Perdana Menteri Romania

Perdana Menteri Romania (Bahasa Romania: Prim-ministrul României) ialah ketua kerajaan bagi negara Romania. Beliau dilantik oleh Presiden Romania dan disahkan oleh Dewan Timbalan dan Senat dalam persidangan bersama.[2]

Perdana Menteri Romania
ڤردان منتري رومانيا
Prim-ministrul României
Flag of the Prime Minister of Romania.svg
Bendera Perdana Menteri Romania
NicolaeCiuca 2019.jpg
Penyandang
Nicolae Ciucă
sejak 25 November 2021
GelaranTuan Yang Terutama
Ahli kepadaPemerintah Romania
Majlis Tertinggi Pertahanan Kebangsaan
KediamanIstana Victoria, Bucharest
Ibu pejabat kabinet dan pemerintah
PelantikPresiden Romania
Tempoh jawatan4 tahun
Tiada had penggal
Pemegang sulungBarbu Catargiu
as Presiden Majlis Para Menteri
Pembentukan22 Januari 1862; 161 tahun yang lalu (1862-01-22)
Gaji15,108 lei (2015)[1]
Laman sesawanggov.ro/ro/prim-ministru/prim-ministrul

Nicolae Ciucă (bekas pemangku PM pada Disember 2020) ialah Perdana Menteri Romania terkini dengan kuasa perlembagaan penuh, pada 27 November 2021. Beliau ialah seorang mantan jeneral tentera dari Angkatan Bersenjata Romania yang berasal dari Parti Liberal Kebangsaan (PNL) dan bertanggungjawab ke atas kerajaan gabungan besar, yang dikenali sebagai National Coalition for Romania yang terdiri daripada tiga (3) gabungan parti JPA, PNL, dan UDMR/RMDSZ dengan keyakinan dan perjanjian pembekalan bagi pihak minoriti negara juga.

Pada 22 November 2021, Ciucă telah dilantik secara rasmi oleh Iohannis sebagai Perdana Menteri. Tambahan pula, menurut perjanjian politik yang ditandatangani antara ketiga-tiga parti bersama pihak minoriti, Nicolae Ionel Ciucă akan kekal sebagai penyandang sehingga 25 Mei 2023, selepas itu seorang PM dari parti JPA akan menggantikannya. Perdana Menteri Nicolae Ciucă mengangkat sumpah pada 25 November 2021, semasa upacara yang diadakan di Istana Cotroceni, pelantikan ini secara rasmi berjaya menamatkan krisis politik besar selama hampir tiga bulan lamanya.

PencalonanSunting

Salah satu peranan Presiden Republik adalah untuk melantik seorang calon untuk jawatan Perdana Nenteri. Presiden mesti berunding dengan parti yang mempunyai majoriti di Parlimen atau, jika tiada majoriti sedemikian wujud, dengan parti yang diwakili di Parlimen.[3]

Setelah ditetapkan, calon akan menyusun cadangan untuk program pentadbiran dan merangka kabinet. Cadangan itu mesti diluluskan oleh Parlimen dalam tempoh sepuluh hari (10) hari, melalui proses undi percaya. Kedua-dua program dan pencalonan ahli kabinet akan dibentang dan dibahaskan di Parlimen dalam sidang bersama Chamber of Deputies dan Dewan Senat. Cadangan itu akan diterima jika majoriti daripada semua timbalan dan senator meluluskannya.[3]

Setelah undi percaya diperoleh, calon tersebut yang terpilih akan dilantik terus sebagai Perdana Menteri dan semua anggota kabinet juga dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri. Perdana menteri, menteri-menteri, dan anggota-anggota Kerajaan yang lain akan mengangkat sumpah di hadapan Presiden, seperti yang ditetapkan di bawah Perkara 82 Perlembagaan Negara. Kerajaan secara keseluruhan dan setiap ahlinya akan menjalankan mandat diberikan dari tarikh mengangkat sumpah.[4]

