Perpustakaan Negara Albania

Perpustakaan Negara Albania (Bahasa Albania: Biblioteka Kombëtare e Shqipërisë) merupakan perpustakaan negara Albania yang beribu pejabat di Tirana.[1] Ia telah ditubuhkan pada tahun 1920[2] dan dirasmikan pada 10 Disember 1922.[2][3]

Biblioteka Kombëtare e Shqipërisë
Maklumat umum
Ditubuhkan1922 (102 tahun yang lalu) (1922)
Koleksi
Item terkumpulBuku, jurnal akademik, surat khabar, majalah, peta, mikroform
Saiz koleksi1 juta bahan
Pengurusan
PengarahPersida Asllani
Lokasi
NegaraAlbania
LokasiTirana
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah sunting

Perpustakaan Negara Albania (PNA) merupakan institusi budaya nasional utama dan tertua di Albania. PNA mempunyai dua bangunan dan diurus dan berfungsi di bawah kuasa Kementerian Pelancongan, Budaya, Belia dan Sukan. PNA, terletak di Tirana, dipertanggungjawabkan untuk menjaga khazanah negara dengan mengumpul, memproses, memulih, memelihara dan menyediakan khazanah budaya bertulis rakyat Albania untuk orang ramai. Di peringkat kebangsaan, ia menguruskan pendidikan perpustakaan dan pendidikan profesional berterusan serta pusat penyelidikan kajian dalam bidang kepustakawanan, pengkatalogan di pusat penerbitan, agensi ISBN kebangsaan, dan satu-satunya pusat pemuliharaan dan pemeliharaan untuk koleksi khas. Ia telah mengumpulkan kira-kira 1,169.767 buah buku, terbitan bersiri, peta, atlas, mikrofilem dan bahan-bahan perpustakaan yang lain. Koleksi khas pula mempunyai nilai kepada negara selain budaya Eropah. Perpustakaan ini dibuka 72 jam seminggu kepada sesiapa sahaja yang berusia 16 tahun dan ke atas. Pengguna dibenarkan untuk menggunakan dan meminjam bahan-bahan yang terdapat di Perpustakaan. Laman sesawang Perpustakaan pula membenarkan pengguna untuk melakukan carian direktori selain perkhidmatan seperti OPAC, katalog digital dan koleksi digital. PNA juga menguruskan pameran, promosi buku, persidangan dan sebagainya. Sebagai institusi deposit negara, PNA menerbitkan Bibliografi Kebangsaan. PNA juga merupakan ahli kepada IFLA, LIBER, CENL, CDNL, The European Library dan telah dijemput secara rasmi untuk menjadi rakan kongsi dalam Perpustakaan Digital Dunia. [4]

Rujukan sunting

  1. ^ "National Library of the Republic of Albania". LibDex. Dicapai pada 2008-08-01.
  2. ^ a b Etleva Domi (2003-06-23). National Library of Albania. Encyclopedia of Library and Information Science. doi:10.1081/E-ELIS-120008530. Dicapai pada 2008-08-01.
  3. ^ "Albanian National Bibliography". University of Illinois at Urbana-Champaign. Diarkibkan daripada yang asal pada May 18, 2007. Dicapai pada 2008-08-01. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ DOMI, E. (2011). The National Library of Albania: Tradition and Modern Vision. Alexandria, 21(3), 15-24.