Perhimpunan Agung UMNO Oktober 2009

Perhimpunan Agung UMNO Oktober 2009 diadakan pada 13 - 16 Oktober 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur , Malaysia. Kira-kira 1500 perwakilan akan hadir.

Cadangan pindaan perlembagaan UMNO sunting

Antara tujuan perhimpunan ini bagi membincangkan cadangan pindaan kepada perlembagaan parti yang diumumkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak. Mesyuarat agung khas bagi membincangkan cadangan pindaan itu akan diadakan terlebih dahulu. Draf cadangan pindaan Perlembagaan Umno itu sudah hampir siap.[1] Penambahan jumlah perwakilan kepada 146,500 anggota bagi pemilihan pimpinan tertinggi Umno dan barisan pemimpin peringkat bahagian. Melalui usul pindaan ini juga, semua ketua sayap parti peringkat cawangan dicadangkan menjadi perwakilan secara automatik.

Enam lagi usul pindaan yang dicadangkan ialah[2]:

  • Memperkenalkan sistem pendaftaran menggantikan sistem kuota pencalonan.(Syarat minimum untuk menjadi calon akan ditetapkan oleh Majlis Tertinggi Umno);
  • Pelantikan wakil Pergerakan Wanita untuk mengisi kerusi jawatankuasa peringkat cawangan, bahagian dan MT; (Pindaan ini menjadikan jumlah anggota yang dilantik bertambah, iaitu bagi MT daripada 12 kepada 13 orang, anggota jawatankuasa peringkat bahagian daripada tujuh kepada lapan orang, dan jawatankuasa cawangan daripada lima kepada enam orang);[3]
  • Pemilihan bagi peringkat bahagian dan pucuk pimpinan tertinggi akan diadakan secara serentak, dan dengan itu sebuah Jawatankuasa Pemilihan Umno akan ditubuhkan untuk menyelia dari segi logistik dan kos. (Anggota jawatankuasa akan dilantik Presiden parti);
  • Penghapusan yuran tahunan keahlian dan digantikan dengan yuran seumur hidup;
  • Memberi mandat kepada ketua-ketua Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri peringkat cawangan untuk mengesahkan keahlian baru; dan
  • Mengiktiraf setiausaha bahagian sebagai perwakilan ke Perhimpunan Agung Umno secara automatik.

Pada 27 Jun 2009, bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad mencadangkan pindaan perlembagaan Umno untuk membenarkan 60,000 perwakilan mengundi pada pemilihan parti itu berbanding 2,600 perwakilan yang diamalkan sekarang adalah cara terbaik bagi membendung amalan rasuah.[4]

Usul Pemuda UMNO sunting

Kikis Anggapan Melayu dicabar sunting

Khairy Jamaludin selaku ketua ketua Pemuda Umno menyeru orang Melayu supaya keluar dari perspektif minda yang menganggap seolah-oleh mereka diserang dan segala gerak kerja disalurkan untuk mempertahankan keistimewaan Melayu yang dianggap sentiasa dicabar. Tidak dinafikan, bahawa Perkara 153 Perlembagaan Malaysia, yang menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera tetapi beliau mengingatkan bahawa Perkara 153 dengan sendirinya tidak akan menjamin kesejahteraan dan kemajuan bangsa. Bagi beliau, bukan peruntukan perlembagaan yang membawa keistimewaan sebenar, tetapi kebolehan dan pencapaian orang Melayu-lah yang akan menentukan sama ada kita menjadi bangsa istimewa, bangsa yang unggul, bangsa yang terbilang.[5]

Usul Wanita UMNO sunting

Tegakkan enakmen Islam dengan lebih serius sunting

Wanita Umno menuntut enakmen Islam dikuatkuasakan dengan lebih tegas dan serius kerana banyak pelaksanaan sedia ada memberi kesan yang negatif pada wanita terutama pada pengendalian beberapa kes penceraian, tuntutan nafkah penjagaan anak masih banyak yang tertangguh dalam tempoh lama. Ketua Wanita UMNO, Shahrizat juga mencadangkan supaya waran tangkap dikeluarkan kepada mereka yang engkar pada perintah syariah dan dilakukan penyeragaman enakmen keluarga Islam di negeri-negeri.[6]

Tuntut jawatan GLC sunting

Wanita Umno menuntut jawatan penting dalam pengurusan tertinggi dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) selepas berjaya membantu jentera BN dalam pilihan raya. Ini adalah kerana ramai pemimpin sayap itu mempunyai kualiti untuk memimpin GLC, setanding dengan lelaki.[7]

Rujukan sunting

  1. ^ "Perhimpunan Agung Umno pada 13 hingga 16 Oktober". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-01. Dicapai pada 2009-05-29.
  2. ^ "Pindaan 146,000 perwakilan pilih pemimpin Umno", Malaysiakini.com, 14 Oktober 2009.
  3. ^ "Wanita gesa sokong pindaan perlembagaan:, 14 September 2009.
  4. ^ "Cadangan benarkan 60,000 perwakilan mengundi bendung rasuah Umno, kata Tun Mahathir", The Star, 27 Jun 2009.
  5. ^ "Khairy: Kikis anggapan Melayu dicabar", Malaysiakini.com, 14 Oktober 2009.
  6. ^ "Tegakkan enakmen Islam lebih serius", malaysiakini.com, 14 Oktober 2009.
  7. ^ "Wanita tuntut jawatan utama GLC", Malaysiakini.com, 14 Oktober 2009.