Senarai Perdana MenteriSunting

Kerajaan Republik Romania (1989-kini)Sunting

No. Portret Nama
(lahir-mati)
Pilihan raya Tempoh pentadbiran Parti Politik Kabinet
Mula menjawat jawatan Meninggalkan jawatan Tempoh pentadbiran
Prime Ministers
(sejak 1989)
  Council of the National Salvation Front
de facto
22 Disember 1989 26 Disember 1989 4 hari FSN Provisional
53   Petre Roman[a]
(l. 1946)
26 Disember 1989 28 Jun 1990 1 tahun, 294 hari FSN Roman I
1990 28 Jun 1990 30 April 1991 Roman II
30 April 1991 16 Oktober 1991 Roman III
54   Theodor Stolojan[b]
(l. 1943)
16 Oktober 1991 19 November 1992 1 tahun, 34 hari FSN Stolojan I
55   Nicolae Văcăroiu
(l. 1943)
1992 19 November 1992 11 December 1996 4 tahun, 22 hari PDSR Văcăroiu
56   Victor Ciorbea
(l. 1954)
1996 12 Disember 1996 30 Mac 1998 1 tahun, 108 hari PNȚ-CD Ciorbea
Gavril Dejeu
(l. 1932)
30 Mac 1998 17 April 1998 18 hari PNȚ-CD
57   Radu Vasile
(1942–2013)
17 April 1998 13 Disember 1999 1 tahun, 240 hari PNȚ-CD Vasile
Alexandru Athanasiu
(l. 1955)
13 Disember 1999 22 Disember 1999 9 hari PSDR
58   Mugur Isărescu
(l. 1949)
22 Disember 1999 28 Disember 2000 1 tahun, 6 hari Ahli politik bebas Isărescu
59   Adrian Năstase
(l. 1950)
2000 28 Disember 2000 21 Disember 2004 3 tahun, 359 hari PSD Năstase
  Eugen Bejinariu
(l. 1959)
21 Disember 2004 28 Disember 2004 7 hari PSD
60   Călin Popescu-Tăriceanu
l. 1952)
2004 29 Disember 2004 5 April 2007 3 tahun, 359 hari PNL Tăriceanu I
5 April 2007 22 Disember 2008 Tăriceanu II
61   Emil Boc
(l. 1966)
2008 22 Disember 2008 23 Disember 2009 3 tahun, 46 hari PDL Boc I
23 Disember 2009 6 Februari 2012 Boc II
  Cătălin Predoiu
(l. 1968)
6 Februari 2012 9 Februari 2012 3 hari Ahli politik bebas
62   Mihai Răzvan Ungureanu
l. 1968)
9 Februari 2012 7 Mei 2012 88 hari Ahli politik bebas Ungureanu
63   Victor Ponta
(l. 1972)
7 Mei 2012 21 Disember 2012 3 tahun, 46 hari PSD Ponta I
2012 21 Disember 2012 5 Mac 2014 Ponta II
5 Mac 2014 17 Disember 2014 Ponta III
17 Disember 2014 22 Jun 2015 Ponta IV
  Gabriel Oprea
(l. 1961)
22 Jun 2015 9 Julai 2015 17 hari UNPR
(63)   Victor Ponta
(l. 1972)
9 Julai 2015 29 Julai 2015 20 hari PSD
  Gabriel Oprea
(l. 1961)
29 Julai 2015 10 Ogos 2015 12 hari UNPR
(63)   Victor Ponta
(l. 1972)
10 Ogos 2015 5 November 2015 87 hari PSD
  Sorin Cîmpeanu
(l. 1968)
5 November 2015 17 November 2015 12 hari ALDE
64   Dacian Cioloș[c]
(l. 1969)
17 November 2015 4 Januari 2017 1 tahun, 48 hari Ahli politik bebas Cioloș
65   Sorin Grindeanu
(l. 1973)
2016 4 Januari 2017 29 Jun 2017 176 hari PSD Grindeanu
66   Mihai Tudose
(l. 1967)
29 Jun 2017 16 Januari 2018 201 hari PSD Tudose
  Mihai Fifor
(l. 1970)
16 Januari 2018 29 Januari 2018 13 hari PSD
67   Viorica Dăncilă
(l. 1963)
29 Januari 2018 4 November 2019 1 tahun, 279 hari PSD Dăncilă
68   Ludovic Orban
(l. 1963)
4 November 2019 14 Mac 2020 1 tahun, 33 hari PNL Orban I
14 Mac 2020 7 Disember 2020 Orban II
  Nicolae Ciucă
(l. 1967)
7 Disember 2020 23 Disember 2020 16 hari PNL
69   Florin Cîțu
(l. 1972)
2020 23 Disember 2020 25 November 2021 337 hari PNL Cîțu
70   Nicolae Ciucă
(l. 1967)
25 November 2021 Penyandang 1 tahun, 63 hari PNL Ciucă

