Perla ialah merupakan sebuah telenovela Mexico yang dihasilkan oleh TV Azteca dan membintangi Silvia Navarro dan Leonardo Garcia sebagai protagonis.

Perla
PenciptaEnrique Torres
Dibangunkan oleh
TV Azteca for Azteca Digital
PengarahAntulio Jimenez Pons
Dibintangi oleh
Silvia Navarro
Leonardo Garcia
Lagu pembukaan"Prohibido" Performed by Octavio Cruz
Negara asalMexico
BahasaBahasa Sepanyol
Bilangan episod180
Penerbitan
Penerbit eksekutifJose Ambris
PenerbitElisa Salinas
Juan David Burns
LokasiMexico City
Pemasangan kamera
Multi-camera
Tempoh siaran42 minutes
Penyiaran
Saluran asalAzteca 13
Siaran asal1998 (1998)

Sinopsis sunting

Dalam dunia kuasa dan wang, kesalahan tidak dibenarkan. Perla yang dibesarkan di sebuah kolej berprestij kerana sejak bayi dia tela dihantar oleh ibu kandungnya disana. Perla juga membesar tanpa mengenali siapa kedua orang tuanya. Dia juga berkawan rapat dan baik dengan Julieta Santiago, iaitu seorang pewaris syarikat Juvenile, iaitu sebuah syarikat kosmetik terbesar yang terkenal di Mexico. Julieta menjalinkan hubungan cinta dengan Roberto Valderrama, iaitu seorang kasanova yang terkenal dikolej tersebut. Namun Roberto meinggalkan Julieta setelah mengetahui Julieta hamil hasil daripada hubungan mereka. Setelah melahirkan, Julieta kemudian menerima utusan bahawa dia harus kembali kepada semula kepada keluarganya untuk melihat datuknya buat kali terakhir. Namun tanpa diduga ketika dalam perjalanan Perla dan Julieta mengalami kemalangan jalan raya dan Julieta meninggal dunia ditempat kejadian setelah kenderaan yang dinaiki mereka meletup. Perla kemudian digegaskan ke hospital.

Setelah kembali sedar, Perla yang berasa sedih dengan kematian rakan baiknya kemudian memutuskan untuk menyamar dan mengambil identiti Julieta didalam keluarga Santiago. Ketika inilah Perla bertemu dengan Mercedes, iaitu ibu kandungnya yang juga merupakan nenek kepada Julieta. Perla juga bertemu semula dengan Roberto, iaitu bekas kekasih Julieta yang telah mengkhianati Julieta suatu ketika dahulu. Roberto kemudian mencuba untuk menuntut anaknya daripada dan mengugut Perla bahawa identiti sebenarnya akan didedahkan kepada keluarga Santiago jika Perla enggan meyerahkan anaknya.

Pelakon sunting

Watak utama sunting

Watak sokongan sunting

Runut bunyi sunting

Rujukan sunting