SEJARAH  

CHALES WALTER FLINT DENGAN SUKU KAUM MURUT TENGGARA KALABAKAN.



Sejarah Walter Flint dan Raffles Flint , berlakunya pembunuhan beramai-ramai pada tahun yang telah di catatkan oleh wartawan dari Eropah , 1890-an .Adalah benar di Ulu Kalabakan, adalah Kawasan penempatan awal iaitu Kuala Tiagau dan di situlah berlakunya pembunuhan pada tahun 1890-an. Walter Flint dibunuh oleh mertuanya. Menurut cerita nenek moyang kami lingut isteri kepada Flint,Flint dibunuh oleh tiga orang dari luar kampung kalabakan kerana cemburu dengan harta yang dibawah oleh Flint untuk anak serta isterinya. Walter Flint adalah satu-satunya yang telah membawah kejayaan kepada semua suku kaum murut kalabakan. Pada masa itu juga Flint telah menggajar tentang cara-cara bercucuk tanam terutama sekali tanam tembakau dan mendidik kanak-kanak dalam pendidikan pelajaran dalam bahasa inggeris/ eropah. Namun hasrat Flint terhadap semua suku kaum murut kalabakan tidak kesampaian.

   hampir kesemua suku Kaum Murut Tenggara Kalabakan  dibunuh. Menurut cerita dari nenek moyang, pembunuhan dilakukan disekitar 5.00  Pagi.  Dan semasa Pesta Keramaian  yang telah  dirangcangkan  oleh  saudara  kandung Walter Flint iaitu  Raffles Flint, seorang laftenan ketua pasukan  angkatan kepolisian telah membunuh suku kaum Murut Tenggara di Kalabakan. Mujurlah ada yang terselamat kerana terjun ke sungai dan menyelam mengikuti air banjir yang besar.  Selain itu, segelintir juga tidak menggikuti  pesta tersebut. Menurut cerita nenek  moyang kami ,iaitu Lingut yang menceritakan dengan anaknya Adawan bahawa hanya tiga anak-beranak iaitu  isteri kepada Walter Flint sahaja yang tidak dibunuh kerana iparnya iaitu isteri Reffles Flint  dan anak kepada Walter Flint iaitu Adawan @ Edwin  dan  Sauna. Menurut cerita dari neneK kami juga lebih kurang 200 orang termasuklah kanak-kanak dibunuh dan yang lain pula meninggal dunia disebabkan tidak pandai berenang semasa terjun ke sungai dan ditengelami air banjir.

Sesudah pembunuhan beramai-ramai penempatan kampung-kampung menjadi sunyi dan rumah-rumah yang ditinggalkan kerna menggikuti pesta pada masa itu menjadi sepi kerna sudah Kehilangan penghuninya. Dan suku kaum murut lain yang tidak bersama pada pesta itu lari bersembunyi di hutan tebal di mana yang tidak di ketahui oleh orang eropah.

Ada beberapa tahun kemudian baharu lah suku kaum murut kembali berladang di persisiran sungai kalabakan dan mereka sudah tinggal sedikit, menurut cerita dari nenek moyang kami Engkam bte gidan @ lingidon hanya 8 ahli keluarga sahaja yang tinggal sehingga sekarang termasuk lah isteri dan anak walter flint daripada 120 ahli kaum murut tenggara terbunuh

Sejarah penempatan dan keturunan suku kaum murut kalabakan termasuk peristiwa sunting

Pada abad ke-17, penempatan suku kaum murut kalabakan bermula di kawasan Lembangan Maliau.kampung tersebut dinamai kampung Sabilan yang diambil dari sempena nama sungai di Maliau basin. Pada zaman tersebut, suku kaum murut telah diketuai oleh seorang pahlawan murut yang bernama Aki Senangkuban.Mengikut daripada cerita warga tua, Aki Senangkuban adalah anak kepada Aki Pilaabang iaitu seorang halimunan. Beliau telah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki tunggal yang bernama Aki Kinukuban dan menjadi waris ketua pada suku kaum tersebut yang menggantikan ayahnya.Bermulalah perpecahan suku kaum Murut yang terbahagi kepada empat daerah iaitu, kampung Lonod, Kuala Kuamut, Serudung dan Kalabakan.Aki Kinukuban dan isterinya telah berpindah ke Kalabakan di kawasan Kulubong Hulu Kalabakan.Setelah berpindah, aki kinukuban telah mendapat seorang anak lelaki tunggal yang bernama Aki Lingkidon/Aki Giden. Pada abad 18 Aki Kinukuban meninggal dunia, dan di kuburperkuburan kuala eyan. Anaknya iaitu Aki Lingkidon/Aki Giden telah menggantikan tugas ayahnya sebagai ketua suku kaum Murut walaupun suku kaum tersebut telah berpecah ke beberapa daerah. Beberapa tahun kemudian suku kaum Murut yang masih berada di Kulubong telah berpindah di kawasan Kuala Salimbut Kalabakan.Dalam pada masa itu,Aki Lingkidon/Aki Giden juga telah berkahwin dengan Aru Umit di penempatan kuala salimbut.

