Perisai Krimea
Perisai Krimea (Jerman: Krimschild) ialah satu anugerah ketenteraan Jerman Nazi semasa Perang Dunia Kedua. Ia dianugerahkan kepada anggota tentera di bawah perintah Fil Marsyal von Manstein, termasuk unit-unit sokongan tentera laut dan udara, yang bertempur menentang Tentera Merah Soviet antara 21 September 1941 dan 4 Julai 1942 serta berjaya menawan wilayah Krimea (Krim dalam Bahasa Jerman). Ia dizahirkan pada 25 Julai 1942.[2] Ia merupakan yang paling banyak diedarkan dalam kalangan pelbagai perisai kempen Jerman, dengan kira-kira 250,000 kurniaan.[1]
Perisai Krimea Krimschild | |
---|---|
Perisai dengan latar belakang kelabu medan untuk anugerah kepada Tentera Darat | |
Nama rasmi | Krimschild (de) ![]() |
Jenis | Lencana |
Dianugerahkan untuk | Perkhidmatan aktif semasa kempen Krimea |
Negara | Reich Jerman ![]() |
Disampaikan oleh | Jerman Nazi |
Kelayakan | Anggota tentera |
Kempen | Perang Dunia Kedua |
Status | Tidak lagi digunakan |
Diasaskan | 25 Julai 1942 |
Kali pertama | 25 Julai 1942 ![]() |
Kali terakhir | Oktober 1943 |
Jumlah anugerah | Kira-kira 250,000[1] |
![]() Fil Marsyal Erich von Manstein (kanan) memakai Perisai Crimea pada lengan tuniknya | |
sunting · sunting di Wikidata![]() |

Daripada 21 September 1941 hingga 4 Julai 1942 askar Jerman telah berdepan dengan tentangan sengit dari tentera Rusia sewaktu cuba menawan pelabuhan-pelabuhan penting Laut Hitam sekitar Sevastopol. Kempen yang sukar ini telah diiktiraf dalam bentuk perisai.
Reka bentuk
suntingDi bahagian atas perisai ini terdapat burung helang Jerman sedang mencengkam kalungan lambang swastika. Mengapit kiri kanan helang ialah tahun 1941 dan 1942, iaitu tarikh mula dan tamat kempen tersebut. Helang ini berlatarbelakangkan semenanjung Krimea, iaitu tempat pertempuran berlaku, dan mempunyai perkataan "Krim" yang dicap ke dalamnya.
Pemakaian
suntingLambang perisai ini telah dipakai pada sebelah atas lengan kiri uniform si penerima. Ia telah dijahit pada kain lapik tetapi terdapat dimana keadaan ia dibuang dan lambang perisai ini di pinkan pada uniform, tidak syak lagi atas sebab-sebab estetik.
Pelapik kain
suntingWarna kain lapik menunjukkan penerima dari cawangan tentera seperti:
Hijau untuk Tentera Darat (Heer)
Biru untuk Tentera Udara (Luftwaffe)
Hitam untuk Armor (unit-unit Panzer)
Lihat juga
suntingNota
sunting- ^ a b Williamson 2002, m/s. 20 menyatakan 100,000 penerima.
- ^ Angolia 1987, m/s. 280.
Rujukan
sunting- Ailsby, Christopher (1987). Combat Medals of the Third Reich. Harpercollins. ISBN 978-0850598223.
- Angolia, John (1987). For Führer and Fatherland: Military Awards of the Third Reich. R. James Bender Publishing. ISBN 0912138149.
- Domarus, Max (2004). Adolf Hitler: Speeches and proclamations, 1932-1945. Bolchazy-Carducci. ISBN 0865162271.
- Littlejohn, David; Dodkins, Colonel C. M. (1968). Orders, Decorations, Medals and Badges of the Third Reich. R. James Bender Publishing, California. ISBN 978-0854200801.
- Schranck, David (2014). Thunder at Prokhorovka: A Combat History of Operation Citadel, Kursk, July 1943 (dalam bahasa Inggeris). Helion and Co. ISBN 978-1841763521.
- Williamson, Gordon (2002). World War II German Battle Insignia (dalam bahasa Inggeris). Osprey Publishing. ISBN 1841763527.