saya lihat di laman Wikipedia:Penyelia pada keseluruhannya, baru saya sedar. Adakah anda mahu jadi penyelia semula sejak sekian lama anda tidak jadi penyelia? — Aeonimitz 11:33, 5 Januari 2007 (UTC)Balas

Templat:Negeri sunting

Hi Poon, saya ingin memohon izin anda untuk membuat sedikit perubahan dalam templat negeri. Ini kerana latar belakang hijau yang anda gunakan menyebabkan jata negara Iran kelihatan tidak jelas. Jika bisa saya juga ingin buat beberapa perubahan lain seperti penggunaan jenis tulisan dan saiz tulisan (untuk penjimatan ruang.) Harap anda pertimbangkan permohonan saya. Terima kasih. Pejuang bahasa 01:25, 8 Januari 2007 (UTC)Balas

Oh Ok sunting

Oh ok, sorilah PM Poon! Saya ingat anda merupakan pengguna tidak berdaftar yang melakukan laku musnah pada laman perbualan saya. Saya minta maaf banyak-banyak ye. :< — Aeonimitz 12:36, 11 Januari 2007 (UTC)Balas

weeiii sunting

hai pm poon...dah lama tidak bersua...hehe..sekarang ni low profile ..yek!!che 19:17, 17 Januari 2007 (UTC)Balas

Burung Hantu Panjang/Pendek? sunting

Sebenarnya saya rujuk http://www.bsc-eoc.org/avibase/avibase.jsp?pg=search&ts=1170418578267&qstr=Burung+Hantu+Sayap+Panjang Yosri 12:17, 2 Februari 2007 (UTC)Balas

Sudah lama tak nampak PM Poon, hanya nampak IP sahaja. Nampaknya sekarang semua penyumbang lain agak slow sedikit. Yosri 12:21, 2 Februari 2007 (UTC)Balas
Hai PM Poon, Sebenarnya saya bukan menegur, sahaja hanya menjelaskan sumber rujukan. Nanti awak tertanya-tanya kenapa Yosri menulis sekejab telinga pendek, sekejab sayap panjang. Sebenarnya semua yang saya tulis itu merujuk dari pelbagai sumber. Jadi sekiranya ada yang bertindan / bertentangan saya pun ikut juga. Bagaimanapun, terima kasih kerana membetulkan rencana tersebut.
Wow!!! awak hendak tambah 2,200 rencana (tarikh)!!!! Rencana perihal burung saya pun sekitar 1,300 (belum diperiksa dan buang yang bertindan.) Nampaknya sasaran 20,000 rencana saya dah dekat ni. Bolehlah Wikipedia Melayu ditakrifkan sebagai Wiki utama sekali lagi. (Dahulu hanya 10,000 sudah dianggap bahasa Wiki utama.)
Berkenaan penyumbang yang tidak tetap, jangan risau kerana mereka semua sukarelawan. Mungkin sibuk dengan urusan masing-masing. Lamun, mereka pasti kembali menyumbang.... Yosri 00:47, 5 Februari 2007 (UTC)Balas

Kolej Inggeris aka English College sunting

Memang cantik...tapi tak lah secantik gambar Maya Karin yang lu bagi kat wa dulu hehehe..che 16:50, 14 Februari 2007 (UTC)Balas

Amsterdam sunting

 
frames

hai che poon! saya cuba sunting laman berkenaan dengan Amsterdam tapi mesej filter spam tertulis seperti di bawah:

Macam mana nak buat?

che 03:48, 25 Februari 2007 (UTC)Balas

Template sunting

Oh! Begitu... Kenapa PM Poon tidak sunting sahaja template hidupan supaya menyamai Taxobox. Yosri 13:35, 16 Mac 2007 (UTC)Balas

Terima kasih. Maaf lambat jawab. Saya tidak log masuk pada weekend. Yosri 00:43, 20 Mac 2007 (UTC)Balas

Saya tidak nampak perbezaan template kedai kopi, tapi sudah saya upload.. Yosri 10:30, 22 Mac 2007 (UTC)Balas
Maaflah! Saya pakai Internet Explorer 6 tak nampak beza apa-apa pun. Dah saya undurkan kerana lebih ramai menggunakan Internet Explorer berbanding Firefox. Yosri 12:07, 22 Mac 2007 (UTC)Balas

Sasaran 20,000 rencana sunting

Nampaknya saya kurang dapat membantu kerana peningkatan tugas mendorong kepada pengurangan sumbangan kepada Wiki bermula sekarang..... Sob... Sob...

Semoga penyelia dan bekas penyelia yang lain akan terus bekerja keras kearah mencapai taraf bahasa besar dunia.

Bercakap berkenaan taraf, Wikipedia Melayu semakin jatuh dari 40 kepada 42. Hummm.... Tak boleh nak cakap apa, kerana ramai sangat pemalu di sini. Malu nak menyumbang. Yosri 08:41, 30 Mac 2007 (UTC)Balas

Ikan Paus Bryde sunting

Hai PM Poon,
Paus Bryde dinamakan sedemikian kerana paus bukannya ikan. Mungkin lebih elok jika ditukar kepada nama lain selain Ikan Paus Bryde. Mamalia Paus Bryde? Tetapi manusiapun mamalia....Hummmm.. bagaimana dengan Haiwan Paus Bryde. Yosri 00:23, 3 April 2007 (UTC)Balas

Gambar sunting

Gambar sudah dipadam. — Master2841 07:17, 3 April 2007 (UTC)Balas

Adakah PM Poon orang Cina? sunting

Saya Khairul Hazim di sini ingin bertanya satu soalan. Betulkah kamu seorang Cina tetapi beragama Islam? Sekian. Khairul hazim 08:41, 4 April 2007 (UTC)Balas

Tentang gambar anda Musahitam.jpg sunting

Hi PM Poon, bolehkah saya muatnaikkan gambar itu ke Wikimedia Commons? Terima kasih! --Edmundkh 10:09, 7 Mei 2007 (UTC)Balas

Weii...lu dah balik ke!! sunting

Hai che poon...sudah balik la....bila mahu turun kl.....saya belanja hehehe...pandai u tarik perhatian saya sekarang...kenapa tukar minyak sintetik kepada minyak tiruan...che 04:53, 31 Ogos 2007 (UTC)Balas

Saya rasa saya faham apa yang anda maksudkan....sebenarnya Bahasa Melayu mengalami perubahan..terpaksa meminjam terlalu banyak kata-kata luar terutama Bahasa Inggeris..sepatutnya berlaku pembekuan peminjaman kata-kata luar...popularkan istilah-istilah tempatan yang sama makna dengan istilah yang datangnya dari bahasa Inggeris..seperti mana yang pernah dipopularkan oleh mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim..che 10:04, 17 September 2007 (UTC)Balas

Cina Indonesia sunting

Cuba tolong berikan pendapat anda di id:Pembicaraan:Republik_Rakyat_Tiongkok. Terima kasih. Meursault2004 08:07, 22 September 2007 (UTC)Balas

 
frames
Pengguna ini berbangsa Cina.
Kembali ke laman pengguna "PM Poon/1".