Perdana Menteri Empayar Korea

Perdana Menteri Kabinet (Korea: 대한제국의 내각총리대신, Naegak Chongri Daeshin; Jawi: ڤردان منتري كابينيت) Korea semasa dinasti Joseon ialah ketua pemerintahan bukan eksekutif Empayar Korea. Perdana menteri yang dilantik oleh Maharaja Korea harus memiliki kepercayaan parlimen untuk terus memegang jawatan. Perdana Menteri juga ialah ketua Kabinet dan memimpin pelbagai cabang pentadbiran dan hak pengawasan dan pelantikan atas nama raja kepada menteri-menteri yang lain. Terjemahan harfiah nama Korea untuk jawatan tersebut ialah Perdana Menteri Kabinet Empayar Korea.

Perdana Menteri
Empayar Korea
대한제국의 내각총리대신
GelaranTuan Yang Terutama
Bidang kuasaEmpayar Korea Edit the value on Wikidata
KediamanKediaman Rasmi Perdana Menteri (Korea)
Dilantik olehMaharaja
Tempoh jawatanEmpat tahun atau kurang
Penjawat sulungKim Hong-jip
Dibentuk1895
Dimansuhkan1910
SenaraiSenarai Perdana Menteri Empayar Korea Edit the value on Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah sunting

Sebelum penerapan perlembagaan moden, Korea tidak mempunyai perlembagaan bertulis. Pada asalnya, sistem perundangan yang diilhamkan oleh orang Cina telah diguna pakai. Ini menggambarkan pemerintahan berdasarkan birokrasi meritokratik yang rumit dan rasional, yang secara teori, berada di bawah kuasa tertinggi raja. Di bawah sistem ini, yeonguijeong ialah ketua Majlis Negara, badan tertinggi pemerintahan kerajaan pra-moden Korea pada era Joseon hinggalah tempoh sekejap bawah Empayar Korea. Jawatan itu digantikan dengan pelantikan Kim Hong Jip (sebelumnya Yeonguijeong terakhir) ke jawatan Perdana Menteri yang baru pada tahun 1895 dengan Pembaharuan Gabo.

Dengan pengilhakan Korea ke dalam Empayar Jepun, jawatan tersebut berakhir.

Semasa Pemerintahan Sementara Republik Korea dalam Pengasingan di Shanghai, China, posisi perdana menteri diciptakan kembali selama beberapa hari untuk Syngman Rhee menggantikan ketua Dewan Undangan Sementara. Peranan itu ditukar menjadi Ketua Eksekutif pada tahun 1919, berubah lagi sebagai Perdana Menteri 1919-1926 dan akhirnya sebagai Presiden dari tahun 1926-1948.

Korea yang terbahagi sekarang mempunyai dua perdana menteri masing-masing di kedua-dua belah pihak, iaitu perdana menteri Korea Utara dan perdana menteri Korea Selatan.

Senarai perdana menteri Korea sunting