Hai Spidey. I see you still spining web, late until morning. I be calling it a day for now. Wikipedia was slow, but they are installing new server. Hope it be ok by tomorrow.. Bye....Yosri 18:20, 27 May 2004 (UTC)


Oh my! By the time i managed to open up this box-thing to read your msg. it's already 2.48 AM. Good that wikipedia is installing a new server, if not, sure those 'multiple postings' will happen again. I tot it was not moving, so I click-click-click every few minutes, ending up with all those mess!

ok.. should call it a day too... now aahhh, 2:53 AM. Spidey 18:55, 27 May 2004 (UTC)


Is Lelabah and Spidey the same person? You are not, BTW, be or related to Spiderman are you? :) Yosri 01:08, 28 May 2004 (UTC)


Yup, but sorry, no prize for guessing right! Spiderman? Not related but inspired. Nick was given by one Catwoman who frequents one of tmnet's newsgroup some seven years ago. The rest is history.

Regarding enjin gelintar (n) and enjin penggelintar (v), I've done the corrections based on context. So still maintaining 'enjin penggelintar' in one of the sentences "...beberapa percubaan untuk mewujudkan enjin penggelintar yang berasaskan sumber..." Thanks for the pointer.

Spidey 02:40, 28 May 2004 (UTC) aka Lelabah


Tukarkan sahaja apa yang perlu. Sekiranya tidak setuju, saya akan betulkan kembali. Ini bukannya rencana saya, tetapi rencana kita semua. Yosri 06:38, 28 May 2004 (UTC)


OK senang gitu! BTW berapa orang yg betul-betul menjadi semacam 'resident editors' atau penyumbang aktif di wiki b.Melayu (selain Sdra Yosri, Najib & Andre)?Spidey 06:54, 28 May 2004 (UTC)


Hmmmmm... Tak ramai. Kita ada rakan dari Indonesia Meursault2004, Dekoelie (sysop) dari Singapura yang banyak menyumbang laman mengenai negara. Willsmith (Imran) dari MIMOS malangnya tidak fasih BM. Pelawat Ad-hock - Angela United Kingdom, Piolinfax Sepanyol, Kowey Perancis asal Singapura. Bwood, Johnleemk. Kebanyakannya dari Wikipedia Inggeris / antarabangsa yang sekali-sekala membantu antarawiki. Kita ada orang baru yang akan menjadi super aktif Spidey ... Horey!!!!!  :) Yosri 08:31, 28 May 2004 (UTC)


Fuh... salute kepada semua! Bukan senang nak dapatkan kerjasama dalam melakukan kerja-kerja sukarela macam ni terutama yang melibatkan 'orang kita' yang masih dibelenggu sindrom 'Why waste time, why waste money?'

Saya memang dah lama mencari landasan sebegini untuk memperkayakan khazanah Internet dengan bahan berbahasa Melayu. Saya sebenarnya 'agak rapat' dengan beberapa pihak di MIMOS dan NITC satu ketika dahulu. Malaslah nak cerita panjang, tapi kena cerita juga sikit. Saya ingin ulangi kekesalan saya (saya dah nyatakan sebelum ini), kerana bertimbun-timbun bahan berbahasa Melayu di Internet yang disediakan oleh beratus-ratus (mungkin ribu) pelajar, guru dan bukan-guru lesap begitu sahaja!

Kalaupun nak tutup server kerana 'fulus tak masuk', sekurang-kurangnya maklumkan dulu supaya pemilik bahan dapat menyelamatkan bahan-bahan berkenaan.... ini tidak. Tiba-tiba semuanya lesap begitu saja laksana tenggelamnya kapal Flor de la Mar (versi Internet). Betullah, ianya dilakukan berdasarkan Terms of Service, TOS "... You understand and agree that the Service is provided "AS-IS" and that iGalaksi.com assumes no responsibility for the timeliness, deletion, mis-delivery or failure to store any user communications or personalization settings.... ". Apo nak dikato!!!

OK harap Wiki ini akan dapat mengisi kelompongan ini. Sebagai ahli kepada golongan yang telah memasuki zon Orang Lama, janganlah meletakan harapan yang begitu tinggi terhadap penglibatan saya, sebab tenaga pun dah tak seberapa... semangat saja yang masih berkobar-kobar.

