Permainan video pengembaraan
Permainan video pengembaraan atau adventure game merupakan genre permainan video yang mana pemain memainkan peranan sebagai seorang protagonis dalam cerita interaktif dengan memasukkan elemen penerokaan dan penyelesaian teka-teki (puzzle) dan bukannya cabaran fizikal. Genre ini menekankan penceritaan membolehkan ia menyaingi media penulisan yang lain seperti kesusasteraan atau filem, juga merangkumi antara pelbagai genre sastera. Hampir semua permainan pengembaraan direka menjadi permainan seorang pemain, memandangkan penekanan dari segi cerita dan watak membuatkan rekaan multipemain menjadi susah.