Note: Romania menggunakan kalendar Julian sebelum 1919, tetapi semua tarikh diberikan dalam kalendar Gregory.

Mantan Perdana Menteri yang masih hidupSunting

Terdapat 16 mantan Perdana Menteri Romania yang masih hidup, kesemua mereka berkhidmat selepas tahun 1989.

  Klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas

Kematian terbaru mantan Perdana Menteri Romania ialah Radu Vasile (1998–1999) pada 3 Julai 2013 (umur 70 tahun, umur semasa kenaikan 55 tahun).

Garis masa pentadbiranSunting

Kerajaan Romania (1989–kini)Sunting

Nicolae CiucăFlorin CîțuNicolae CiucăLudovic OrbanViorica DăncilăMihai FiforMihai TudoseSorin GrindeanuDacian CioloșSorin CîmpeanuGabriel OpreaVictor PontaMihai Răzvan UngureanuCătălin PredoiuEmil BocCălin Popescu-TăriceanuEugen BejinariuAdrian NăstaseMugur IsărescuAlexandru AthanasiuRadu VasileGavril DejeuVictor CiorbeaNicolae VăcăroiuTheodor StolojanPetre RomanList of members of the National Salvation Front Council


Kediaman rasmiSunting

Kediaman Perdana Menteri adalah di Istana Victoria. Pada mulanya kediaman rasmi ini direka untuk menjadi ibu pejabat Kementerian Luar Negeri, Istana Victoria adalah ibu pejabat Kementerian Luar Negeri dan Majlis Menteri semasa zaman era Komunis. Pada tahun 1990, istani ini dijadikan ibu pejabat kerajaan pertama Romania pasca komunis. Istana ini kemudiannya diisytiharkan sebagai monumen bersejarah pada tahun 2004.

RujukanSunting

PetikanSunting

  1. ^ Thomas Dinca (8 Julai 2015). "Guvernul majorează, din august, prin ordonanţă, salariile demnitarilor. Cât vor câştiga Iohannis şi Ponta" (dalam bahasa Romania). Dicapai pada 16 Januari 2018.
  2. ^ "Constituția României". dreptonline.ro (dalam bahasa Romania). Cite has empty unknown parameters: |autor=, |datăaccesare=, dan |dată= (bantuan), Tajuk 3, Bab 3, Perkara 103
  3. ^ a b "Constitution of Romania". Article 103. Dicapai pada 20 November 2014.
  4. ^ "Constitution of Romania". Article 82. Dicapai pada 20 November 2014.

Sumber lainSunting

  • Nicolae C. Nicolescu, Șefii de stat și de guvern ai României (1859–2003), Editura Meronia, Bucharest, 2003
  • Stelian Neagoe, Istoria guvernelor României de la începuturi – 1859 până în zilele noastre – 1995, Editura Machiavelli, Bucharest, 1995
  • Isar, Nicolae (2005). Istoria modernă a românilor (1848–1878) (ed. II). Bucharest: Fundația României de mâine. ISBN 973-725-240-3.

Pautan luarSunting


Ralat petik: Tag <ref> untuk kumpulan "lower-alpha" ada tetapi tag <references group="lower-alpha"/> yang sepadan tidak disertakan