Spidey 10:49, 28 May 2004 (UTC) (hari ni, akses nampak dah ok)

Cuba tambah pesanan sunting

Hi Spidey, Anda boleh cuba mendapatkan kembali sesetengah maklumat yang hilang itu dengan mengambil dari catche Google. Cuma cari dalam Google dan pilih catche. Kemudian salin dan tampal dalam wordpad atau perisian sebagainya. Cuma sekiranya terlalu lama masa berlalu, ia mungkin tiada lagi dari catche Google.

Selamat mencuba.

Ps, nampaknya Wikipedia bahasa Melayu menampilkan wajah baru di bawah perisian WikiMedia. Semoga antaramuka yang lain dapat dipinda agar kesemuanya menampilkan bahasa Melayu.

Wassalam dari saya.Yosri 01:50, 29 May 2004 (UTC)


Sdra Yosri, Nampaknya antaramuka baru ni lebih menarik kecuali pautan hiperteksnya elok digunakan warna yang lebih jelas - warna biru muda tidak begitu kelihatan.

Terima kasih atas cadangan. B'manapun jika melibatkan lima atau enam muka surat, mungkin boleh diperolehi semula melalui cache google... tapi beratus-ratus muka surat/grafik dll dalam pelbagai subdirektori. Dan ini melibatkan banyak pemilik/webmasters. Flor de la MIMOS! Spidey 02:07, 29 May 2004 (UTC)


Hmmmmm.... Anda mungkin mahu berbincang dengan rakan lama di MIMOS dan membeli cakera keras yang mempunyai maklumat tersebut. Nilai tenaga yang dicurahkan untuk membina laman-laman tersebut lebih bernilai daripada kos cakera keras itu. Saya sanggup menyumbang. Ataupun, anda mungkin mahu berhubung dengan WillSmith (Imran) dari MIMOS. Sila tinggal pesanan di Imran Wikipedia Inggeris. Yosri 03:36, 29 May 2004 (UTC)


Sdra Yosri
Saya amat berterima kasih atas sokongan Sdra Yosri. Kebanyakan bahan itu adalah dihasilkan oleh kira-kira 60 orang para pelajar saya yg mengandungi bahan/nota Tek. Maklumat di laman web masing-masing. Kebanyakan bahan dihoskan di www.duron.igalaksi/ dan juga di www.mercury.igalaksi (domain asal). Mungkin ianya tidak berharga pada kita, tetapi kepada para pelajar... Namun, dalam keadaan sekarang ni pun, dah tak ada makna sangat sebab students tu semuanya dah menamatkan persekolahan mereka di SMKC!

Bagi memudahkan Sdra Yosri memahami apa yg saya maksudkan, saya dahpun uplodkan salinan Portal SMKC yg tersimpan dlm Notebook saya. Maaf jika terdapat broken links sebab saya pun dah tak ambil tahu mengenai perkara ini. Projek berkenaan saya tamatkan apabila server igalaksi dah tak beroperasi.

Sila ke sini utk gambaran sebenar - Look for 5 Arif & 5 Bestari: they have their own individual domain name (actually redirected to igalaksi that hosted their web sites):

http://www.ictkedah.edu.my/smkc/

FYI, rakan lama saya di MIMOS, En. Zaidun (kalau dia masih ada di situ). He knows spidey inside-out.
Spidey 11:04, 29 May 2004 (UTC)
p/s: atas sebab itulah maka saya cukup gembira dapat memberikan sedikit sumbangan kepada Wiki Melayu sebagai ganti projek saya yang dah kantoi setahun yg lalu. :(


Hi! sunting

Setahun lalu adalah masa yang agak lama. Google catche pun sudah tiada. Mungkin kita perlu ke depan dan membina data baru.

Laman web tersebut memang canggih. Sayang seribu kali sayang tiada pedua. Saya juga pernah cuba membangunkan laman interaktif http://www.geocities.com/kelasyosri/Index.htm . Sekarang kurang masa untuk meneruskannya. Mungkin apabila Wikipedia menerima jumlah penyumbang yang lebih ramai, akan saya teruskannya.