Pada abad ke-19, Aki Lingkidon dan isteri berpindah lagi ke kampung Talawai dan ditempat itulah Aki Lingkidon dan isterinya mendapat 4 orang anak iaitu, Aki Awang(lelaki), Aru Engkam (perempuan), Aru Bilongon(perempuan) dan Aki Mandau (lelaki). Dalam pada masa yang sama, Aki Lingkidon/Aki Giden telah memberitahu kepada anak-anaknya bahawa barangan antik seperti gong, tempayan dan barangan lain telah disimpan di kawasan berhampiran Kulubong ditempatkan di dalam gua.

Pada masa yang sama dikampung Talawai, Aki Lingkidon/Aki Giden telah pergi mencari buah-buahan hutan dan damar bersama dengan orang-orangnya di hutan Hulu Tiagau. Dalam satu kejadian telah berlaku iaitu semasa beliau mencari damar kayu, beliau telah dihempap oleh pokok tumbang dan peristiwa tersebut telah meragut nyawa beliau dan beliau di kuburkan di perkuburan Talawai. Selepas kejadian tersebut, Aki Dowoniaitu keluarga daripada isteri Aki Lingkidon yang berasal dari kampung Lonod menetap di Kuala Tiagau telah mengambil alih kuasa sebagai ketua suku kaum Murut Kalabakan.Oleh kerana, 4 orang anak Aki Lingkidon/Aki Giden masih lagi bawah umur untuk memperoleh perlantikan tersebut.Pada masa penguasaan Aki Dowon sebagai ketua kaum Murut Kalabakan pada abad ke 1840an.dua peristiwa telah berlaku. Peristiwa tersebut ialah,semasapenempatan di Kuala Tiagausalah satu daripada suku kaum murut yang berasal daripada Kalimantan telah membunuh seorang warga british yang telah menetap di Kuala Tiagau,menyebabkan dendam hampir semua suku kaum murut telah dibunuh oleh pihak tentera British yang di ketuai oleh abang mangsa.Segelintir daripada suku kaum murut telah melarikan diri ke dalam hutan untuk menyelamatkan diri. 01

Pada tahun 1850an Peristiwa yang kedua, kedatangan pelarian lombong arang batu dari kawasan Salimpupun yang berbangsa Cina seramai 7 orang telah melarikan diri ke perkampungan suku kaum Murut di Marikut Kalabakan, telah mengembalikan dendam suku kaum murut terhadap warga asing.Kedatangan mereka bertujuan adalah untuk meminta pertolongan daripada suku kaum Murut untuk tunjukkan jalan pulang ke Tawau.Dalam perjalanan tersebut, berlakulah pertumpahan darah antara pelarian tersebut dengan suku kaum murut tersebut.salah seorang daripada pelarian itu dapat melarikan diri ke Tawau. Setelah berlaku peristiwa tersebut, seorang daripada pelarian itu, telah melaporkan kejadian itu kepada pihak polis British.Seterusnya, pihak polis British bersama dengan pelarian berbangsa cina itu pergi ke kawasan kejadian serta ke perkampungan Marikut untuk mengenal pasti pembunuh tersebut.Seramai 7 orang suku kaum Murut telah ditangkap dan dihukum gantung sampai mati di Tawau. Selepas peristiwa itu, Aki Dowon telah dilucutkan kuasa sebagai ketua suku kaum Murut kalabakan. Malah pada masa yang sama, Aki Okok yang berasal dari kampong Lonod Maliau telah memperisterikan Aru Umit iaitu bekas isteri Aki Lingkidon/Aki Giden. Seterusnya, Aru Umit (bekas isteri aki lingkiron/aki giden) telah melantik Aki Okok sebagai ketua baru bagi suku kaum murutKalabakan.kerajaan British juga telah menyetujui perlantikan tersebut pada tahun 1870an. Pada zaman penguasaan Aki Okok, beliau telah berpindah ke kawasan perkampungan Tiwang bersama dengan keluarganya pada tahun 1910.semasa penguasaan Aki Okok, kemunculan askar jepun telah membawa lagi kepada masalah baru bagi suku kaum murut kalabakan. Kaum wanita murut kalabakan telah dijadikan buruh paksa.manakala, 4 orang lelaki murut kalabakan juga dijadikan tentera Jepun antaranya ialah Aki Saluangon,Aki Tilik, Aki Milasi, Aki Turuhon. Aki Okok berpindah lagi ke hulu Tibos dan menetap di kawasan tersebut sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 1920an dan dikuburkan di kawasan tanah perkuburan kampung Talawai.

kerajaan British iaitu CDO (ketua daerah tawau) telah melantik Aki Awang iaitu anak kepada Aki Lingkidon/Aki Giden sebagai pewaris ketua suku kaum murut dan dijadikan sebagai ketua kampung murut kalabakan pada 1920an. Beberapa tahun kemudian, Bumbai Burma Timber Company Limited (BBTCL)sampai ke kawasan kalabakan bertujuan untuk membuat pembalakan di kawasan tersebut. Ramai warga asing telah pergi ke kalabakan untuk mendapatkan pekerjaan. Antaranya ialah, warganegara Indonesia, Filipina dan Burma. Segelintir daripada suku kaum murut turut serta bekerja pada syarikat tersebut.Aki Awang bersama orang-orangnya pergi ke kampung Lonod untuk membawa keluar segelintir suku kaum murut yang masih tinggal di kampung Lonod berpindah ke Kalabakan oleh kerana disebabkan masalah perhubungan yang telalu jauh. Pada tahun 1961, Aki Awang meninggal dunia dan dikuburkan di kawasan tanah perkuburan Kaliasau.