Saya lebih cenderung ke arah pelajar menulis karangan pendek mengenai sesuatu tajuk :- seseorang tokoh, peristiwa penting, peristiwa semasa, sejarah bandar/negara tertentu, sejenis haiwan, dan lain-lain. Lebih pendek dan mudah. Yosri 09:22, 31 May 2004 (UTC)


Tak canggih, tapi banyak masa habis utk hasilkan laman tu. Latih students buat laman, FTP dan lain-lain. Dapat beroperasi beberapa bulan, tiba-tiba looop - lesap! :) Sekarang ni, guna site berbayar, lebih selamat. Kalau "kelasyosri" tu nak guna setakat 10megs, saya tak ada hal sebab ianya berkaitan dgn pendidikan. Lagipun, baru minggu sudah cikgu-cikgu kat sini didedah cara hasilkan bahan interaktif dengan hot potatoes tu!! Emel saya [[1]]

InsyaAllah, saya akan libatkan Kor Cybergading utk hasilkan bahan-bahan ringkas seumpama itu. Mungkin mereka boleh gunakan bahan kerja kursus mereka untuk memulakan langkah pertama bersama Wiki. Penaja kami mesti bersetuju dengan projek komuniti seperti ini.


Kah..Kah.. Saya pun baru hendak beritahu mengenai Hot Potatoes. Nampaknya Spidey lebih maju. Mengenai tawaran hosting, tidak mengapalah, kerana Yahoo hosting, so far o.k. Cuma perlu logon sekali-sekala, kalau tidak kena padam. Kelas Yosri itu sekadar ujian. Saya modify Hot Potato dan buat perisian auto generate, itu yang dapat soalan beratus-ratus tu. Hot Potato memang canggih, saya cadangkan Spidey tumpukan kepada perisian tersebut, selain wiki pastinya..... Yosri 01:04, 1 Jun 2004 (UTC)Balas


Hot Potatoes tu, tau la sikit-sikit sebab kena bagi kursus in-house kpd kawan-kawan. Hari ini dok tunggu approval MYNIC utk pendaftaran satu lagi domain - tambah lagi 200MB. So, banyak space kosong kalau nak guna. Spidey 01:35, 1 Jun 2004 (UTC)Balas


Hi Spidey, Nampak ramai peminat menulis komen, tapi silap spider. Hii... Hii... BTW nampaknya Wikipedia Melayu ada masalah, dah undur pada versi lama..??? Mungkin sementara sahaja. Saya ingin bertanya pendapat Spidey, patutkah saya letakkan rencana separuh BM separuh BI, atau cuma letakkan yang sudah di terjemah sepenuhnya. Sekiranya saya letak cuma yang separuh diterjemahkan, kemungkinan besar, baki rencana tidak akan di sentuh lagi.. Tetapi kalau separuh-separuh, nampak kurang manis. Apa pendapat saudara? Yosri 09:16, 11 Jun 2004 (UTC)Balas


Hii.. hii.. Spidey & Spider, yg komen tu peminat Tam Spider sebab Spidey tak menyanyi! Saya tak berapa perasan sama ada versi Melayu ni gostan ke tidak sebab saya tak bersama drp awal.. cuma ada ketikanya tersangkut-sangkut.

Mengenai terjemahan, memang saya sendiri pun rasa beberapa artikel ilmiah cukup berat utk diterjemahkan. Saya cuba juga jenguk-jenguk, tapi angkat tangan setakat ini. Tabek kpd Sdra dan yg lain atas kemampuan yg telah ditunjukkan.

Saya rasa elok dikekalkan separuh-separuh mana-mana yg tidak dapat diterjemahkan sepenuhnya. Mungkin ada sesiapa yg akan sudi menyambung terjemahan yg tertinggal seperti yg saya cuba-cuba bantu dlm artikel Shabra & Shatila. Jika ada perkataan Inggeris yg tidak begitu pasti terjemahannya, kekalkan perkataan berkenaan dengan tanda (x?) - Tidak Pasti. Sekadar cadangan tu.

Cuma bagi artikel terjemahan separuh-separuh, saya cadangkan Sdra disediakan satu 'peringatan' - seumpama stub (tunggul/pangkal) tetapi diletakkan di bhgn atas / awal: Artikel/Makalah ini masih dalam proses terjemahan. Sila bantu.... Spidey 09:58, 11 Jun 2004 (UTC)Balas


Wokey! Yosri 10:35, 11 Jun 2004 (UTC)Balas

)